Kecewa Dengan Proses Tuntutan Insurans Motorsikal Aku Membuat Keputusan Untuk Baiki Motorsikal Sendiri Part 1



Ini adalah pengalaman aku kali pertama membuat tuntutan (claim) insurans motorsikal. Ternya ianya berbeza daripada membuat tuntutan insurans kereta yang lebih mudah. Perbezaan yang ketara yang boleh aku kongsikan ialah pihak insurans tidak mempunyai panel bengkel motorsikal. Ianya bergantung pada pihak kedai atau bengkel motorsikal menguruskannya. Ada sesetengah bengkel akan menerima tuntutan mengikut pihak insurans yang tertentu.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh pihak insurans kepada aku, proses tuntutan mengambil masa hanya empat belas (14) hari bekerja. Itu proses untuk mendapatkan kelulusan sahaja tau. Ianya bergantung pada pihak kedai. Antara perkara penting yang diberitahu ketika itu ialah berkenaan tentang "Adjuster" iaitu pihak yang akan menjadi orang tengah antara pihak kedai dan pihak insurans dalam memproses tuntutan insurans motorsikal.

Mengikut pemahaman aku, Adjuster  ini adalah orang yang telah dilantik oleh pihak insurans bagi membuat siasatan dan menilai kerugian/pampasan insurans kepada pihak yang menuntut. Mereka juga dikehendaki membuat laporan kerugian terperinci sesuatu kes.

Kecewa Dengan Pihak Bengkel Yang Membuat Proses Tuntutan Insurans MotorsikalBerbalik kepada perasaan kecewa, aku bukanlah kecewa berkenaan dengan proses tuntutan insurans itu sendiri. Tetapi kecewa dengan pihak kedai/bengkel yang menguruskan tuntutan insurans itu sendiri yang tidak acuh. Kalau nak diceritakan satu per satu memang panjang, jadi aku simpulkan seperti kronologi dibawah.

Hari ke-2 Selepas Kemalangan - Waktu ini aku masih lagi bergantung kepada tongkat (crutches) untuk berjalan. Dengan bantuan ayah, aku pergi ke salah satu pengedar (dealer) motorsikal dan bertanyakan jika mereka boleh membuat tuntutan insurans motorsikal bagi pihak aku. Mereka bersetuju dengan syarat aku perlu menyerahkan segala dokumen yang diperlukan dan aku menyerahkan segala dokumen yang dipinta pada hari itu juga. Mereka berjanji untuk ambil motorsikal menggunakan lori dalam tempoh 2 hari. Mereka juga memberitahu proses tuntutan akan mengambil masa yang lama iaitu dalam tempoh 1 bulan atau lebih.
Hari Ke-3 Selepas Kemalangan - Hari yang dinantikan untuk pihak kedai mengambil motorsikal tidak muncul. Oleh kerana aku bekerja pada haritu tu, aku cuma membuat panggilan telefon untuk bertanyakan hal tersebut. Agak terkejut bila aku tanya mereka seolah-olah tidak tahu dan tiada tuntutan insurans yang dibuat. Aku meminta untuk check rekod balik. Agak lama juga masa menunggu mereka untuk memeriksa rekod. Selepas itu, mereka berjanji untuk mengambil motorsikal pada hari Sabtu iaitu dalam tempoh 3 hari lagi.
Hari ke-7 Selepas Kemalangan - Pihak kedai masih lagi tidak muncul mengambil motorsikal. Oleh kerana masa tu dah hari Ahad, kedai pun tak buka. Jadi aku mohon pertolongan daripada ayah aku untuk pergi ke kedai motor tersebut untuk mengingatkan mereka balik. Sebelum ayah aku datang ke kedai hari Isnin, aku sudah pun membuat panggilan sekali lagi pada waktu pagi. Aku memberitahu pada ayah aku, jikalau mereka tak mampu nak uruskan tuntutan insurans motorsikal beritahu kami awal-awal. Kami akan hantar pada kedai lain. Tetapi apa yang diberitahu oleh ayah aku, pihak kedai memang berkeras untuk menguruskannya dan mereka meminta tempoh beberapa hari untuk mengambil motor.
Dua Minggu Selepas Penyerahan Dokumen Tuntutan Insurans - Waktu ni aku dah mula panas hati sebab pihak kedai tidak berbuat apa-apa tentang nak ambil motor. Masa ni juga aku dah pun telefon pihak insurans dan bertanyakan tentang status tuntutan dan proses tuntutan. Aku mengambil inisiatif untuk hantar sendiri ke bengkel. Kalau tunggu kedai ambil, entah berapa lama lagi agaknya.
Sebulan Selepas Menyerahkan Dokumen Tuntutan Insurans - 3 minggu sudah pun berlalu tapi tiada sebarang panggilan dibuat oleh pihak kedai berkenaan tentang status claim. Apa yang diberitahu oleh pihak insurans, proses kelulusan memakan masa selama 14 hari waktu bekerja. Aku pun tunggu saja waktu tu. Selepas 5 minggu berlalu, aku membuat panggilan ke pihak insurans bertanyakan status claim dan aku terkejut yang mana tiada tuntutan insurans yang dibuat atas nama dan no pendaftaran motorsikal. Panas hati dah bertambah masa ni.
1 Bulan 2 Minggu Selepas Penyerahan Dokumen Tuntutan Insurans - Elok sabtu aku pun cuti. Aku terus pergi ke kedai motor. Masa aku datang motor dah tak ada. Pihak kedai memberitahu mereka sudah pun menghantar motor ke HQ. Tanpa melengahkan masa aku terus pergi ke HQ mereka. Aku terus tanya pasal status claim dan pihak HQ kedai bagitahu yang mereka dah pun menyerahkan dokumen kepada pihak insurans dan tunggu kelulusan sahaja. Aku terus beritahu benda sebenar yang aku dah pun periksa dengan pihak insurans dan tiada lagi claim ke atas motor yang dibuat. Masa aku terangkan waktu tu, pihak kedai beberapa kali cuba menyampuk. Dialog seperti dibawah ni.
Aku : Betul you dah hantar dokumen?.....

