Syampu Untuk Rambut Gugur Dan Berkelemumur
Mencuci rambut dengan jenis syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan kelemumur, kulit kepala gatal-gatal, melemahkan akar dan membuat rambut gugur. Pernah tak masa kecil-kecil dulu ibu anda lumur kepala dengan pucuk daun rambutan yang dihancurkan hingga keluarkan lendir daripada daun tersebut? Kalau nak tahu, ia juga salah satu petua yang dipercayai dapat melebatkan rambut anda semula.
Punca Keguguran Rambut & Kelumumur :Masalah keguguran rambut biasanya disebabkan oleh punca akar rambut tidak kuat atau makin rapuh disebabkan tidak dapat sumber protein dan vitamin tertentu yang mencukupi, sering terdedah dengan radikal bebas serta pencemaran, juga mungkin disebabkan oleh masalah hormon. Jika anda bercadang untuk mencuba syampu yang boleh mengurangkan rambut gugur, anda patut mencuba syampu yang mengandungi mineral seperti Zink Pyrithione, Biotin, Niacin dan juga kafein.
Zink Pyrithione mempunyai sifat anti-bakteria, dan anti-kulat yang dapat membantu merawat dermatitis seborrheic (juga disebut kelemumur), psoriasis kulit kepala, dan serta jerawat. Ianya banyak digunakan dalam formulasi syampu untuk hilangkan kelemumur.
Menurut ahli sains Jerman, Dr Adolf Klenk daripada syarikat farmaseutikal, Dr Wolff Group, beliau menyatakan bahawa kafein mengandungi Niacin atau B-kompleks yang bagus untuk bantu menguatkan akar rambut dan dapat mencegah masalah kebotakan [1].
Antara Produk di Pasaran Untuk Masalah Rambut Gugur & Berkelemumur ialah :# 1 Alpecin Caffein ShampooProduk ini membantu menguatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut untuk lelaki.
# 2 Seborin Hair TonicProduk ini bantu menjana semula rambut dari akar hingga hujung serta mengandungi Pro-Vitamin B5 yang dapat menembusi ke akar dan rambut. Ianya juga dapat bantu membaiki rambut yang telah rosak dari dalam. Tonik perlu digunakan selepas rambut dibasuh dan kering tanpa perlu dibilas.
# 3 Audace Extra Hair Reactive & Hair Fall Control ShampooSyampu ini membersihkan kulit kepala dengan berkesan dan menghilangkan sebum yang mengeras serta serpihan kelemumur dan juga minyak berlebihan. Ia juga direka untuk bantu mengekalkan keadaan optimum kulit kepala dan rambut yang sihat selain bantu mengelakkan masalah rambut yang tidak diingini dari terjadi.
Syampu adalah antara produk penjagaan rambut yang sangat penting dan digunakan oleh hampir semua individu. Maka, penting untuk memilih syampu dengan betul dan sesuai dengan jenis kulit kepala dan rambut kita.
Penafian : Kesan produk mungkin berbeza-beza antara setiap individu bergantung kepada tahap kesihatan individu.
Sumber : Berita Harian [1] , Shopee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2021/02/syampu-untuk-rambut-gugur-dan-berkelemumur.html