Susu Formula Sesuai
Susu Formula Sesuai
Maaf. Sekiranya anda sampai ke blog saya ini disebabkan anda mahu mencari apakah susu formula yang sesuai untuk anak anda. Kerana disini tiada jawapannya, hanya ada sedikit info yang boleh saya kongsikan
Disini saya nak ingatkan ya SUSU IBU adalah susu yang TERBAIK untuk bayi anda. Sekiranya ada rezeki untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya, saya amat menggalakkan anda untuk menyusukan bayi ya. Khasiat susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda
Kenapa saya mencari susu formula? Saya tiada pilihan kerana saya special case.:) Insyaallah sekarang saya tengah usaha untuk produce susu badan agar dapat menyusukan anak permata hati saya dan suami.
Pada permulaan, di usia 1 - 2 bulan, bayi kami menyusu susu formula Lactogen Langkah 1. Pada 2 bulan pertama ni, ok. Tiada masalah. Menginjak usia 3 bulan, bayi saya mula tak serasi dengan susu lactogen di mana najis bayi menjadi terlalu cair sampai keluar melimpah dari pampers, then saya bertukar ke Enfalac A+ yang harga nya wowwww. Boleh tahan.Takpa rezeki anakku. Semoga jadi anak yang solehah dan pintar ya sayang. Bila dah tukar guna susu Enfalac, barulah najis bayi saya tidak terlalu cair. Lega hati saya.Rupanya bergini keresahan setiap ibu bapa.
Kenapa saya terus tukar ke susu formula jenama yang mahal?? Ada sebabnya. Sebab yang UTAMA adalah, saya tidak mahu terlalu kerap untuk tukar susu formula. Jadi solusinya, saya mencuba nasib dengan membeli susu formula jenama yang mahal (masih dalam kemampuan saya dan suami) di mana susu yang mahal ni,kandungan nutrien nya lebih tinggi. Sebelum beli, saya dah kaji dan banding setiap nutrien di kotak susu-susu tu. Setelah kaji dan buat pembacaan sedikit, saya pilih Enfalac A+ ni.. Harga RM75 bagi 600gram. :)
Apa yang membuat saya tertarik untuk mencuba susu ENfalac A+ ini adalah:
Kandungan DHA dan ARA yang tinggi.Juga mengandungi MFGM complex untuk perkembangan otak yang sihat. Juga mempunyai Serat Diet
Kandungan DHA dan ARA yang tinggi dan kandungan
nutrien lain yang bermanfaat dalam
perkembangan awal bayi
Buat ibu bapa diluar sana, jangan kisah apa pun orang nak kata tentang susu mahal atau susu murah, setiap bayi tidak sama tahap keserasian susu mereka. Ada yang serasi dengan susu murah, dan ada yang serasi dengan susu mahal. Ada juga yang sentiasa tidak serasi. Bulan ni, susu A, bulan depan susu B dan bulan satu lagi susu C. Jenuh juga nak mencuba susu lain ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://luarteko.blogspot.com/2019/08/susu-formula-sesuai.html