Pihak Kedai: Saya sudah hantar. Ini makan masa sebulan.

Aku : Eh saya sudah call insurans. Mereka kata tiada lagi rekod....(masa ni diorang potong cakap aku yang masa tu nak terangkan pada pihak kedai apa yang diberitahu oleh pihak insurans)

Pihak Kedai : Eh you dengar sini saya mau cakap!!! Ini makan masa sebulan lebih...

Aku : Ye saya tahu, tapi ni dah sebulan lebih tapi insurans sendiri kata tak ada apa-apa rekod.

Pihak Kedai: You dengar la saya mau cakap dulu!!!

Aku : Eh!!! you yang kena dengar cakap saya. Jangan potong saya mau cakap!!! (waktu ni dah panas hati sangat tapi aku control rasa marah dengan cakap nada tegas)

Pihak Kedai : Ok..ok...

Aku : Macam ni. Saya mau tahu...you dah buat ke belum itu punya claim? Kalau belum lagi saya mau ambil motor dan repair sendiri. (Masa ni tauke masuk dalam office bawa dokumen yang aku serahkan kat branch kedai diorang)

Pihak Kedai : You punya belum lagi hantar claim la. Banyak claim mau proses. 

Aku : Kalau ini macam you cakap awal-awal kan senang. Tak ada la saya tunggu lama. Kalau you tak boleh buat bagitahu la. Ini macam la. Saya tak mau claim, saya mau buat sendiri. Boleh tak? Saya bayar sendiri tapi you bagitahu kos berapa.

Pihak Kedai : Ayo, ini tengah buat. Tunggu sikit hari lagi la. 

Aku : Tak boleh la ini macam. Sudah sebulan lebih you tak buat apa-apa.

Pihak Kedai: Kejap saya tengok kalender. Ayo mana ada sebulan lebih. Baru tiga minggu saja.

Aku : Aik...you tengok ini gambar masa saya hantar dokumen dengan motor. Sudah lama tau. Takpela, bawak keluar itu motor sajalah.

Pihak kedai pun bawa aku dalam stor diorang waktu tu. Sadis tengok keadaan motor aku waktu itu. Diletakkan dengan barang-barang motor lain atas tempat duduk dan dihimpit dengan motor lain. 

Pihak Kedai : Susah la mau keluar you punya motor.

Aku : Takpe. Kasi keluar itu motor saya mau repair sendiri.

Pihak Kedai : Sekejap. You kena bayar dulu baru boleh keluar motor.

Aku : Aik, ada cas apa pulak ni?

Pihak Kedai: (Pergi kaunter and ambil kalkulator)....OK you kena bayar RM 80.

Aku : Apa pasal RM80.00. Ini cas apa pulak?

Pihak Kedai: Ini cas simpan motor dalam stor and towing motor.

Aku : Ape pasal towing? Motor ni saya hantar sendiri datang kedai.

Pihak Kedai : Ini towing motor ambil dari branch datang sini.

Aku : Itu you punya kos la. Apa pasal saya kena bayar. Ada saya suruh you ambil motor dari branch ke? Saya tak mau bayar.

Pihak Kedai : You tak mau bayar, itu motor tak boleh keluar.

Masa ni aku memang dah bengang sangat. Melihatkan dompet pun aku tak bawa cash sangat. Aku terpaksa pergi ke ATM yang terdekat. Dari tadi nak repair motor guna duit sendiri dekat kedai tu terus tak jadi. Bengang yang teramat dengan sikap pihak kedai. Aku dengan bengang letak duit RM100 atas meja dengan kuat waktu itu. Aku tahan rasa marah aku dengan berdiam walaupun pihak kedai ada cakap something masa tu.

