Polis Sedang Mengesan Seorang Lelaki Berhubung Kes Kematian Peniaga Wanita Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur




KUANTAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 37 tahun berhubung kes kematian seorang peniaga wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini, semalam

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
"Kes ini masih dalam siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian. Setakat ini identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dilakukan.
"Suspek bukan berasal dari negeri ini (Pahang) tetapi menetap di daerah ini. Tiada sebarang hubungan antara suspek dan mangsa.
"Mangsa menjalankan perniagaan makanan secara dalam talian manakala suspek memesan makanan daripada mangsa," katanya ditemui media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang dan Pengarah Cawangan Khas Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.
Yahaya berkata, punca kematian belum dikenal pasti kerana sedang menunggu proses bedah siasat terhadap mangsa di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini.
Katanya, selepas proses bedah siasat selesai, punca kematian akan diketahui.
"Tetapi memang ada kesan kecederaan pada mayat mangsa tetapi kita tunggu laporan bedah siasat. Kita juga dapati barang kemas milik mangsa hilang," katanya.
Yahaya mengesahkan mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Berdasarkan laporan, mayat seorang peniaga wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 12.45 tengah hari.
Susulan itu, beliau berkata, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik dari HTAA menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah ini dan juga seorang peniaga makanan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata Wan Mohd Zahari. #HarianMetro
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/polis-pahanh-sedang-mengesan-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Seorang Wanita Peniaga Makanan Ditemui Mati Di Tepi Sungai Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur

Mayat Seorang Wanita Peniaga Makanan Ditemui Mati Di Tepi Sungai Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 237 hits
KUANTAN Seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pih...
Sultan Pahang Mahu Suspek Kes Bunuh Wanita Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Diberkas Segera

Sultan Pahang Mahu Suspek Kes Bunuh Wanita Berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Diberkas Segera

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 218 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu suspek kes wanita yang ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan semalam diberkas segera Baginda turut mahu hukuman setimpa...
Kes Bunuh Peniaga Wanita Polis Tahan Seorang Pekerja Pajak Gadai Di Kuala Terennganu Bantu Siasatan

Kes Bunuh Peniaga Wanita Polis Tahan Seorang Pekerja Pajak Gadai Di Kuala Terennganu Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 176 hits
KUANTAN Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan Khamis lepas Ketu...
Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Bantu Siasatan Kes Bunuh Peniaga Wanita

Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Bantu Siasatan Kes Bunuh Peniaga Wanita

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 177 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan seorang pekerja kedai pajak gadai di Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan Khamis ...
Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

Suspek Kes Peniaga Wanita Disamun Dan Dibunuh Ketika Hantar Pesanan Sudah Ditahan Oleh Pihak Polis

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 159 hits
KUANTAN Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun hari ini dipercayai suspek kes bunuh wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini kelmarin Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zaha...
Suspek Kes Bunuh Peniaga Wanita Cod Makanan Dikenal Pasti Polis

Suspek Kes Bunuh Peniaga Wanita Cod Makanan Dikenal Pasti Polis

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 257 hits
KUANTAN Polis sudah mengenal pasti identiti suspek kes wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya kini giat m...
Kes Kelar Peniaga Polis Buru Lelaki Ini

Kes Kelar Peniaga Polis Buru Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 213 hits
Kelar peniaga Polis buru Holy nafi kes berkait tiket loteriSiti Aminah Mohd Yusofbhnews bh com myKetua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang ACP Abdul Razak Muhammad menunjukkan gambar suspek dikehendaki pihak polis untuk membantu siasatan b...
Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

Hiburan Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam Seorang Cedera Ditembak Polis Sedang Buru Suspek

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 162 hits
Gempar di sebuah pusat beli belah di Setia Alam malam tadi selepas pengunjung tiba tiba terdengar bunyi tembakan sebelum diarahkan untuk keluar dari bangunan berkenaan Rakaman memaparkan suasana di dalam pusat beli belah berkenaan yang dira...
Kes Tembak Tanjung Rhu Seorang Suspek Dalam Buruan Ditahan

Kes Tembak Tanjung Rhu Seorang Suspek Dalam Buruan Ditahan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 248 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myKUALA LUMPUR Seorang daripada dua lelaki warga Indonesia yang diburu polis berhubung insiden tembakan di Tanjung Rhu 24 Januari lalu ditahan sekitar Teluk Panglima Garang di Banting semala...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nadhif Basamalah Bergema Di Kuala Lumpur Menjaga Hati Asia Tour 2025

Sinopsis Penuh Siri Wednesday Season 2

Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian