Susulan Kecurian Barang Kes Yang Memalukan Sprm Perlu Wajah Baru Ketua Baru
Berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh sebuah portal berita, salah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang ditahan susulan kehilangan wang tunai berjumlah RM25 juta yang merupakan barang bukti siasatan, adalah dikenali sebagai seorang yang bermasalah.
Tetapi, beliau juga dikatakan rapat dengan orang-orang ternama dan dengan demikian, kedudukannya sukar disentuh.
Di kalangan SPRM juga difahamkan, pegawai terbabit ada nickname tersendiri – penyamun anak emas.
Maklumat sebelum ini turut mendedahkan, seorang daripada tiga yang ditahan itu terkait dengan sama dengan dadah dan senjata api.
Tidak pula dipastikan sama ada pegawai bermasalah yang dikenali penyamun anak emas itu adalah orang yang sama yang terbabit dengan dadah dan senjata api.
Dengan keberanian mencuri wang bahan bukti dan menukarkannya dengan wang palsu, ini menunjukkan mereka yang terbabit ini memang punya aura kejahatan yang luar biasa.
Bukan calang-calang orang berani melakukannya, apatah lagi dengan badan bersalut uniform SPRM.
Persoalan lain ialah bagaimana mereka boleh memperolehi wang palsu sebanyak itu untuk ditukarkan dengan wang asli yang dicuri?
Apakah pegawai terbabit memang berkawan rapat dengan golongan penyangak dan gangster yang arif dengan pelbagai aktiviti seperti itu?
Jika demikian, macam mana orang seperti ini boleh bekerja dan berada dalam agensi seperti SPRM?
Apakah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki tidak pernah tahu perangai anak-anak buahnya?
Jika beliau tidak tahu hal anak-anak buahnya, apa kerjanya selamanya ini sebagai ketua di agensi itu?
Kalau tahu pula, kenapa pegawai terbabit masih dikekalkan dalam SPRM?
Yang turut ingin diketahui juga, apakah ini kejadian pertama barang bukti yang berada di dalam kawalan SPRM dicuri oleh pegawainya sendiri?
Kalau bukan yang pertama, sudah banyak mana kegiatan mencuri itu berlaku dan berleluasa?
Apakah selama ini kegiatan itu langsung tidak pernah terbunyi ke telinga Azam Baki?
Kesimpulan paling mudah, kes penahanan pegawai SPRM yang didakwa mencuri bahan bukti RM25 juta ini, beserta beberapa harta dan wang tunai telah dirampas oleh pihak polis susulan siasatan lanjut, di samping ia merupakan sesuatu yang amat malang bagi agensi terbabit, ini juga menunjukkan tiada alasan lagi untuk Azam Baki tidak berhenti atau diberhentikan.
Sudah sampai masanya SPRM perlu wajah baru dan lebih perlu ia memerlukan seorang ketua yang baru. – ShahbudinHusin 28/09/2021.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/09/susulan-kecurian-barang-kes-yang.html