Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah


 




APA TERMA-TERMA YANG PERLU ADA DALAM PERJANJIAN SEWA?
Tak kira sama ada anda tuan tanah atau penyewa, ini adalah terma-terma dalam perjanjian sewa yang anda perlu ketahui:
1. Maklumat premis sewaan
Ini yang paling asaslah. Tuan tanah dan penyewa kena tahu dan letak dalam perjanjian sewa maklumat hartanah yang disewa iaitu jenis hartanah dan juga alamat.
2. Tempoh sewaan
Terma ini nampak mudah tapi penting juga. Tempoh sewaan sebenarnya tak melebihi 3 tahun. Kalau lebih 3 tahun kita panggil lease yang mana sepatutnya perlu didaftarkan dalam geran. Kalau sewaan (tenancy), tak perlu daftar. Tempoh biasa orang letak sama ada 1 atau 2 tahun.
3. Jumlah sewa bulanan dan cara pembayaran
Kalau sebut pasal perjanjian sewa, jumlah sewa bulanan sudah pasti jadi perkara nombor satu. Tak perlu penjelasan.
Sebaiknya dalam perjanjian sewa, letak terus bila dan macam mana penyewa nak bayar sewa. Tunai ke, bank in ke, transfer online ke. Letak terus maklumat akaun tuan tanah. Senang.
4. Jumlah deposit
Tuan tanah dan penyewa kena setuju berapa jumlah deposit sebelum masuk rumah. Sama ada sebulan atau 2 bulan sewa. Yang orang sebut 2+1, 1+1 yang ni lah.
Kalau 2+1, sewa bulanan RM 1,000, maksudnya kena bayar deposit 2 bulan dan sewa bulan tu. Jadi total kena bayar sebelum masuk rumah RM 3,000.
Kalau 1+1, sewa bulanan RM 1,000, maksudnya kena bayar deposit 1 bulan dan sewa bulan tu. Jadi total kena bayar sebelum masuk rumah RM 2,000.
Kalau tuan tanah bagitahu tiada deposit? Bayar sewa bulan nak masuk tu sahajalah. Tapi jarang lah tiada deposit. Sebab deposit bertindak sebagai jaminan kepada tuan tanah dalam situasi penyewa langgar kontrak, maka tuan tanah boleh duit deposit tersebut.
Biasanya, deposit untuk utiliti pun penyewa kena bayar.
5. Sambung sewa
Penyewa kalau rasa nak sewa lama, sebaiknya letak terus klausa pembaharuan kontrak untuk sambung sewa. Boleh letak tambahan 1 tahun atau 2 tahun terus. Tuan tanah juga boleh nyatakan jika ada sambung sewa, berapa jumlah kenaikan sewa yang akan dikenakan. Kalau nak naikkan lah.
6. Apa yang tersedia ada dalam rumah/premis
Kalau rumah/premis partially atau fully furnished, seeloknya buat senarai lengkap semua perabot atau barangan yang ada. Letak sebagai lampiran di mukasurat akhir perjanjian.
7. Siapa yang bayar apa
Biasanya bil api, air dan Indah Water semua penyewa yang bayar, sebab penyewa yang duduk rumah/premis tu kan.
Untuk tuan tanah pula, biasa cukai tanah, cukai taksiran dan bayaran maintenance adalah tanggungjawab tuan tanah.
Jadi pastikan betul-betul dan letak dalam kontrak sewa. Nanti tak perlu lagi nak tuding jari kalau ada isu.
8. Larangan untuk gunakan premis bagi tujuan lain
Penting untuk tuan tanah. Tuan tanah kena pastikan bahawa ada disebut dalam perjanjian sewa bahawa rumah atau premis sewa tak boleh digunakan oleh penyewa selain dari tujuan yang dinyatakan dalam perjanjian.
Biasanya kalau rumah, isu sublet. Penyewa dilarang sublet kepada orang lain tanpa kebenaran bertulis dari tuan tanah.
Untuk premis pulak, kalau dalam perjanjian dah tulis premis untuk perniagaan makanan, tak boleh guna untuk buat kegiatan-kegiatan lain yang tak dinyatakan. Kegiatan haram lagi la tak boleh.
9. Klausa penamatan
Tuan tanah biasanya akan letak klausa yang penamatan awal kontrak sewa tidak dibenarkan sama sekali. Kalau penyewa tamatkan kontrak awal, maka penyewa kena bayar jumlah untuk baki tempoh dan deposit tidak akan dipulangkan.
Tapi ada keadaan juga di mana tuan tanah dan penyewa setuju jika kontrak ditamatkan oleh mana-mana pihak, notis selama sebulan atau 2 bulan perlu diberikan. Kalau tak, deposit tidak akan dipulangkan.
10. Apa jadi kalau rumah/premis dijual dalam tempoh sewaan
Ini penting kepada penyewa. Untuk lindungi hak anda sebagai penyewa, boleh letak klausa yang menyatakan bahawa jika tuan tanah menjual rumah atau premis dalam tempoh sewaan, penjualan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian sewa.
Maksudnya, pembeli baru adalah terikat dengan perjanjian sewa dengan penyewa.
Kalau tak, penyewa boleh saman tuan tanah atas perlanggaran kontrak.
11. Tindakan tuan tanah kalau penyewa tak bayar sewa
Ini pula penting untuk tuan tanah. Untuk pengetahuan, tuan tanah adalah dilarang sama sekali dari mengunci rumah atau premis sewa tanpa pengetahuan penyewa, walaupun ada sebut dalam perjanjian.
Tetap tak boleh.
Kena dapatkan perintah mahkamah dulu. Kalau tak, penyewa boleh buat laporan polis nanti.
Solusinya?
Tuan tanah boleh letak klausa yang menyatakan jika penyewa gagal bayar sewa dalam tempoh sekian, maka tuan tanah berhak untuk potong bekalan api dan air rumah atau premis tersebut.
Kalau potong bil api dengan air, mudah sikit untuk tuan tanah halau penyewa yang liat dan sengaja tak bayar sewa.
PENTINGNYA ADA PERJANJIAN SEWA
Kenapa pentingnya perlu ada perjanjian sewa adalah supaya pihak-pihak lebih sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing.
Kalau tiba-tiba ada isu di kemudian hari, perjanjian bertulis yang terperinci akan memudahkan untuk pihak mahkamah tentukan pertikaian yang berlaku.
Oleh:

