Filem Siku 12 Langkah Derhaka Mengetengahkan Seni Mempertahankan Diri Persilatan Melayu Dan Muay Thai



Mengetengahkan kehebatan seni persilatan Melayu dan seni mempertahankan diri Muay Thai, filem Siku 12: Langkah Derhaka terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd juga menyelitkan konflik cinta dan persahabatan sebagai elemen dramatik untuk menarik penonton. Filem bergenre aksi arahan Azhari Zain itu menggandingkan dua aktor popular, Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar. Tidak ketinggalan dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Penerbit Eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, filem yang menelan kos sebanyak RM1.2 juta itu menjalani penggambaran pada 2019.

“Penggambaran filem bermula pada Oktober 2019 membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan. Namun, filem Siku 12 hanya siap sepenuhnya membabitkan proses suntingan dan sebagainya untuk tayangan di pawagam pada tahun ini. Ia membabitkan lokasi penggambaran di Pendang dan Alor Star, Kedah,” katanya. 
FILEM SIKU 12: LANGKAH DERHAKA MENGETENGAHKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERSILATAN MELAYU DAN MUAY THAI

Berkongsi cabaran merealisasikan filem Siku 12, kata Mohd Hafiz, dia hanya mengambil alih projek filem berkenaan pada saat akhir.

“Saya terima tawaran daripada rakan penerbit, Mohamad Pozi Mansor untuk mengambil alih projek filem ini bukan atas dasar persahabatan semata-mata. Sebaliknya, saya percaya filem Siku 12 ini mempunyai potensi untuk diketengahkan termasuk ke peringkat antarabangsa. Filem Siku 12 mengetengahkan ilmu persilatan seni silat tua Melayu iaitu permainan 12,” katanya.
Bagaimanapun kata Mohd Hafiz, banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kualiti filem untuk tayangan di pawagam.

“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, ‘audio mixing’ dan ‘color grading‘ untuk filem ini. Banyak proses dilalui filem ini terlebih dahulu, sebelum mendapat kelulusan tayangan di pawagam termasuk Kementerian Dalam Negeri, Skim Wajib Tayang dan wakil pawagam. Alhamdulillah, saya dan penerbit kembali bersemangat membawa filem untuk tayangan di pawagam selepas melihat maklum balas positif,” katanya. 


Mengulas cabaran menerbitkan filem bergenre aksi, kata Mohd Hafiz, bukan mudah untuk merealisasikannya kerana ia memerlukan lokasi gelanggang yang besar.

“Kami juga menyediakan jurulatih profesional bagi memberi tunjuk ajar kepada pelakon ketika babak bertinju. Malah, pelakon utama, Syafiq Kyle perlu berlatih selama dua minggu sebelum memasuki lokasi penggambaran. Filem Siku 12 hanya menampilkan elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus,” katanya.
Apa yang menarik, kata Mohd Hafiz, filem Siku 12 menampilkan seramai 20 penari menora dari Persatuan Manora Kedah dan Manora Kham Kampung Kalai.

“Kami turut menampilkan ratusan pelakon tambahan untuk menjadi penonton di luar gelanggang. Jumlah penonton yang ramai diperlukan untuk menonjolkan suasana sebenar ketika pertandingan diadakan membabitkan peninju,” katanya.
Ditanya harapan terhadap filem Siku 12, kata Mohd Hafiz, pihaknya sudah berusaha memberikan terbaik pada filem dan hanya menyerahkan pada penilaian penonton.

“Saya yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, filem genre aksi juga akan mendapat tempat di hati penonton,” katanya.
Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/Power Team Entertainment sejak 6 September lalu.


Filem Siku 12: Langkah Derhaka akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober depan. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/filem-siku-12-langkah-derhaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Fikiran Buang Racun Dalam Diri

Jaga Fikiran Buang Racun Dalam Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 126 hits
Selagi tak buang racun yang cegah kita daripada buat kejahatan hati tak bahagia dan tak boleh gembirakan orang lain buang racun dengan taubat Minta maaf dengan orang lain Pilih whataps group membina Ilmu tak masuk kepada orang yang banyak d...
Senang Banyak La Nak Bicara Tak Suka Hakim Suruh Tarek Diri

Senang Banyak La Nak Bicara Tak Suka Hakim Suruh Tarek Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 324 hits
Kes rasuah projek solar Pendakwaan bantah permohonan Rosmah agar hakim tarik diri September 1 2022Pendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata penghakiman bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis KU...
Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 184 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 12 00 PMPendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata penghakiman bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan hari ini membantah perm...
Dah Lah Tu Jadi Diri Sendiri Sudah Lepas Dipuji Persis Fazura Netizen Kata Makin Over Pula

Dah Lah Tu Jadi Diri Sendiri Sudah Lepas Dipuji Persis Fazura Netizen Kata Makin Over Pula

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 157 hits
Baru baru ini seorang wanita meraih perhatian ramai warganet di media sosial selepas wajah dan suaranya dikatakan persis selebriti jelita Fazura Malah sebelum ini Fazura sendiri pernah meninggalkan komen menerusi salah satu video di TikTok ...
Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Rasuah Nanti Nyanyi Puas Puas Ya

Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Rasuah Nanti Nyanyi Puas Puas Ya

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2 8 juta membabitkan Felcra Berhad Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Roz...
Rasuah Rm2 8 Juta Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri

Rasuah Rm2 8 Juta Bung Moktar Zizie Izette Diarah Bela Diri

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2 8 juta Hakim Rozina Ayob membuat keput...
Secara Mentalnya Sudahkah Najib Bersedia Membela Diri

Secara Mentalnya Sudahkah Najib Bersedia Membela Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 152 hits
Keberangkalian itu sangat ditunggu Oleh netizen Najib dan penyokong pula Bagaimana Jangan Pula akan ADA dangoi yang terjerit KONSPIRASI dan pendakwaan terpilih Jangan Pula ADA lobak yang demonstration di sogo Lebih penting jangan ADA drama ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Himpunan Resepi Ayam Goreng Tepung Mudah

Why Choose Private Hire In London A Traveler S Perspective

Malaysia Bersedih Kehilangan 10 Wira Negara

Tiktoker Galih Ditahan Bikin Konten Penistaan Agama Untuk Cari Endorse

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Mood Blogging On