Iic Saran Fam Buat Laporan Polis
IIC Saran FAM Buat Laporan Polis
Badan siasatan bebas (IIC), yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, hari ini menerbitkan laporan siasatan dalaman sepanjang 59 muka surat berhubung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut Astro Arena, laporan itu dikeluarkan susulan kontroversi pemalsuan dokumen yang melibatkan tujuh pemain warisan.
Tambah laporan itu, seorang individu turut didapati gagal mengesahkan keaslian dokumen berkenaan walaupun sijil kelahiran asal bertulis tangan tidak dapat diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
FAM disarankan segera membuat laporan polis kerana pemalsuan tersebut adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan Malaysia, sekaligus membolehkan pihak polis memulakan siasatan telus bagi mengenal pasti dalang sebenar di sebalik kes berkenaan.
Laporan penuh IIC boleh diakses di laman web rasmi FAM.
FAM didenda FIFA, 7 pemain warisan digantung kemuka dokumen palsu
Sebelum ini, SK melaporkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh warisan Harimau Malaya selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.
Menurut FIFA dalam satu kenyataan, FAM telah mengemukakan dokumen yang dipalsukan kelayakan pemain kepada FIFA untuk membolehkan pemain-pemain tersebut diturunkan dalam perlawanan rasmi.
Tujuh pemain terlibat adalah Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Difahamkan, FIFA telah menerima aduan mengenai status kelayakan kesemua pemain itu yang turun mewakili Malaysia dalam aksi menentang Vietnam dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027 pada 10 Jun lalu.
Hasil siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan untuk denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM.
Manakala setiap pemain pula dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.
BACA: Tabiat Minum Kopi, Makanan Bergoreng Didakwa Punca Penggondolan Hutan
BACA: Apa Yang Untung Jadi Gen Z, Tapi Kita Gen Terdahulu Tak Pernah Dapat Dari Dulu
BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang
Sumber: Astro Arena
The post IIC Saran FAM Buat Laporan Polis appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/16/iic-saran-fam-buat-laporan-polis/