Susah Ke Menternak Ayam Daging
Proses Menangkap Ayam
Susah Ke Bela Ayam Ni? Saya mula menternak ayam daging 16 tahun yang lalu. Saya berhenti kerja dari seorang Engineer dan buat bisnes ayam ni tanpa saya tahu detail pasal bisnes ni. Main sondol jer. Jumpa penternak A, jumpa penternak B, jumpa penternak C. Semua kata bagus. Saya berusaha untuk mulakan bisnes ini. Alhamdulillah. Jadi. Satu benda yang saya tak tanya, "Susah ke bela ayam ni?" "Apa cabaran ternak ayam ni....?" Bila saya mula ternak 27k ayam satu musim, saya ambil sorang pekerja. Dan saya juga bekerja sendiri di reban selama 3 musim = 6 bulan. Semua kerja saya buat. Waktu tu saya umur 24 tahun. Saya bagi makan ayam. Saya bagi ubat ayam. Saya kutip ayam mati. Saya operate nak cek ayam mati sebab apa. Saya tangkap ayam. Saya korek baja tahi ayam. Saya cuci reban. Saya sediakan reban untuk masuk ayam seterusnya. Saya tidur dalam reban.
Ingat senang ka nak korek taik ayam ni
Lenguh pinggang. Sapa pernah buat dia tau la
Pendek kata, saya dah buat semuanya. Saya nak experience. Penternak yang senior semua bagi tahu, kalau kita nak pandai dalam ayam. Kita kena "tidur" dengan ayam. "Hidup" dengan ayam. Alhamdulillah. Lulus ujian pertama. Saya boleh buat semua benda. Bila dah lama ternak, baru saya faham. Bila saya expert. Senang saya nak manage pekerja. Saya tahu kerja ni boleh buat ke tak. Saya tahu kerja ni nak buat macam mana. Saya tahu kerja ni ambil masa berapa lama. Saya tahu budak nak ngelat macam mana. Pendek kata, bila saya bekerja sendiri di lapangan, saya belajar banyak benda. Sebagai business owner. Saya kena tahu segalanya. Sebab kalau tak, nanti senang senang kena "cret" dengan pekerja. Bila pekerja kata, "Bos ini susah..." "Bos ini tak boleh...." "Bos ini lambat....." Saya akan cakap. "Tak pa, you duduk tengok bos kerja......" Bila dia tengok kita boleh buat. Lama lama dia malu sendiri. Dia pun mai buat juga. Bila dia dah buat, apa lagi. Kita blah la. Haha. Sekarang ni, saya jumpa dengan sangat ramai orang yang minat dengan ayam. Mereka nak buat bisnes ayam. Nasihat saya mudah. "Fahami pasal bisnes ayam ni dulu." "Tahu untung rugi bisnes ayam ni dulu." "Tahu cabaran dalam bisnes ayam ni dulu" "Tahu modal yang nak dikeluarkan dalam bisnes ni dulu...." Jadi, saya buatla "Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online". Matlamat saya mudah. Saya nak bantu orang yang baru nak fahamkan pasal bisnes ayam secara menyeluruh. Bisnes ni bagus, tapi ia tak sesuai dengan semua orang. Beberapa bulan lalu, ada dua orang pemuda datang ke reban ayam saya. Mereka cakap nak belajar bela ayam dengan saya. Sejujurnya, saya bagitahu lah mereka. "Nak bela ayam ni tak susah. Senang jer. Yang susahnya adalah proses nak bagi boleh buat reban ayam." Mereka kata, "Tak per bang. Kami nak belajar juga. Kami semangat ni. Kami memang fikir nak buat ayam ni....." Saya cakap, "Jangan... Dengan musim musim Covid ni. Saya tak nak merisikokan pekerja saya dengan orang luar keluar masuk reban." Tiba tiba, member ayam saya call. "Firdaus, tolong aku sat. Pekerja aku berhenti mengejut. Ayam masuk dia lari.... Aku nak cari dua orang." Saya pun teringatlah dekat dua orang anak muda tadi. Yang semangat sangat nak bela ayam tu. Dan mereka pun setuju untuk kerja di reban ayam kawan saya tu. Empat hari lepas tu, kawan saya call balik. "Firdaus, budak hang lari dah. Apa la, nak berhenti habaq la. Kita boleh la khetiaq. Ni main blah macam tu ja....." Saya pun jadi tension. Geram. Semua ada. Tak ada rasa tanggung jawab. Boleh dia main blah macam tu ja. "Mangkaq betui...." Saya pun call la depa. Terus depa bagi macam macam alasan. "Payah la bang kerja ayam....." "Kami sampai nak kena duduk reban 24 jam. Nak pi mana pun tak leh." "Ni nak posa ni bang. Kami nak terawikh nanti macam mana...." "Bla bla bla........" Dalam hati saya, itu lah. "Nasib baik la depa ni pi kerja dulu sat kat reban ayam orang. Kalau depa ni dah buat reban ayam sendiri baru rasa macam ni. Kan dah lingkup......" Inilah beza antara SEMANGAT vs PASSION. Kita rasa kita suka, kita rasa kita syok, tapi mungkin kita sebenarnya tak mampu nak buat pun. Ini baru cerita bab PASSION. Dia hanya ada semangat nak ternak ayam jer. Tapi tak ada PASSION. Tak sanggup nak hadap asam garam dalam bisnes ayam ni. Dan sebenarnya, apa yang dia lalui tu, baru sedikit dari cabaran sebenar dalam dunia ayam. Actually, dalam bisnes ni. Kita yang nak buat bisnes ayam ni bukan nak jadi kuli. Kita bukan nak buat semua benda ni. Benda ni pekerja yang akan buat. Tapi kalau kita sendiri tak sanggup nak hadap, macam mana kita nak suruh orang lain hadap. Kita akan jadi bos yang main suruh orang buat ja. "Hang buat ni, buat ni, lepas tu buat ni pula....." Dia tak pikiaq dah penat lelah orang yang buat tu. Sebab dia tak pernah buat. "Awat hang buat lambat sangat ni.. Cepat sikit..." Tau nak marah ja. Berbanding dengan bos yang tahu in detail semua benda ni. Dia akan lebih mudah nak menguruskan pekerja mereka nanti. Pengajarannya : 1. Nak bela ayam ni, tahu dulu pasal bisnes ayam ni. 2. Pergi jumpa penternak ayam sekitar kawasan anda, tanya mereka betul betul cabaran nak ternak ayam ni. 3. Jika susah, boleh join "Kursus Ternakan Ayam Daging Secara Online" yang saya jalankan tu. Insya Allah. Macam macam yang tuan akan belajar. Nak belajar? Klik link ini : wasap.my/60197672951/KursusTernakanAyamB 4. Jika anda tak cukup kental. "JANGAN SESEKALI BERCITA CITA NAK TERNAK AYAM. IT IS SOOO TOUGH...." Sekian. Panjang saya tulis hari ni, siapa yang baca sampai habis. Anda memang hebat. Cer komen, "Habis wei... Panjang gila..." Ahaks. Mohd Firdaus Mat Saad
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2021/09/susah-ke-menternak-ayam-daging.html