Susun Atur Klip Penyangkut Langsir Jenis Magnet
hai assalammualaikum
Susun Atur : Penyangkut langsir Jenis Magnet - Sekarang ni tengah rajin nak mendeko rumah. Adalah barang sikit-sikit yang nad beli. Tempat nad selalu beli mestilah dekat Shopee..hahaha..Barang yang kecil pun kadang beli dekat situ..haishh..Shopee ni memang tau. Semua barang dia da, unik-unik pulak tu..mana tak geramnya..kalau boleh semua nak masuk dalam troli..kihkih..Selalunya tak beli la kerap, bila ada duit, baru la beli. Lagi best bila dapat voucher..hah!!, seronok shopping. Baru-baru ni nad beli penyangkut langsir pulak..tu pun sebab dapat voucher. Dah lama ada dalam troli barang ni. Bila dapat voucher terus dapatkan..ehhee..
Penyangkut ni nad beli sebab design lawa, pulak tu unik dia ada magnet. memang banyakla orang jual dalam shopee, jadi pandai-pandai la pilih harga yang murah.
Penyankut dekat rumah nad sebelum ni guna tali, so kene la paku. Lepas tu anak dok tarik ja, paku pun tercabut. Sudahnya langsir ni terbiar lepas macam tu.
Lepas tu nad beli penyankut langsir jenis bulat tu, yang memang sangkut dekat bahagian tengah. Tak bestnya bila taknak guna, kene simpan. Tu pun dah satu kerja..hahaa..nampak nor malasnya..Lepas tu kalau nak sangkut langsir semula, langsir bentuk dalam segitiga, macam tak lawa la kan. Kat rumah ni nad tak letak langsir putih bahagian belakang langsir tu. Jadi kalau buat macam tu, memang rasa macam errrkkkk..tak suka la senang cerita..
Nad suka langsir dibentuk tarik ke tepi, hah gituu...
Nampak pulak penyangkut atau klip langsir jenis magnet ni dekat shopee..Eh macam bagus pulak..hehee..Sebab menggunakan magnet. Jadi, tak perlu lah nak paku dinding untuk pasang klip langsir. Yeahh jimatt..dinding pun cantik je..hehe..
Bila sampai je, terus teruja..yeahhh..memang cantik dan sama macam dalam gambar. Bentuk bunga, bentuk berlian-berlian sikit. Barang dia ringan je. Bahagian tali panjang tu pun nampak kukuh.
Terus nad pasang dekat langsir..Buatla macam-macam gaya pun korang nad, boleh je..hehee..
Magnet dia memang kuat. Langsir takkan jatuh atau magnet takkan jatuh. Klip magnet langsir ni boleh digunakan untuk apa sahaja jenis kain langsir.
Hah, tak perlu paku memaku dah guys..lekat je..hehehee..Beli dekat shopee ye..kalau korang nak taip je nama Curtain Tie Backs Window Decor Curtain Punch Free Magnet Buckle Clip..Dah kalau susah sangat, ambil gambar tu dan letak dekat search ada bentuk kamera, dan letak gambar ni dekat situ..Nanti keluarla..ehhee..selamat bershopping..jom deco...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/09/susun-atur-klip-penyangkut-langsir.html