20 Juta Malbatt Misi Bakara Filem Termahal Dalam Sejarah Bakal Mengangkat Perjuangan Wira Sebenar


Assalammualaikum semua! 10 September 2022 hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran dan Sidang Media MALBATT: Misi Bakara di Berjaya Times Square Hotel. Buat kali pertama klip promosi filem ini dipertontonkan kepada rakan media dan para barisan pelakon filem telah diperkenalkan. Kos filem ini berjumlah RM 20 Juta dan melalui sesi penggambaran di Turkey selama 7 minggu. Para pelakon juga menerima latihan di Kem Tentera Darat Port Dickson, Negeri Sembilan.
Selain itu, pakaian seragam yang digunakan bebeza dengan rekaan digital yang sedang digunakan pada hari ini oleh Angkatan Tentera Darat (ATM) sekarang. Pihak produksi perlu menempah khas pakaian untuk memberi hasil filem yang terbaik. Walaupun pakaian dan jalan cerita mengikut dari kisah benar 1993, dengan suntingan CGI set penggambaran ia tidak akan nampak seperti filem lama. Ia pasti membanggakan Malaysia

Menurut Adrian Teh, pemilihan para pelakon berdasarkan keselesaan bekerjasama, semua pelakon melalui uji bakat dengan menjiwai skrip. MALBATT: Misi Bakara adalah dari kisah benar dan ia melibatkan seluruh Batalion. Pelakon perlu faham tentang protokol Tentera Darat Malaysia. Dalam memperbetulkan fakta, sepanjang 3 tahun ini, Adrian Teh telah membuat kajian dan misi. Menyemak rekod rasmi dari Tentera Darat Malaysia dan menemuramah para perwira. Ini bukan dokumentari, ia adalah filem yang mudah untuk penonton faham. Ia dari kisah benar

Sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Adrian Teh dan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G. 

MALBATT: MISI BAKARA FILEM TERMAHAL DALAM SEJARAH BAKAL MENGANGKAT PERJUANGAN WIRA SEBENAR
MALBATT: Misi Bakara akan dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. Filem ini adalah kisah benar tentang operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam peperangan saudara di Somalia. Cerita ini pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk Down. Kali ini kita semua berpeluang untuk mengetahui naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali wira yang sebenar. 

Di majlis tersebut ucapan pembukaan telah disampaikan oleh pengarah filem iaitu Adrian Teh. Beliau berkata, “Selepas Paskal The Movie, saya memang tertarik untuk menyampaikan cerita kisah benar tentang Angkatan Tentera Malaysia. Sudah semestinya penglibatan tentera kita di Perang Mogadishu ini menjadi inspirasi kerana ia adalah misi yang paling berjaya dan diketahui umum. Saya bersyukur diberi peluang untuk menceritakan kisah sebenar yang terjadi di sana.” 

Mewakili pihak penerbit, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun turut menyampaikan ucapan di majlis tersebut. Beliau berkata, “Dengan adanya filem yang bakal membangkitkan semangat kenegaraan dan mengangkat segala usaha wira-wira kita mempertahankan kedaulatan negara, kami Berjaya Pictures amat berbesar hati untuk menjadi salah sebuah syarikat penerbitan filem ini.” 
Tetamu kehormat majlis, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Bin Mohd Zain turut menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Pelancaran filem MALBATT: Misi Bakara. Di dalam ucapannya, beliau berkata, “Adalah menjadi harapan saya, agar filem ini nanti akan dapat memaparkan fakta sebenar berkaitan peristiwa bersejarah ini. Adalah penting untuk fakta sebenar insiden ini ditonjolkan demi menghargai peranan dan pengorbanan mereka yang telah berkorban nyawa untuk menyempurnakan amanah negara.” 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Screen Cinemas Cik Koh Mei Lee, turut berkata, “Sebagai salah satu rakan pelabur filem ini, GSC akan terus menyokong penghasilan filem yang boleh menghibur, mendidik, dan memupuk semangat cinta negara.” 
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami rasa amat teruja dapat terlibat dalam filem ini. Kami yakin filem ini mampu memberi gambaran sebenar dan memperlihat keberanian serta kegagahan tentera Malaysia, sekali gus menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia. Semoga penglibatan Astro Shaw dapat perkukuhkan lagi kualiti produksi dan pemasaran filem ini.” 
Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohamad Bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Haffizudeain bin Jantan, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Bin Md Lepi, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mejar Jeneral Datuk Hamzah Ali, Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Pengerusi FINAS; Tuan Syed Ali Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation; Cik Budi Citawan W Hanafi, Pengarah Urusan, Berjaya Pictures; Dato’ Razak Al-Malique, Ketua Pegawai Eksekutif, Fast Bikes dan Puan Carla Soong wakil Aurum Investments Limited. 
MALBATT: MISI BAKARA
Filem: MALBATT: Misi BakaraGenre: Aksi, PatriotikPenerbit: Berjaya Pictures Sdn Bhd, Act 2 Pictures Sdn Bhd, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas, Astro ShawProduksi: Act 2 Pictures Sdn BhdPengarah: Adrian TehLakon Layar: Adrian Teh; ModeePengedar: GSC MoviesTempoh Penggambaran: 14 Jun – 6 Sept 2022, 39 hari (Turki), 21 hari (Malaysia)Lokasi Penggambaran: Turki & MalaysiaTarikh Tayangan: Q3 2023Barisan Pelakon: Adlin Aman Ramlie sebagai COL RahmanFauzi Nawawi sebagai MAJOR OsmanBront Palarae sebagai MAJOR AdnanTony Eusoff sebagai MAJOR Abd SamadZahiril Adzim sebagai LT DahariHairul Azreen sebagai LT IsmailIedil Dzuhrie sebagai LT MustafaSyazwan Zulkifly sebagai LT JohanShaheizy Sam sebagai LCPL RamleeNafiez Zaidi sebagai LCPL Nik ZainalDafi Ismail Sabri sebagai LCPL ZulkifliTaufiq Hanafi sebagai LCPL FuadIkhram Juhari sebagai LCPL WahidSafwan Nazri sebagai PTE IsaDini Schatzmann sebagai SGT HamidGambit Saifullah sebagai SGT MukhrizTheebaan G sebagai LCPL Shah



SINOPSIS FILEM MALBATT: MISI BAKARAPada tahun 1993, semasa Perang Saudara Somalia, kebuluran dan kematian menyelubungi negara. Operasi penjaga keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan di Mogadishu untuk membantu dan melindungi aktiviti kemanusiaan daripada diserang dan disembelih oleh panglima perang Somalia Jeneral Mohamed Farrah Aidid dan militannya

Pada 13 Oktober 1993, selepas kejayaan misi menyelamatkan wartawan asing daripada cengkaman militan, Batalion Malaysia (MALBATT) menerima perintah kecemasan baharu daripada UNOSOM(Operasi Bangsa Bersatu Di Somalia). Semasa percubaan untuk menangkap menteri luar Aidid dan penasihat politik tertingginya, dua helikopter Black Hawk tentera Amerika Syarikat ditembak jatuh. Juruterbang dan anak kapal di atas kapal, bersama 70 Renjer Amerika Syarikat terperangkap, dikelilingi oleh Militan, tanpa jalan keluar.

Misi MALBATT adalah untuk membantu tentera Amerika Syarikat untuk menyelamatkan semua tentera mereka, sama ada hidup ataupun mati...
MALBATT: Misi Bakara, filem penuh aksi ini bakal memecah panggung di seluruh negara bermula tahun hadapan 2023. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/20-juta-malbatt-misi-bakara-filem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malbatt Misi Bakara Mungkin Jadi Filem Ketenteraan Terakhir Saya Adrian Teh

Malbatt Misi Bakara Mungkin Jadi Filem Ketenteraan Terakhir Saya Adrian Teh

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 241 hits
Adrian Teh pengarah filem yang cukup terkenal dengan filem Paskal dan juga Wira menyatakan yang dia mungkin akan menjadikan Malbatt sebagai filem ketenteraan terakhir baginya Menurut laporan Kosmo Digital dia merasakan sudah penat dengan ge...
Abang Long Fadil 3 Cecah Rm3 Juta Di Hari Walaupun Netizen Label Filem Mengarut

