Susu Formula Mudah Dihadam Friso Gold Baharu Kini Dengan Susu Istimewa Novas
Assalamualaikum mommies semua. Sudah lama rasanya Syu tak story pasal baby Ara dekat blog Syu ni. Kepada pembaca yang pernah follow kisah mek Araa ni sejak dari lahir, mesti tahu yang 1st of March 2021 ini usia mek Araa akan genap 3 tahun. ahh macam tak percaya gais it's been three years gais! How time flies
Friso Gold Baharu Kini Dengan NOVAS™ Signature Milk
Sebenarnya hari ni Syu nak cerita tentang susu Friso. Memandangkan I masih lagi dalam usaha untuk wean off dengan mek Araa, jadi I plan nak carikan susu formula yang lebih sedap, yang pasti budak Araa ni suka
Mek Araa ni sampai sekarang masih tak menunjukkan tanda-tanda nak putus susu ibu.huhu. Ada orang bagi petua suruh letak pencelup merah la, bubuh halia pedas lah, letak serbuk kopi bagi pahit lah. Tapi I tak sampai hati lah nak buat khianat kat anak macam tu
Syu lebih prefer kalau anak bercerai susu bila dia sendiri yang memilih susu formula (sebab sedap barangkali) berbanding susu ibu
Entahlah. Mungkin Syu terlalu sensitif atau overthinking. Tapi bagi Syu, cara ini nampak lebih molek, sopan dan natural. Ia tak menganiaya anak atau menakut-nakutkan anak. Dari segi emosinya pula, Syu sebagai ibu dapat lepaskan tanggungjawab menyusukan anak dengan gaya yang terhormat, dan berhati tenang.
Survey susu formula yang ada di pasaran MalaysiaUntuk memastikan proses wean off kami dua beranak berjalan lancar seperti yang dirancang, Syu dah melakukan tinjauan dan carian online jenama-jenama susu formula yang ada di pasaran sejak Disember tahun lepas lagi.
Dalam banyak-banyak susu, Syu tertarik dengan susu tepung brand Friso® Gold yang baru-baru ni telah keluar dengan formula dipertingkatkan dengan NOVAS™
Kalau nak tahu apa yang special tentang susu Friso Gold upgraded formula ni, klik video di bawah untuk ketahui lebih lanjut
Friso Gold Baharu dengan Susu Istimewa NOVAS™Kalau nak tahu, kenapa NOVAS™ Signature Milk ini berkualiti tinggi sangat? Haa sebab susu ini terdiri daripada molekul kecil semulajadi dan berstruktur lembut! Ianya diformulasikan khas untuk membantu sistem penghadaman anak kita agar dapat menyerap zat dari susu dengan lebih optimum supaya mereka lebih kuat dari dalam
Bila badan anak kita kuat dari dalam, mak tak perlu risau nak lepaskan anak buat aktiviti apa pun. Sebab kita confident yang anak kita membesar dengan sokongan zat yang cukup.
Susu Dihasilkan Oleh Lembu Premium yang Dipilih KhasKepakaran sains tenusu Belanda melebihi 140 tahun digunakan bagi memastikan hanya lembu-lembu premium sahaja di ladang di The Netherlands. Melalui bantuan sensor leher, dengan mudah kesihatan lembu-lembu ini dipantau melalui kegiatan harian lembu, berapa langkah ia berjalan, berapa lama ia berbaring dan jumlah pengambilan makanan lembu.
Taraf kesihatan lembu, kualiti dan komposisi susu yang baik inilah yang menjadikan NOVAS™ Signature Milk berkualiti tinggi
Selain persekitaran ladang yang ideal, lembu-lembu ini juga diberikan makanan khas mengikut status fisiologi mereka. Mereka diberikan makanan yang seimbang (termasuk rumput rai dan jagung) yang disediakan secara teliti dan terperinci oleh para penternak.
Nampak tak? Bukan senang nak dapatkan susu yang berkualiti. Semuanya kena bermula dari awal
6 Kelebihan Susu Friso Gold Yang Syu Suka1. Susu Yang Tiada Sukrosa TambahanSetinggi mana pun kandungan nutrien dalam sesuatu susu, semestinya kita sebagai ibu-ibu tetap akan berfikir dua kali jika susu tersebut turut mengandungi gula tambahan. Dan dari pembacaan, Syu dapati susu fromula jenama Friso Gold ini mempunyai kebaikan nutrisi harian semulajadi yang baik untuk tumbesaran anak kita tanpa sukrosa dan perisa tambahan
2. Teknologi LocNutriLebih 90% nutrien asli dapat dikekalkan melalui kaedah LocNutri. Kandungan macronutrient seperti protein akan dipelihara daripada dirosakkan oleh proses dengan suhu tinggi. Molekul protein yang telah berubah daripada bentuk asal boleh membawa kepada masalah gastrointestinal seperti ketidakhadaman, kembung perut atau lebih teruk lagi, sembelit
3. Sistem TrackEasy Di bawah setiap tin Friso® Gold 900g, terdapat kod QR yang mudah diimbas dengan kamera telefon pintar. Menerapkan kaedah scan and trace, kini kita para ibu boleh menjejak perjalanan lengkap susu bermula dari proses awalnya di Holland, agar hati kita lebih tenang dan yakin akan keaslian dan keselamatan produk
4. Protection Lid Yang DiperbaikInovasi penutup perlindungan kedap udara (protection lid) yang ada pada tin susu Friso Gold kini telah ditambahbaik daripada versi yang sebelumnya. Kini ia lebih mudah, tak bersepah, dan lebih hygiene. Ia juga berciri kedap udara bagi memastikan kesegaran susu sentiasa terpelihara.
Jom tonton video di atas untuk melihat sendiri how convenient protection lid is
5. Harga Yang BerbaloiBagi Syu, kualiti sesuatu benda itu bukan bergantung pada harganya. Tapi lebih kepada nilainya. Adakah nilai barang tersebut berbaloi dengan harga? You all decide. Tapi kalau you all tanya I, I would say it really worth it. Untuk setin susu import yang dipercayai, RM 78.00 berbaloi bagi I
6. Mempunyai Reputasi Yang BaikSyu membaca review para ibu yang ditinggalkan di laman e-commerce Shopee (Friso Official Store), rata-rata mereka bersetuju yang susu Friso Gold baik untuk perut anak mereka, dan tidak menyebabkan sama ada sembelit atau cirit-birit. Nampaknya susu formula buatan Belanda ini serasi lah dengan perut kanak-kanak Malaysia. Ye tak
Mamy Syu kataUntuk percubaan, Syu nak request sample susu Friso Gold Step 3 (untuk anak 1 - 3 tahun) dari laman web rasmi Friso Gold dulu. You all kalau nak cuba jugak, boleh lah klik [Request Sample] ini
Jadi, harapnya anak bertuah aku Araa berjaya lah bercerai susu badan menjelang bulan Mac ini. Mak tak larat dah anak oii nak meriba kau sambil menyusu. Besor panjang dah kau heyy melebihi ribaan mak dah anak oii
Tentang rasa, aku yakin memang sedap. Sebab based on pengamalan I minum susu kehamilan jenama Friso masa pregnant dulu, susunya memang rasa berlemak dan kurang manis. Jadi Syu yakin Araa mesti suka dengan rasa dia
Ok wish us luck ya gais
Bye! susu frisolac untuk bayi sembelit, friso gold susu formula terbaik untuk anak 1 3 tahun sembelit, susu untuk anak 2 tahun keatas,susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun, perhatiakan tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi, macam mana rasa susu friso gold 3, review susu friso
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2021/01/susu-formula-friso-elak-anak-sembelit.html