Aku minta segala dokumen yang aku pernah bagi dekat branch untuk dipulangkan kembali. Waktu itu juga, pihak kedai sekali lagi cuba memujuk aku untuk membuat tuntutan insurans dan menyatakan sekali lagi ianya mengambil masa.

Daripada awal aku beritahu pada pihak kedai yang aku faham tentang proses tuntutan tu mengambil masa tetapi sikap acuh tak acuh mereka dengan tuntutan insurans tu yang membuatkan aku berasa kecewa dan bengang. Kalau mereka beritahu awal-awal yang mereka tak mampu, aku masih lagi boleh bertimbang rasa.

Ini tidak, janji nak ambil motorsikal tapi tak ambil. Lepas tu tipu kata dah hantar pun claim ke pihak insurans walhal tak hantar lagi pun. Dah la tu pergi charge aku dengan towing yang sepatutnya kos itu bukan disandarkan pada aku.

- akan disambung pada Part 2.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ariazir.blogspot.com/2019/10/kecewa-dengan-proses-tuntutan-insurans.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polda Metro Soal Penangkapan Dandhy Laksono Polisi Bisa Membuat Laporan Sendiri

Polda Metro Soal Penangkapan Dandhy Laksono Polisi Bisa Membuat Laporan Sendiri

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 195 hits
Dia menyebut Dandhy mengunggah konten konten terkait kerusuhan di Papua Padahal kata Argo informasi tersebut belum dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya
Kecewa Dengan Keputusan Siasatan Ar Badul Mahu Inkues Siasat Punca Kematian Anak

Kecewa Dengan Keputusan Siasatan Ar Badul Mahu Inkues Siasat Punca Kematian Anak

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 309 hits
Pihak menjelaskan dalam satu kenyataan hari ini tentang keputusan siasatan insiden yang melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya Kejadian duka tersebut diklasifikasikan sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam...
Adam Dah Pandai Iron Baju Sendiri

Adam Dah Pandai Iron Baju Sendiri

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 372 hits
Alhamdulillah seronok giler ibu Adam hahaha katanya sebab sepupu dia dah pandai iron baju sendiri so dia pun teruja nak iron jugak Sekejapnya masa berlalu Tahun ni anak lelaki pertama saya si Adam dah pun darjah 3 Dah besar uolss Malam tadi...
Wanita Rakam Buaian Terhayun Sendiri

Wanita Rakam Buaian Terhayun Sendiri

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 442 hits
Kini tular satu rakaman video daripada seorang wanita di laman Facebooknya yang mendakwa buaian di sebuah tapak permainan bergerak sendiri tanpa entiti di siang hari Dalam video tersebut menunjukkan sebuah buaian sahaja bergerak yang lainny...
Tambah Lagu Buai Laju Laju Lagi Seram Lelaki Dakwa Buaian Terhayun Sendiri Macam Ada Orang Main

Tambah Lagu Buai Laju Laju Lagi Seram Lelaki Dakwa Buaian Terhayun Sendiri Macam Ada Orang Main

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 401 hits
Cerita seram menjadi perkara biasa yang berlaku dalam kalangan manusia kerana kita sudah terdedah dengan banyak perkara seram yang berlaku di sekeliling kita Perkara ini dikaitkan dengan unsur unsur mistik yang jelas membuatkan kita berada ...
Bidan Selingkuh Dengan Dokter Digerebek Polisi Yang Merupakan Suaminya Sendiri

Bidan Selingkuh Dengan Dokter Digerebek Polisi Yang Merupakan Suaminya Sendiri

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 239 hits
Seorang petugas polisi di Mojokerto harus menghadapi kenyataan pahit karena istrinya yang seorang bidan berselingkuh dengan pria lain yang berprofesi sebagai dokter Lebih sedihnya lagi perselingkuhan bidan dan dokter ini diketahui sendiri s...
Viral Video Ibu Diusir Dari Pernikahan Anaknya Sendiri Jangan Emosi Dulu Mari Lihat Dari Dua Sisi

Viral Video Ibu Diusir Dari Pernikahan Anaknya Sendiri Jangan Emosi Dulu Mari Lihat Dari Dua Sisi

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 661 hits
Banyak media yang memberitakan prahara ini cuma dari satu sisi Kayaknya kita perlu simak klarifikasi sang anak ya
Cara Aku Nak Kenali Diri Sendiri

Cara Aku Nak Kenali Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 385 hits
Cara Aku Nak Kenali Diri SendiriAs usual mula kan kehidupan dengan positive thinking dan juga mencari positive vibes seberapa banyak yang boleh Semakin banyak tanggungjawab semakin banyak usaha diperlukan untuk meneruskan kehidupan sebanyak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization