Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula


Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor memfailkan notis usul bagi memohon perintah untuk menggali semula kubur anak lelakinya untuk menjalankan bedah siasat kedua.
Berdasarkan notis usul yang diperoleh media hari ini, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, selaku pemohon memfailkan notis itu semalam melalui Tetuan Naran Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menamakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sebagai responden.
Peguam Datuk Naran Singh, yang mewakili Ummu Haiman Bee ketika dihubungi hari ini mengesahkan pemfailan notis usul berkenaan.
Ummu Haiman Bee memohon perintah dikeluarkan kepada Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pihak-pihak berkaitan bagi mengarahkan untuk menggali keluar semula jasad Syamsul Haris yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.
Wanita itu turut memohon perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan bedah siasat terhadap jasad Syamsul Haris dalam tempoh 14 hari selepas jasad terbabit dikeluarkan dengan kehadiran pakar forensik Datuk Seri Dr Bhupinder Singh dan peguam lantikan keluarga, Naran atau wakil daripada Tetuan Naran Singh & Co.
Dia juga memohon perintah mengarahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengambil alih tugas siasatan daripada pegawai siasatan yang terkini dan menjalankan siasatan kes kematian si mati sepertimana yang dilakukan dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.
Turut dimohon perintah yang mengarahkan Peguam Negara menjalankan satu inkues bagi menyiasat punca kematian Syamsul Haris dan lain-lain perintah atau relif yang mahkamah anggap sesuai dan adil bagi tindakan itu.
Permohonan itu difailkan atas alasan bahawa bedah siasat pertama tidak dilakukan oleh pakar forensik hospital, tetapi hanya dilakukan oleh Dr George Sixtus Fernandez Jr yang merupakan pegawai perubatan Gred UD10.
BACA: ‘Lautan Hitam’ Banjiri Kota Belud, Laung Solidariti Zara Qairina Pemohon mendakwa terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian Syamsul Haris apabila menerima pelbagai percanggahan pada alasan atau punca kematian anaknya selain mendakwa dia dan keluarga tidak dapat melihat keseluruhan jasad si mati semasa pemohon berada di Jabatan Forensik dan semasa jasad dimandikan dan dikafankan.
Menurut pemohon, jasad si mati juga telah dibawa keluar di dalam keranda yang tertutup dan apabila meminta agar penutup keranda dibuka, hanya bahagian muka sahaja yang dibuka dan ditunjukkan kepada pemohon. Dalam afidavit sokongan, Ummu Haiman Bee berkata anaknya telah mengikuti satu latihan menembak pada 27 Julai lepas ketika kursus latihan PALAPES di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor sebelum menerima panggilan daripada seorang pensyarah di UTM pada 4.33 petang, keesokannya yang memaklumkan anaknya telah meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor.
Menurut pemohon, dia telah pergi ke hospital berkenaan pada 4 pagi, 29 Julai untuk melihat jenazah anaknya dan terdapat kesan-kesan lebam dan kecederaan pada jasad anak lelakinya itu terutama di leher, dada yang berdarah, muka dan mata kanan dengan kesan lebam hitam.
“Saya percaya kesan-kesan kecederaan di bahagian dada dan mata kanan jelas dilakukan dengan pukulan objek-objek tumpul. Saya juga percaya darah yang mengalir dari hidung anak yang tidak berhenti sehingga jasadnya ditanam jelas menunjukkan bahawa anak saya telah dipukul dan mengalami kecederaan di bahagian otak dan dada.
“Saya sesungguhnya mengatakan bahawa gambar-gambar kecederaan pada anak saya jelas menunjukkan kecederaan itu diakibatkan oleh objek tumpul,” katanya.
Pada 13 Ogos lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata Jawatankuasa Siasatan mendapati tiada unsur penderaan terhadap Syamsul Haris, yang meninggal dunia ketika mengikuti latihan di PULADA, Ulu Tiram pada 28 Julai.
Sumber: BERNAMA
BACA:  Dua Warga Bangladesh Didakwa Sokong, Simpan Simbol Berkait Kumpulan Pengganas The post Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/15/ibu-allahyarham-syamsul-haris-mohon-perintah-kubur-anak-digali-semula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Saya Tak Tenang Ibu Nekad Minta Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan

Hati Saya Tak Tenang Ibu Nekad Minta Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 419 hits
Saya Mahu Kubur Zara Digali Ibu Mahu Tahu Kebenaran Apa Sebenarnya Berlaku Kehilangan seorang anak adalah episod paling pilu dalam hidup seorang ibu Namun apabila punca kematian tidak jelas dan penuh persoalan hati mana yang mampu tenang Be...
Ibu Mohon Kubur Anak Digali Semula Tuntut Jawapan Punca Kematian

Ibu Mohon Kubur Anak Digali Semula Tuntut Jawapan Punca Kematian

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Ibu kepada pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Papar yang meninggal dunia dalam kejadian dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah memohon agar kubur anak tunggalnya digali semu...
Hilang Anak Sulung Ibu Pelatih Palapes Utm Pula Nekad Gali Semula Kubur

Hilang Anak Sulung Ibu Pelatih Palapes Utm Pula Nekad Gali Semula Kubur

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 616 hits
Hilang anak sulung bukan sekadar kehilangan tetapi luka yang tidak akan pernah sembuh selagi kebenaran belum terjawab Itulah yang dilalui Ummu Haiman Bee Daulatgun 45 tahun ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin pelatih Pasukan Lati...
Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 336 hits
KOTA KINABALU Permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar hari ini kata peguam Hamid Ismail Zaraz Kami baru dimaklumkan sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ...
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution

Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 338 hits
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution MACHANG 9 Ogos Polis Diraja Malaysia akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian ...
Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 485 hits
SIPITANG Mahkamah Majistret Sipitang hari ini mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 bagi tujuan proses bedah siasat Pendengaran kes selama setengah jam itu diadakan di Ibu Pejabat Polis D...
Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 690 hits
Kuala Lumpur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin 22 seringkali diejek dan diprovokasi dengan panggilan nama tertentu Mendedahkan perkara itu ibunya Ummu Haiman Bee Daulatgun 45 mendakwa ada pihak tertentu yang melakukan provokasi terhadap a...
Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

Untuk Anak Anak Ibu Dengan Penuh Cinta

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 1109 hits
Anak anakku tersayang Saat ibu tulis ini hati ibu dipenuhi seribu satu rasa syukur sayang harapan dan juga sedikit kerisauan yang hanya seorang ibu dapat fahami Sejak hari pertama kalian hadir dalam hidup ibu segalanya berubah Ibu belajar m...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk