Don T Play Play With Malaysia Onion Army Batal Hak Penganjuran Kejohanan Renang Antarabangsa Netizen Serang Fb Ipc



Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini. 
Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan

Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi

Beliau berkata, apabila negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu, atas alasan politik, pihaknya sama sekali tiada pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan itu

"Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia, kami mendapat jaminan bahawa semua atlet dan negara yang layak dibenarkan menyertai acara ini dengan jaminan keselamatan mereka

"Namun, terdapat perubahan kepimpinan politik dan kerajaan Malaysia yang baharu dan mempunyai idea berbeza. Kami kecewa atlet Israel tidak dibenarkan bersaing di Malaysia

"Seperti keputusan hari ini, kami kini mencari tuan rumah baharu untuk Kejohanan Dunia yang penting ini, yang menjadi medan untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020," katanya

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak akur dengan keputusan itu yang dibuat berdasarkan pendirian tegas Malaysia menghalang penyertaan atlet Israel memasuki negara ini

“Kami menghormati keputusan itu yang dibuat berdasarkan Dasar Luar Negara Malaysia yang mana Sarawak sebagai negeri harus menerimanya

“Namun pada masa yang sama, kami agak terkilan kerana IPC perlu membuat keputusan yang berat itu,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini

Abdul Karim berkata, sehingga kini 64 negara sudah mengesahkan penyertaan membabitkan seramai 1,678 atlet dan pegawai

“Saya juga difahamkan tempahan penginapan sudah dilakukan dan banyak usaha sudah kita dilakukan untuk memastikan kejayaan Malaysia selaku tuan rumah kejohanan renang antarabangsa itu,” katanya

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Malaysia tetap dengan pendiriannya dan keputusan tersebut dibuat atas dasar kemanusiaan dan belas ihsan mengenai nasib rakyat Palestin

"Kami tidak akan berkompromi. Jika penganjuran suatu acara sukan antarabangsa lebih penting daripada mempertahankan hak rakyat Palestin yang dibunuh, dicacatkan dan diseksa oleh rejim Netanyahu, ini bermakna Malaysia telah kehilangan arah moralnya.
“Kami ingin mengingatkan kepada IPC yang ‘Amnesty International dan Human Rights Watch’ sendiri telah melaporkan bahawa kerajaan Netanyahu sebagai pelaku jenayah perang

“Sebagai pemimpin Israel, beliau melambangkan tekad bersama kerajaan Israel. Negara itu bertanggungjawab sepenuhnya atas keseluruhan tindakan moral mereka,” kata Syed Saddiq

Susulan keputusan IPC itu, laman Facebook IPC diserang netizen Malaysia yang rata-rata menunjukkan sokongan terhadap pendirian Malaysia. 

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suratkabor.blogspot.com/2019/01/dont-play-play-with-malaysia-onion-army.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ipc Batal Hak Penganjuran Malaysia Atas Alasan Politik

Ipc Batal Hak Penganjuran Malaysia Atas Alasan Politik

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 486 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat...
Lucut Hak Malaysia Selaku Tuan Rumah Bawang Army Serang Fb Ipc

Lucut Hak Malaysia Selaku Tuan Rumah Bawang Army Serang Fb Ipc

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 623 hits
Lucut Hak Malaysia Selaku Tuan Rumah Bawang Army Serang FB IPC Susulan pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa untuk melucutkan hak Malaysia selaku tuan rumah acara Kejohanan Renang Para Dunia 2019 netizen yang sino...
Susulan Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Untuk Sukan Renang Ini Jawapan Padu Dari Syed Saddiq

Susulan Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Untuk Sukan Renang Ini Jawapan Padu Dari Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 322 hits
Malaysia tidak akan berganjak dengan keputusannya menghalang kemasukan atlet Israsel demi nasib Palestin kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ini katanya walaupun negara terpaksa melepaskan peluang penganjuran sukan an...
Bertegas Halang Atlet Israel Ipc Tarik Hak Penganjuran Malaysia

Bertegas Halang Atlet Israel Ipc Tarik Hak Penganjuran Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 707 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan Loading Keputusan tersebut diputuskan ...
Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 329 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan Keputusan tersebut diputuskan oleh ahl...
4801 Ipc Pengecut Batal Hak Malaysia Utusan Malaysia 30 1 19

4801 Ipc Pengecut Batal Hak Malaysia Utusan Malaysia 30 1 19

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 533 hits
KUALA LUMPUR 30 Jan Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyifatkan Jawatankuasa Paralimpic Antarabangsa sebagai pengecut kerana telah membatalkan hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Sehubungan itu PPIM menggesa r...
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 486 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Netizen M Sia Mula Serang Fb Ipc

Netizen M Sia Mula Serang Fb Ipc

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 490 hits
KUALA LUMPUR Laman sosial Facebook Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa diserang ribuan komen dari rakyat Malaysia selepas jawatankuasa induk para dunia tersebut menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 d...
Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 692 hits
PUTRAJAYA Dia nak batal batallah Itu jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 selepas Malaysia memutusk...
Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

Pas Main Wayang Berkaitan Waytha Moorthy

Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga

Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang

Mmea Detects Ghost Ship In Terengganu Waters

Line Crossed Children Not Bargaining Chips Izzah On Rafizi S Son