Nas RahmanPeguam di Tetuan Nas Rahman & Co

Share jika anda rasa posting ini bermanfaat!
Kalau nak baca perkongsian undang-undang lain, jemput like page Jom Tanya Peguam atau layari laman web www.jomtanyapeguam.com
Kami juga ingin menjemput anda sertai group soal jawab Telegram Jom Tanya Peguam https://t.me/jomtanyapeguam




Kredit gambar: Muhsin Rozhan














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arnamee.blogspot.com/2025/02/syarat-yang-perlu-ada-dalam-perjanjian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Beli Rumah Lelong Panduan Tips Untuk Pembeli Pertama

Cara Beli Rumah Lelong Panduan Tips Untuk Pembeli Pertama

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 113 hits
Membeli rumah lelong adalah salah satu cara yang popular untuk mendapatkan hartanah pada harga yang lebih rendah daripada pasaran namun tidak ramai yang tahu cara beli rumah lelong Membeli rumah lelong boleh menjadi pelaburan yang menguntun...
Panduan Beli Rumah Teres

Panduan Beli Rumah Teres

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 103 hits
Salam sejahtera semua sebelum membeli rumah pastikan korang mengenal pasti ciri ciri rumah teres yang bagus Kenalah memilih takut nanti menyesal pula selepas beli bukan Maklumlah hutang rumah dengan bank ini sampai 35 tahun tau PANDUAN BELI...
My First Time Pengalaman Membaiki Iphone Di Rumah Sewa Wanita Bujang Yang Menyeramkan

My First Time Pengalaman Membaiki Iphone Di Rumah Sewa Wanita Bujang Yang Menyeramkan

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 125 hits
Saya ingin berbagi pengalaman unik yang saya alami ketika membaiki iPhone di rumah seorang pelanggan wanita Dalam dunia teknologi perkhidmatan membaiki di rumah semakin penting terutama bagi mereka yang tidak memiliki waktu untuk mengunjung...
Panduan Step By Step Beli Rumah

Panduan Step By Step Beli Rumah

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 102 hits
Salam sejahtera semua Kini sudah tular di laman sosial bahawa pihak bank telah menurunkan kadar faedah untuk pinjaman Jadi inilah masa sesuai untuk korang membeli rumah idaman korang Pastikan korang mempunyai rekod pinjaman yang bagus serta...
Barang Dalam Rumah Boleh Bantu Rangsang Fine Motor Skill Anak Tak Perlu Beli

Barang Dalam Rumah Boleh Bantu Rangsang Fine Motor Skill Anak Tak Perlu Beli

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 140 hits
Sebenarnya merangsang motor halus anak tidaklah sesukar mana Dengan menggunakan barang dan perkakasan dalam rumah sahaja sudah mampu mendorong kemahiran motor halus anak Pilih dan berkreatiflah dengan apa yang ada di dalam rumah sahaja Anak...
Suspek Pecah Rumah Di Bandar Baru Bangi Diburu Polis

Suspek Pecah Rumah Di Bandar Baru Bangi Diburu Polis

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 142 hits
HARRITH HISHAMRakaman CCTV wajah suspek ketika memecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi kelmarin KAJANG Polis sedang giat mengesan seorang suspek lelaki dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah di Bandar Baru Bangi kelmarin Ketu...
Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Baru lepas Blogwalking Haih rindunya zaman zaman buat blogwalking dulu dulu Tapi ada satu benda yang saya ralat sikitlah Sekarang ni kita dah tak boleh tekan button follow ke Saya ada cuba beberapa kali nak fol...
Balik Raub Jemput Mak Datang Rumah

Balik Raub Jemput Mak Datang Rumah

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 310 hits
Hari cuti tahun baru Cina hari tu Mama Yan dan suami balik ke Raub sekejap Balik berdua aje anak anak tinggal semua Kami keluar dari rumah jam 5 30 pagi Singgah solat Subuh di Hentian Yong Peng Tak singgah sarapan pun kami beli roti aje di ...
Suami Simbah Petrol Bakar Kereta Berpunca Dari Hal Rumah Tangga

Suami Simbah Petrol Bakar Kereta Berpunca Dari Hal Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 102 hits
VIDEO Vios terbakar Suami simbah petrol bakar kereta punca hal rumah tanggaOleh MOHD SHARKAWI LONDINGRaub memaklumkan perselisihan faham dalam rumah tangga menjadi punca kejadian sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum terbakar di...
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paylater Cara Bijak Atau Perangkap Hutang

Saiz Dan Bentuk Label Pelekat Bagaimana Memilih Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Kehadiran Si Panjang Berbelang

Lirik Lagu Angin Manusia Biru

Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance