Syafiq Kyle Fokus Pada Filem Siku 12 Tepis Desas Desus Bakal Bernikah Tahun Ini


Pelakon popular, Syafiq Kyle menafikan desas-desus bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon Mimi Lana pada penghujung tahun ini. Menurut pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu, dia sendiri belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya seperti dakwaan sesetengah pihak



“Bagaimana mahu bernikah pada hujung tahun ini sedangkan tiada sebarang persiapan dibuat? Saya pun belum ‘booking’ tok kadi lagi untuk majlis akad nikah,” katanya.
Bagaimanapun, kata Syafiq, jika tiada aral, dia merancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan dengan Mimi pada tahun depan

“Jika nak diikutkan saya sudah bersedia berumahtangga pada usia mencecah 30 pada tahun ini. Mungkin tiada majlis pertunangan kerana kalau boleh saya mahu kami terus bernikah dan buat perkara wajib seperti dituntut agama,” katanya.
Ditanya tarikh majlis pernikahan dijangka pada tahun depan, kata Syafiq, dia dan keluarga belum memutuskan tarikh yang sesuai lagi

“Kami belum ada tarikh sesuai kerana perlu menyelesaikan urusan dan komitmen pada karier seni terlebih dulu. Insya-Allah, bila sudah ada tarikh yang sesuai untuk kami bernikah pada tahun depan, saya tidak akan merahsiakan berita baik daripada pengetahuan peminat,” katanya. 
SYAFIQ KYLE FOKUS PADA FILEM SIKU 12, TEPIS DESAS DESUS BAKAL BERNIKAH TAHUN INI


Mengulas perkembangan karier seninya pula, pelakon yang menempa nama menerusi drama bersiri Nur ini mengakui terima tawaran berlakon dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd itu kerana mahu mencabar diri berlakon dalam filem aksi

Dalam filem genre aksi arahan Azhari Zain itu, Syafiq bergandingan dengan aktor terkenal, Zahiril Adzim selaku teraju utama. Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar serta dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot



Menurut Syafiq, dia juga sudah membuat persiapan awal dengan berlatih di jimnasium sebelum memasuki lokasi penggambaran filem Siku 12: Langkah Derhaka itu

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dulu (PKP), saya memang menghabiskan masa bersenam dan berlatih di gimnasium. Justeru, saya tiada masalah dari aspek stamina dan kecergasan untuk melakonkan babak pertarungan sebagai peninju dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka itu,” katanya.
Berkongsi cabaran, kata Syafiq, dia bersyukur kerana memiliki asas dalam Seni mempertahankan diri Muay Thai yang diminati sejak dulu

“Selain ada asas dalam seni Muay Thai, saya juga berlatih dengan seorang guru seni silat Siku 12 dari Pulau Pinang sebelum memulakan penggambaran. Sudah namanya filem aksi, saya juga mengalami lebam-lebam di kaki dan tangan dan kepala juga benjol kerana terhantuk ketika menjayakan babak pertarungan di gelanggang,” katanya.
Mengenai gandingan dengan Zahiril pula, kata Syafiq, ia kali pertama dia bekerjasama dengan pelakon senior itu

“Zahiril juga ada asas dalam seni silat dan saya juga tiada masalah untuk mendapatkan keserasian berlakon dengannya. Dia bukan saja pelakon senior yang berpengalaman tetapi juga kelakar ketika di lokasi,” katanya

Antara cabaran lain, kata Syafiq, dia perlu menguasai dialek Kedah untuk menjiwai watak utama sebagai Atid dalam filem itu

“Mujur penerbit, Mohamad Pozi Mansor dan barisan kru filem Siku 12: Langkah Derhaka banyak membantu memperbetulkan dialek Kedah ketika di lokasi. Pada masa sama, saya juga selesa bekerjasama dengan Azhari selaku pengarah yang cukup berpengalaman kerana dia memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai karakter masing-masing. Azhari tidak garang tetapi suaranya sangat kuat ketika memberi arahan kepada pelakon dan kru di lokasi demi memastikan semua pelakon dapat menjiwai watak mengikut tuntutan skripnya,” katanya.
Filem Siku 12: Langkah Derhaka akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober depan. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam. Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/Power Team Entertainment sejak 6 September lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/syafiq-kyle-fokus-pada-filem-siku-12.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Tak Cakap Nak Kahwin Tahun Depan Tolong Jaga Hati Keluarga Kami Syafiq Kyle

Hiburan Saya Tak Cakap Nak Kahwin Tahun Depan Tolong Jaga Hati Keluarga Kami Syafiq Kyle

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 173 hits
Pelakon terkenal menafikan sekeras kerasnya mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Mimi Lana pada tahun hadapan Kata Syafiq jawapannya bagi soalan bila dia dan Mimi akan bernikah telah diu...
Mungkin Tak Ada Majlis Tunang Syafiq Kyle Mimi Lana Nikah Tahun Depan

Mungkin Tak Ada Majlis Tunang Syafiq Kyle Mimi Lana Nikah Tahun Depan

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 221 hits
Pelakon Syafiq Kyle mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan kekasih hatinya yang juga seorang selebriti Mimi Lana Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata dia sudah bersedia untuk b...
Senarai Filem Walt Disney Studios Akan Datang Tahun 2022

Senarai Filem Walt Disney Studios Akan Datang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 233 hits
Sekarang ini sudah masuk pertengahan bulan september 2022 tapi aku rasa masih belum terlambat untuk kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan senarai filem Walt Disney Studios yang akan ditayangkan pada tahun ini Ada banyak filem best ...
Filem Siku 12 Langkah Derhaka Mengetengahkan Seni Mempertahankan Diri Persilatan Melayu Dan Muay Thai

Filem Siku 12 Langkah Derhaka Mengetengahkan Seni Mempertahankan Diri Persilatan Melayu Dan Muay Thai

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 240 hits
Mengetengahkan kehebatan seni persilatan Melayu dan seni mempertahankan diri Muay Thai filem Siku 12 Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd juga menyelitkan konflik cinta dan persahabatan sebagai elemen dramatik untuk men...
Sambut Ulang Tahun Debut Ke 10 Ailee Bakal Adakan Konsert Ailee Xr Concert

Sambut Ulang Tahun Debut Ke 10 Ailee Bakal Adakan Konsert Ailee Xr Concert

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 171 hits
Akhirnya Ailee bakal menemui peminat tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Buat peminat Ailee ini lah peluang korang untuk tengok dia membuat persembahan sempena ulang tahun ke 10 debutnya Konsert yang bakal dikendalikan oleh Korea Creative Con...
Harga Emas Diramal Bakal Cecah Us 1 800 Seauns Pada Hujung Tahun Ini

Harga Emas Diramal Bakal Cecah Us 1 800 Seauns Pada Hujung Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 285 hits
Harga Emas Diramal Bakal Cecah US 1 800 Seauns Pada Hujung Tahun Ini Baru baru ini emas telah membuat kejatuhan lantaran dari ketidakstabilan ekonomi dunia yang begitu meruncingkan sekarang Perkara ini menggusarkan para pelabur dan penyimpa...
Tun Mahathir Kata Tak Sesuai Pru Tahun Ini Perubahan Cuaca Bakal Datangkan Musibah Besar

Tun Mahathir Kata Tak Sesuai Pru Tahun Ini Perubahan Cuaca Bakal Datangkan Musibah Besar

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 309 hits
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 ketika musim tengkujuh yang diramal berlaku hujung November nanti Memetik laporan Malaysia Gazette Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga...
Hiburan 36 Tahun Membujang Sharifah Amani Selamat Bernikah

Hiburan 36 Tahun Membujang Sharifah Amani Selamat Bernikah

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 198 hits
Pelakon Sharifah Amani selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz bersama pasangan Ahmed Faris Othman dalam sebuah majlis ringkas di Kuala Lumpur Memetik laporan majlis akad nikah dikendalikan oleh Ustaz Rahimin dengan berwalikan bapa kepad...
20 Juta Malbatt Misi Bakara Filem Termahal Dalam Sejarah Bakal Mengangkat Perjuangan Wira Sebenar

20 Juta Malbatt Misi Bakara Filem Termahal Dalam Sejarah Bakal Mengangkat Perjuangan Wira Sebenar

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 881 hits
Assalammualaikum semua 10 September 2022 hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran dan Sidang Media MALBATT Misi Bakara di Berjaya Times Square Hotel Buat kali pertama klip promosi filem ini dipertontonkan kepada rakan media dan para bar...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu