Syarat Kelayakan Dan Proses Memiliki Kediaman Pr1ma
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Memiliki kediaman sendiri merupakan impian semua orang terutamanya bagi mereka yang ingin berkeluarga dan sudah berkerja tetap. Inisiatif yang dibawa oleh pihak berwajib bagi memastikan rakyat mempunyai kediaman yang selesa dan mampu milik
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.
Baca Juga : [ Cara Mudah Semak Penyata KWSP Secara Online ]
SYARAT KELAYAKAN MEMILIKI KEDIAMAN PR1MAAnda mestilah warganegara MALAYSIA.Bujang atau berkahwin serta berumur 21 TAHUN dan ke atas.Pendapatan bulanan isi rumah individu atau keluarga (suami dan isteri) antara RM2,500 - RM15,000.Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.
PROSES PERMOHONAN KEDIAMAN PR1MA
1) PENDAFTARANBuka akaun di www.pr1ma.my. Lengkapkan pendaftaran untuk mendapatkan nombor rujukan
2) PERMOHONANAnda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik
3) PELANCARANAnda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi pilihan anda. Projek yang dilancarkan akan turut diklankan di dalam media
4) PENGUNDIANProses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan
5) PEMILIHAN UNITAnda akan dijemput menghadiri sesi Pemilihan Unit untuk memilih unit pilihan anda bergantung kepada kekosongan
6) PEMBIAYAANProgram Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA merupakan skim yang menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah
7) PERJANJIAN JUAL BELIPerjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangai antara Pemaju, iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut
8) PENYERAHAN PEMILIKAN KOSONGSetelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA.
Untuk mereka yang layak dan sudah mampu, apa lagi tunggu? Jangan lepaskan peluang yang terbuka ini. In shaa Allah kediaman PR1MA ini bakal menjadi milik anda dan juga keluarga yang tersayang
Sekian
Baca Juga : [ 13 Cara Penjagaan Kereta ]
Sumber : PR1MA | Google Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/syarat-kelayakan-dan-proses-memiliki-rumah-pr1ma.html