Abang Long Fadil 3 Cecah Rm3 Juta Di Hari Walaupun Netizen Label Filem Mengarut

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 164 hits
Dengan sentimen Mat Kilau yang masih belum reda terdapat segelintir peminat filem ataupun lebih spesifik lagi peminat filem yang pertamakali tonton filem melalui filem Mat Kilau melabelkan filem ini mengarut dan tidak berfaedah Namun dari s...
N219 Bakal Jadi Pesawat Pertama Dijual Komersial Harganya Capai Usd6 8 Juta

N219 Bakal Jadi Pesawat Pertama Dijual Komersial Harganya Capai Usd6 8 Juta

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 154 hits
Direktur Utama PT Dirgantara Indonesia Gita Amperiawan mengungkap pesawat jenis N219 akan menjadi pesawat pertama yang dijual komersial Harga jualnya sekitar USD 6 8 Juta atau Rp101 3 triliun per armada
Raih Jangkaan Hwayoung Bekas Ahli T Ara Bakal Terajui Filem Exist Within

Raih Jangkaan Hwayoung Bekas Ahli T Ara Bakal Terajui Filem Exist Within

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 131 hits
Hwa young bekas ahli T ARA kini kembali dengan filem terbaru ARTIKEL BERKAITAN Filem Exist Within yang bakal disiarkan tidak lama lagi bakal menampilkan bekas ahli T ARA Hwa young dan memegang watak sebagai Eun Soo Exist Within merupakan se...
Lebih 6 2 Juta Orang Bakal Hadapi Krisis Makanan Di Sri Lanka Kata Pbb

Lebih 6 2 Juta Orang Bakal Hadapi Krisis Makanan Di Sri Lanka Kata Pbb

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 146 hits
Lebih 6 2 juta orang bakal hadapi krisis makanan di Sri Lanka kata PBB Dikemas kini 44 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 S
Puteri Gunung Ledang Bukan Lagi Filem Dengan Kos Paling Mahal Dalam Sejarah Perfileman Malaysia

Puteri Gunung Ledang Bukan Lagi Filem Dengan Kos Paling Mahal Dalam Sejarah Perfileman Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 214 hits
pernah menjadi filem yang dibikin dengan kos yang cukup mahal iaitu sebanyak RM16 6 juta Sayangnya filem yang menampilkan M Nasir dan Tiara Jacquilina itu gagal di pawagam dan hanya mampu mengutip kurang daripada RM3 juta dalam tempoh tayan...
Laal Singh Chaddha Gagal Aamir Khan Tidak Ambil Gaji Elak Rm56 Juta Kerugian Filem

Laal Singh Chaddha Gagal Aamir Khan Tidak Ambil Gaji Elak Rm56 Juta Kerugian Filem

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 195 hits
Nampaknya filem adaptasi rasmi Forrest Gump Laal Singh Chaddha gagal menarik penonton ke pawagam dan sekaligus menjadi antara filem lakonan Aamir Khan yang merugikan Ini semua terjadi disebabkan oleh gerakan boikot filem tersebut di India P...
Hiburan Sampai Rm30 Juta 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia No 4 Paling Terkejut

Hiburan Sampai Rm30 Juta 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia No 4 Paling Terkejut

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 160 hits
Mempunyai dekorasi majlis yang ekstravaganza dan senarai tetamu jemputan bertaraf bintang sememangnya perkara biasa terutamanya untuk seseorang yang bergelar selebriti Ini merupakan senarai selebriti Malaysia yang melangsungkan perkahwinan ...
Jerung Yg Lebih Besar Dari Najib Bakal Dipetik Sprm

Jerung Yg Lebih Besar Dari Najib Bakal Dipetik Sprm

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 139 hits
Kalau sekadar ikan bilis Tak perlulah Tun bersusah payah lantik Latheefa Yang PERLU dihargai Dan dijulang ialah SPRM BUKAN individu Lebai dah support
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