Suspek Ada Pengetahuan Kemahiran Dalam Pembuatan Bahan Letupan Polis


Suspek Ada Pengetahuan, Kemahiran Dalam Pembuatan Bahan Letupan – Polis
SEREMBAN, 26 Dis (Bernama) — Suspek yang terbabit dalam kejadian letupan di kawasan Desa Palma, Nilai, dekat sini pada 22 Dis lepas dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata hal itu berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di sebuah rumah sewa termasuk alat pencetus letupan, bahan pencuci mudah bakar dan karbon selain unsur belerang.
“Siasatan mendapati suspek mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia dan pernah bekerja di kilang farmaseutikal selama tiga tahun sebelum ini selain berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT).
“Penilaian terhadap bahan letupan itu mendapati bahan terbabit berada dalam keadaan sempurna, iaitu dari segi penyediaan bahan dan peranti yang digunakan termasuk pemasa dan sensor selain kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak enam bulan lepas,” katanya pada sidang media kes terbabit di sini hari ini.
Beliau berkata suspek turut diklasifikasikan sebagai individu berbahaya dan amat dikehendaki kerana dipercayai terlibat secara langsung dalam penyediaan bahan letupan terbabit selain mempunyai satu kes jenayah lampau di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Katanya, pemeriksaan di rumah suspek yang disyaki dijadikan sebagai makmal juga turut menemukan 31 lagi bahan peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device (IED) dengan kesemuanya telah dimusnahkan polis.
Dalam pada itu, Alzafny berkata hasil pemusnahan yang dilaksanakan Unit Pemusnah Bom mendapati bahan letupan berkenaan mempunyai radius letupan hingga 20 meter, manakala serpihan boleh menjangkau sejauh 30 meter.
“Barang yang digunakan ialah paku dan pisau lipat yang diserpihkan secara halus, jadi melihat kepada penyediaan tersebut, kita tafsirkan bahawa dia mempunyai pengetahuan menyediakan suatu bahan letupan yang sempurna,” katanya.
Alzafny berkata suspek dikategorikan sebagai sangat berbahaya kerana bijak menyembunyikan identiti dengan memakai pelitup muka atau bertopi selain turut mengenakan rambut palsu apabila berada di luar atau dalam kelompok masyarakat.
“Soal siasat terhadap saksi turut mendapati dia menghindarkan diri daripada orang ramai selain seorang yang agresif, telah berpisah dengan isteri, anak dan keluarga lebih 30 tahun lepas serta ada sejarah pernah memukul kekasihnya,” katanya sambil menambah suspek dipercayai masih berada di negeri ini.
Dalam pada itu, Alzafny berkata setakat ini, sebanyak 14 saksi dirakam percakapan dan telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar untuk dianalisis.
Justeru, beliau meminta orang ramai membantu mengesan warga emas berkenaan selain meminta mana-mana pusat perubatan, klinik atau farmasi yang mengesyaki suspek, yang dipercayai cedera, menerima rawatan atau membeli ubat untuk menyalurkan maklumat itu kepada polis. “Hal ini kerana polis percaya dalam kejadian tersebut, lelaki ini mengalami kecederaan yang serius … dia kini sedang bersembunyi dan mungkin disembunyikan,” katanya dan menambah lelaki itu bergerak sendirian dan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas atau gengsterisme.
Pada Isnin lepas, Alzafny dilaporkan berkata pihaknya menemukan objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma selepas menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam yang memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu pada 7.08 pagi.
Sumber: BERNAMA
The post Suspek Ada Pengetahuan, Kemahiran Dalam Pembuatan Bahan Letupan – Polis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/26/suspek-ada-pengetahuan-kemahiran-dalam-pembuatan-bahan-letupan-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Bahan Letupan Ied Ditemui Di Nilai

Tiga Bahan Letupan Ied Ditemui Di Nilai

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 127 hits
Tiga Bahan Letupan IED Ditemui Di Nilai NILAI 22 Dis Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma di sini pagi tadi Ketua P...
Hiburan Didakwa Kritik Amp Hina Tmj Fahmi Reza Terima Lebih 50 Laporan Polis

Hiburan Didakwa Kritik Amp Hina Tmj Fahmi Reza Terima Lebih 50 Laporan Polis

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 124 hits
Gelombang bantahan rakyat Johor terhadap aktivis Fahmi Reza dilihat semakin memuncak apabila lebih 50 laporan polis dibuat di seluruh negeri ini berhubung dakwaan penghinaan terhadap institusi Diraja Johor Difahamkan laporan polis tersebut ...
Iic Saran Fam Buat Laporan Polis

Iic Saran Fam Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 127 hits
IIC Saran FAM Buat Laporan Polis Badan siasatan bebas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif hari ini menerbitkan laporan siasatan dalaman sepanjang 59 muka surat berhubung Persatuan Bolasepak Malaysia Menurut ...
Isu Pemain Warisan Jawatankuasa Bebas Nasihat Fam Segera Lapor Polis

Isu Pemain Warisan Jawatankuasa Bebas Nasihat Fam Segera Lapor Polis

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 141 hits
Malaysiakini nbsp Laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas yang menyiasat kontroversi pemain warisan menasihatkan Persatuan Bolasepak Malaysia supaya segera membuat laporan polis selain mengambil tindakan tatatertib dalaman bagi memulihkan wibaw...
Polis Buru Lelaki Cuba Beli Emas Rm30 000 Guna Wang Palsu

Polis Buru Lelaki Cuba Beli Emas Rm30 000 Guna Wang Palsu

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 126 hits
Bernama nbsp Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mahu membeli barangan kemas bernilai RM30 000 dengan menggunakan wang palsu di sebuah kedai emas di Chabang Tiga di Kuala Terengganu semalam Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli...
Wanita Dan Anak Angkat Rentung Polis Tahan Anak Lelaki Disyaki Ada Unsur Jenayah

Wanita Dan Anak Angkat Rentung Polis Tahan Anak Lelaki Disyaki Ada Unsur Jenayah

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 105 hits
BERNAMAButterworth Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna Telok Air Tawar di sini pada 10 Disember yang dipercayai mempunyai unsur...
Upah Rm150 Tak Berbaloi Polis Nasihat B49 Henti Seludup Migran

Upah Rm150 Tak Berbaloi Polis Nasihat B49 Henti Seludup Migran

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 103 hits
Polis Kelantan menasihatkan orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah supaya menghentikan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan dan melindungi migran kerana berdepan hukuman berat yang tidak setimpal dengan upah diterima Ketua P...
Temu Mayat Di Rumah Kosong Polis Syak Suami Cekik Mati Isteri

Temu Mayat Di Rumah Kosong Polis Syak Suami Cekik Mati Isteri

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 112 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan suami dipercayai mencekik mati isterinya akibat masalah wang dengan mayat wanita berkenaan ditemui ditanam di belakang sebuah rumah kosong di Jalan Pedas Linggi Seremban Timbalan Ketua Polis Negeri S...
4 Individu Ditahan Halang Tugas Polis Dalam Kes Belasah Pelajar Madrasah

4 Individu Ditahan Halang Tugas Polis Dalam Kes Belasah Pelajar Madrasah

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 131 hits
Juwan RiduanKOTA KINABALU Empat individu dipercayai ahli keluarga mangsa ditahan selepas dilaporkan cuba menghalang tugas polis ketika pasukan keselamatan menjalankan tangkapan terhadap seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes membela...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik