Peguam Ini Jelaskan Proses Yang Betul Jika Berlaku Penceraian Elak Buat Kerja Sia Sia
Bila berlakunya perpisahan hidup pasti ada yang melalui cara baik dan ada juga yang menderita dengan sikap segelintir pasangan yang membiarkan tanpa ada khabar berita. Sebagai seorang isteri atau suami yang bertanggungjawab, korang kena tahu beberapa proses jika berlaku penceraian.
Penceraian atau talak adalah pembubaran hubungan suami dan isteri daripada ikatan pernikahan atau perkajwinan yang sah mengikut syariat Islam.
Namun ada beberapa proses yang perlu dilalui oleh pasangan ini. Perkongsian menarik ini daripada seorang peguam syarie di laman Twitter sebagai panduan dan untuk menjawab daripada soalan-soalan yang mengundang perkara tidak diingini.
Proses perceraian ni ada beberapa proses;
Pengesahan lafaz
Cerai persetujuan bersama
Cerai takliq
Fasakh
Masa nak datang mahkamah untuk failkan kes, dapatkan la nasihat dulu daripada mana-mana peguam baik biro atau swasta mahupun mahkamah sendiri.
Kata peguan wanita ini, beliau sering mendapat persoalan dan kata-kata keras aduan yang dilontarkan oleh kliennya.
“Kadang-kadang telefon tidak berangkat, tanya di kaunter tidak berbalas kerana sibuk dan kurang beri penjelasan”
Jadinya, lebih baik bertanyakan kepad peguam atau biro. Tujuan bertanya dulu sebelum datang ke mahkamah ni untuk lihat sndiri proses apa yang sesuai untuk difailkan.
Saya bagi contoh;
“Suami dah empat bulan berturut-turut tak balik, dan lokasi suami pon tak dapat dikenalpasti, pastu datang mahkamah failkan cerai persetujuan bersama. Bila failkan cerai persetujuan bersama ni, suami akan diminta untuk hadir ke mahkamah dan lafazkan/tak setuju lafaz.”
Tapi kalau lokasi tak diketahui dan memandai-mandai letak alamat kampung yang entah ada orang ke tak kat situ, macam mana saman tu nak sempurna. Jadi, lebih baik failkan fasaqh atau takliq.
Jadi, kalau jumpa peguam dulu, peguam boleh cuba nilai dan buat pertimbangan apa proses yang sesuai supaya ke mahkamah nanti takde la buat suatu pemfailan yang sia-sia. Bila hakim arahkan untuk buat pemfailan lain yang lebih sesuai, jangan marah.
Kalau buat fasakh atau takliq, pensabitan talaq ni oleh mahkamah dan bukan suami, jadi kalau saman dah berjaya disempurnakan baik melalui iklan/serahan kediri/tampalan kemudian suami tetap tak hadir. Mahkamah ada peruntukan untuk teruskan kes sebelah pihak. Haa, baru la nampak ada progress.
“Kenapa mahkamah tak nak bantu mudahkan saya, sepatutnya kena bantu rakyat”
Begini, mahkamah ni satu badan kehakiman yang membuat pengadilan kepada pihak yang mengadu dan diadu, jadinya kalau mahkamah melebihkan salah salah satu pihak, adil ke pada pihak yang satu lagi? Tak adil..mahkamah ni ada prosedur, kita buat ikut prosedur dan tak boleh skip mana-mana prosedur sebaliknya peruntukan menyatakan sebaliknya.
Kata wanita ini, masyarakat akan lebih peka betapa pentingnya melantik peguam, mereka akan memudahkan. Mengenai harga, janganlah risau kerana individu boleh menjadi peguam yang tidak terlalu mahal dan mengikut kemampuan anda.
Sumber: Twitter
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/03/peguam-ini-jelaskan-proses-yang-betul-jika-berlaku-penceraian-elak-buat-kerja-sia-sia/