Syaiful Irfan Calon Ketua Bahagian Paling Muda


FARAH SHAZWANI 
  Syaiful Irfan (kanan) dan Wan Marzuki akan bertanding merebut jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kemaman.  KEMAMAN - Pemuda berusia 29 tahun, Syaiful Irfan Anang menjadi calon paling muda merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu kali ini.

Difahamkan, beliau juga adalah calon paling muda bagi jawatan ketua bahagian Bersatu di peringkat nasional setakat ini.

Syaiful Irfan yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu negeri, bakal berdepan dengan Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok dalam pertandingan dua penjuru bagi merebut jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kemaman.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian hari ini berkata, keputusan untuk bertanding itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab untuk memastikan Bersatu lebih kukuh, maju dan berjaya.

"Saya meraikan demokrasi dalam Bersatu kerana kita tidak mahu bahagian Kemaman ini menang tanpa bertanding sebab bagi saya, pertandingan itu menjadikan parti lebih kuat dan lebih dikenali.
"Selain itu, saya merasakan sudah sampai masanya untuk kembali ke kawasan saya dan mahu berkhidmat di kawasan sendiri.

"Sebelum ini, sebagai Ketua Armada Bersatu Terengganu, saya terpaksa membahagikan masa untuk menguruskan lapan bahagian di negeri. Selepas ini, mungkin saya lebih fokuskan di bahagian saya sendiri," katanya yang juga seorang pengurus pemasaran eksekutif.

Beliau menambah, faktor usia bukanlah halangan kerana dalam keadaan menjadi pembangkang di Terengganu, Bersatu memerlukan gerak kerja yang progresif dan dinamik.

Dalam masa sama, beliau tidak menafikan pengalaman orang berusia penting dalam memastikan parti berjaya dan mendapat tempat di hati masyarakat, namun berbesar hati untuk bekerjasama dengan seluruh lapisan umur, tidak kira muda atau tua.

"Sekiranya menang, perkara paling utama yang saya nak lakukan ialah memperkasakan ahli-ahli di peringkat cawangan. Bagi saya, cawangan ini bukanlah sekadar 'roh' yang berlegar-legar tetapi kena ada jasadnya.

"Maknanya, cawangan ini perlu ada sekurang-kurangnya satu pejabat supaya menjadi pusat bagi ahli-ahli di peringkat cawangan untuk dituju, diberi pendapat, diberi idea dan mengadu masalah.

"Di bahagian pula, apabila kita dapat kumpulkan semua masalah dan perkara berbangkit, baharu kita naikkan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/syaiful-irfan-calon-ketua-bahagian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Tiga Tahun Dari Malaysia Iq Tinggi Paling Muda Sertai Mensa Uk

Budak Tiga Tahun Dari Malaysia Iq Tinggi Paling Muda Sertai Mensa Uk

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 669 hits
Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy 3 memiliki kepintaran luar biasa Foto ihsan Facebook aniraasyikinKUALA LUMPUR 20 Jan Seorang kanak kanak lelaki Malaysia berusia tiga tahun menjadi peserta termuda diterima masuk ke Mensa kumpulan warga IQ t...
Dr M Mukhriz Menang Tanpa Bertanding Ketua Bahagian Ppbm

Dr M Mukhriz Menang Tanpa Bertanding Ketua Bahagian Ppbm

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 372 hits
Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir ALOR SETAR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengekal jawatannya sebagai ketua bahagian PPBM Langkawi selepas diumumkan menang tanpa bertanding jawatan itu Setiausaha Badan Pimpinan PPBM Kedah A Az...
5 Tempat Paling Potensial Untuk Ketemu Calon Jodoh Idaman Makanya Jangan Sibuk Main Medsos Doang

5 Tempat Paling Potensial Untuk Ketemu Calon Jodoh Idaman Makanya Jangan Sibuk Main Medsos Doang

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 566 hits
Siapa tahu jodohmu sebenarnya sudah berkali kali kamu temui cuman belum terpikir buat kenalan aja
Desa Cileuksa Bogor Paling Parah Terdampak Banjir Bandang Pengungsi Capai 4 174 Jiwa

Desa Cileuksa Bogor Paling Parah Terdampak Banjir Bandang Pengungsi Capai 4 174 Jiwa

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 363 hits
Total pengungsi di Desa Cileuksa mencapai 4 174 jiwa dari 1 696 Kepala Keluarga Dari total jumlah pengungsi 148 di antaranya merupakan ibu menyusui dan 39 ibu hamil
Pernah Digelar Kanak Kanak Paling Besar Di Dunia Arya Permana Berjaya Turunkan Berat 110kg

Pernah Digelar Kanak Kanak Paling Besar Di Dunia Arya Permana Berjaya Turunkan Berat 110kg

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 710 hits
Pernah digelar sebagai kanak kanak paling gemuk di dunia Arya Permana yang kini telah berusia 13 tahun pernah mengalami obesiti yang teruk sehingga berat badannya mencecah 193 kilogram Akibat berat badannya yang berlebihan Arya tidak mampu ...
Sweater Sukajan Jepun Brand Toyo Paling Mahal Harganya

Sweater Sukajan Jepun Brand Toyo Paling Mahal Harganya

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 1001 hits
Ramai peminat barang Jepun sebenarnya mencari koleksi Baju Sejuk Sukajan yang terkenal di Jepun Tak kiralah samada di Tokyo Osaka Sapporo ataupun di Fukuoka koleksi Sukajan antara yang menarik minat ramai peminat Malaysia Untuk informasi Sw...
Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 451 hits
Kamaruzaman Mohamad KUALA LUMPUR Pemimpin DAP yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri tetapi bersifat rasis tidak menghormati perlembagaan dan sejarah negara wajar dilucutkan dari jawatan Ini kerana Pas melihat parti cauvinis itu...
Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke 2

Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke 2

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 1446 hits
Perang Dunia Ke 2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan Tempoh perang yang panjang itu menyebabkan pihak Tentera Bersekutu dan Tentera Axis masing masing menghasilkan idea yang ganas untuk kereta kebal mereka tidak kurang juga di antarany...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sabrina Carpenter S Legs And Feet In Tights 40

Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini