Syarikat Bumiputera Ambil Alih Kilang Sarung Tangan Getah Kondom
Mohammad Arif Nizam                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Temubual  Malaysia Gazette bersama Presiden Metamorphosis Medical Products,  Razalif Mohamad Zain di Hotel MITC, Melaka. foto FAREEZ FADZIL             MELAKA –  Metamorphosis Skills Sdn. Bhd. (Metamorphosis  Skills) bakal muncul sebagai syarikat milik Bumiputera pertama yang  terlibat dalam perniagaan pembuatan sarung tangan getah asli dan kondom  dengan pengambilalihan kilang milik SSN Medical Products Sdn. Bhd. di  Balakong, Selangor.
Presidennya, Razalif Mohamad Zain berkata, selepas persetujuan antara  kedua-dua pihak selesai, kilang itu akan dijenamakan semula menjadi  Metamorphosis Medical Products (MMP) dengan jenama rangkaian produk  dikenali sebagai Meta.
Jelas beliau, pengambilalihan itu sejajar dengan aspirasi  syarikat untuk menjadikan konglomerat penjagaan kesihatan dalam lima  hingga 10 tahun akan datang.
“Kami ingin melihat syarikat mempelbagaikan perniagaannya daripada  menjalankan syarikat produksi hingga menghasilkan produk perubatan.
“Tambahan pula, kami melihat kesepakatan antara dua pihak ini sebagai  peluang yang baik bagi kami untuk memenuhi permintaan sarung tangan  getah yang semakin meningkat di seluruh dunia di tengah pandemik  Covid-19,” katanya.

Razalif bakal muncul sebagai usahawa Melayu pertama memiliki 
kilang sarung tangan getah dan kondom.Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette di Ayer Keroh selepas selesai proses akhir pengambilalihan di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka di sini baru-baru ini.
Metamorphosis Skills akan menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan  syarikat induk SSN Medical, Ketua Menteri Melaka (Incorperation) pada  minggu depan walaupun sudah mengambilalih secara tidak rasmi sejak bulan  lalu.
Pada masa ini, syarikat itu terlibat dalam pelbagai aktiviti  perniagaan iaitu menjalankan syarikat produksi, pengurusan acara dan  perniagaan makanan sejuk beku.
Razalif menambah, kilang itu secara rasmi akan dilancarkan pada awal  Ogos ini dengan menyasarkan kapasiti pengeluaran sarung tangan getah  sebanyak sejuta unit sehari.
Jelas beliau, sasaran itu mampu dicapai kerana syarikat telah menambah 30 lagi mesin baharu berbanding 10 mesin yang sedia ada.

Temubual  Malaysia Gazette bersama Presiden Metamorphosis 
Medical Products,  Razalif Mohamad Zain di Hotel MITC, 
Melaka. foto FAREEZ FADZILMenurut Razalif, pihaknya perlu bertindak agresif untuk mencapai  sasaran itu kerana industri sarung tangan getah ketika ini menawarkan  pasaran yang amat besar.
“Sama ada dalam atau luar negara, semua kilang dalam industri ini  tidak cukup penawaran kerana permintaan yang terlalu tinggi untuk  dieksport,” katanya.

Kilang milik SSN Medical Products Sdn. Bhd. terletak 
di Balakong, Selangor.Ditanya bagaimana syarikat mahu bersaing dalam industri yang dikuasai  bukan Bumiputera, Razalif menjelaskan, pihaknya sudah lama melakukan  kajian sebagai persediaan berdepan persaingan yang sihat.
“Saya faham bukan mudah hendak bersaing dan sudah tentu ketika ini kami ketinggalan jauh di belakang.
“Namun sekurang-sekurangnya, kami menyasarkan kedudukan tiga terbaik  dalam industri ini. Insya-Allah kami yakin boleh mengharungi apa juga  cabaran dan sasaran itu mampu dicapai pada tahun depan,” katanya yang  akan membuka kilang kedua di Kota Kemuning, Shah Alam dalam masa  terdekat ini. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/syarikat-bumiputera-ambil-alih-kilang.html