Susun Atur Cara Kemas Baju Dalam Almari
hai assalammualaikum
Cara Kemas Baju Dalam Almari - Almari ni memang dah ada masa nad kawin dengan mr mafia. Bilik ni pun memang khas untuk pengantin. Tak sure ni bilik arwah mak mertua atau siapa?, sebab masa masuk dalam rumah ni bilik ni memnag dah dihias dan siap dengan set perabot bilik tidur ni. Jadi, memnag kitaorang tak beli almari, katil semua tu. Dah ada ni pakai jela. Nad cuma cantikkan, letak jela barang makeup semua..hahaa.
Almari ni, memang ni sahajala, jadinya baju nad dengan suami memang satu almari ni je. Nampak tak, cukup ke satu almari ni? baju tak banyak ke?..haahaa. Pandai-pandai kemas bagi semua cukup. Sebenarnya almari ni untuk baju kurung nad, baju jubah, baju kemeja suami dan baju tshirt dia je. Baju tshirt nad ada dekat laci almari cermin tu..Nakk buat macam mana, kita pakai mana yang ada. Jimat!!!...hehee..
Paham-paham jela orang laki, kita dah kemas, susun cantik lipat elok baju dia, tapi bila dia ambil, zapp, habis semua jadi tunggang langgang. Stress bila buka almari ni..hahaha. Memang dah lama nak cari box untuk letak tshirt mr mafia ni bagi nampak susun dan tak bersepah. Fikir, kotak macam mana sesuai? Kalau kotak sahaja, mesti sama je, dia nak cari baju dia, tunggang langgang baju dalam kotak. Sampaila nad tengok barang dekat Shopee ( pembeli online tegar di Shopee..hehee). Nad taip organize clothes. Paham-paham jela, dekat Shopee, macam-macam jenis barang ada.
Storage Box large Capacity Fordable Oxford Cloth Storage Box Steel Frame-66LScroll punya scroll, nampak Storage Box large Capacity Fordable Oxford Cloth Storage Box Steel Frame-66L. Tengok ok, ada zip bahagian atas dan bahagian depan. Jadi senang nak kemas dan ambil. Zip bahagian depan, senang nak ambil baju, takde la tercari-cari bawah baju apa, dan apa. lepas nampak, baca spesifik dia. Yang nad tengok ni jenis 66L. Macam-macam lagi kelebihan dia.
Tak terus beli lagi, baca pulak feedback dia. Ramai komen dan paling penting tengok gambar orang bagi. Woww memang besar dan bagus. Apa lagi masuk cart. Nad beli 3 kotak terus..hahaa.
Hari Isnin kot beli, hari Rabu dapat, harini la..hehee. Dapat je terus buka..pergh, memang besar dan muat untuk semua baju tshirt mr mafia. Terus berkobar nak kemas baju dia.
Meh layan video ni, nad kemas baju mr mafia. Bukan baju je, nad kemas sekali kain langsir yang terpaksa disimpan dalam almari baju ni juga. Biasalah rumah mak mertua, banyakla barang dia.
Siap kemas..tadaaaa..nampak tak perbezaan dia. Namapk kemas sikit. Baju gantung tu memang semua baju nad pakai. Tak boleh dah nak susun lagi macam mana..hahhaa.Tu dah kira cantik..hehe. Hah, lega sikit mata ni bila buka almari, tak nampak bersepah. Cantik ok..kemass..fuh..berbaloi beli kotak tu.
Harga kotak ni RM14.50, shipping Rm4.55. Korang kalau nak boleh tekan link SINI.
Idrop Clothing FileNad ada beli satu lagi benda untuk nampak baju kemas dan teratur. Benda ni kawan nad yang bagitau. Dia cakap benda ni dah viral..hahhaa. Nad pun tak tau. Diaorang kata benda ni ada dekat Mr DIY, tapi haritu kitaorang pergi, dah habis. Masa nad cari storage box ni, tak sangka keluar benda tu, apa lagi terus ambil beli..hahaa.
Benda tu ialah Idrop Clothing File Organizing System. Bentuk benda ni macam file, tapi ni untuk baju..hahahaa. Nad guna untuk baju tshirt dalam laci. Tu cara nad susun. Okla, dia tersusun rapi.
Hah ni rupa dia kalau korang nak nampak lebih jelas..hehee. Nak ambil pun senang. Kalau korang nak, boleh tekan link dekat SINI.
Jadi, korang rasa kemas kan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/02/susun-atur-cara-kemas-baju-dalam-almari.html