Surau Mall At A Glance



Bismillah
Hari ni aku nak cerita pasal surau mall. Sekilas dan sedetik di surau mall. Mana-mana mall lah~Try masuk pukul 6.45 pm untuk solat Asar (atau kau memang tak sempat solat sebab tadi stuck dalam jem). Masuk-masuk je, kau akan nampak kasut lawa-lawa tapi bersepah. Bau kepam toksah cakap. Kau akan nampak masing-masing sempurna bertelekung, kaku seperti beri'tikaf tapi hakikatnya khusyu' menghadap skrin telefon. Rupanya sambil menunggu azan Maghrib sekejap lagi

Di belakang kau ada dua-tiga orang yang tergesa-gesa masuk, cepat cepat ambik wudhuk dan terus melilau mencari telekung untuk solat Asar yang dah nak habis waktu. Tanya orang tu, tanya orang ni; "Ni telekung sini ek? Pinjam jap boleh? Saya tak solat Asar lagi." Jadi orang yang tengah pakai telekung tu terpaksalah tanggalkan dan beri pada gadis tu dengan ucapan:"Nanti pulang balik. Saya nak solat Maghrib pulak"
Masuk je Maghrib- tak dan habis azan lagi, ada yang dah masuk rakaat kedua. Gile solat guna enjin bot! Habis je salam, bukak telekung separuh. Masih duduk atas sejadah, belek muka kat cermin kecik dulu. Kena letak balik make up yang dah dicuci tadi. Orang belakang dah tunggu nak guna telekung. Di sudut lain, ramai yang beratur di cermin surau untuk pakai tudung. Ada yang berdecit geram sebab tudung tak jadi. Tu belum kes kerongsang atau jarum peniti hilang depan cermin yang sesak tu. 
Dalam perjalanan keluar dari surau, kau nampak banyak tisu berlonggok kat tempat ambil air sembahyang. Tisu yang orang gosok muka buang make-up. Tak buang dalam tong sampah. Atau kalau tak ada tong sampah, boleh je simpan sendiri dulu

Sebaik keluar dari surau, cuba tarik nafas. Kau akan rasa dapat udara segar berbanding udara dalam surau tadi. Nak bagitau punyalah ramai orang. Ramai tu takpe. Adatlah. Nampaklah kita ni solat walau di mana-mana. Cuma ada la beberapa attitude gadis-gadis cantik ni yang agak hodoh kalau di surau. Let me tell you the sad truth

Satu yang aku paling benci sikap orang dalam surau perempuan ni adalah apabila mereka mengumpulkan waktu solat terutamanya waktu Asar dan Maghrib. Aku memang la dah sedia asal pantang dengan perangai macam ni sebab nampak sangat perangai melekakan solat tu. Asar masuk pukul 4.30 atau 5.00 petang. Kenapa pukul 7 malam jugak yang kau pilih nak buat? Kalau dekat mall, selalunya orang akan berkejar nak solat Maghrib sebab waktu solat Maghrib kan pendek. Tapi disebabkan adanya golongan yang solat Asar lambat sekali buat dengan Maghrib tu menjadikan surau sangat cramp dari segi ruang dan kemudahan telekung
Tu belum cakap lagi pasal surau sempit. Dah sempit, yang tak sembahyang pun tumpang duduk di dalam dengan beg shopping besar-besar dengan alasana tunggu kawan solat, tolong jagakan barang dia
Aku personally selalu solat Maghrib di mall sebab lepas ambik Nuha, kami kadang-kadang akan terus dinner di mall terdekat. Nak pergi solat Maghrib tu memang rasa macam nak pergi berperang. Tapi sebab aku dah tahu aku banyak jumpa spesies ini, aku akan bawa telekung sendiri. Hah. Bab telekung sendiri ni pun satu hal. Pernah beberapa kali lepas solat, tak dan habis istighfar lagi- Dah ada cuit bahu aku. Lepas aku pusing tengok; dia cakap : "After ya"Wehhh hang ingat ni asrama ke after after? Hang tak tanya pun telekung ni telekung surau ka telekung sendiri, terus nak after? Pantang tengok telekung helok kan
Bab telekung surau pun satu. Telekung surau tak pernahnya semenggah. Tak termasuk lagi dengan attitude pengguna telekung wakaf ni. Kadang-kadang, lepas ambil wudhuk, terus sarung telekung. Kau first user, sedaplah. Next user kadang-kadang solat sambil buat muka loya sebab pakai telekung lembap, berbau dan ada kesan bedak foundation kat muka telekung tu, sebab cuci make up tak bersih. Hey aku pernah tengok juga ada sorang hijabista ni lap muka (lepas cuci make-up dia) dengan telekung surau tau! Adoilahai! Pengotor teruk! Masa masuk surau kemain lawa; muka dengan make-up tebal, tudung lilit jarum pin sana-sini, baju branded segala. Kiri kanan beg shopping berjenama. Sampai bab solat, gitu perangainya~
Kasarnya aku boleh cakap orang kita tak ambil berat tentang tanggungjawab solat dan tak menghargai fasiliti yang disediakan. Kita patut kena banyak-banyak bersyukur sebab kat Malaysia ni ada surau dalam mall. Masa aku kat Korea dulu, solat tepi escalator, tahu! Kalau di luar, aku akan cari baby room.Nak ambik wudhuk kena guna sebotol air je atau dalam tandas dan lepas tu tak boleh basahkan lantai tandas. Seksanya nak solat! Ini, semua dah ada. Surau di mana-mana, dalam surau dah ada disediakan telekung. Masihhhhh lagi tak dihargai

Saranan aku kepada rakan-rakan Muslimah;
1/ Nak berjalan-jalan di mall boleh. Solat awal waktu pun tak ada salahnya. 2/ Kalau cuci make up guna tisu, buanglah tisu tu dalam tong sampah atau kalau tak ada tong sampah, simpan dulu dalam beg sendiri. Geli lah kadang-kadang tepi dinding nampak tisu yang ada kesan coklat-coklat tu
3/ Tak baik tau kumpulkan dua solat. Solat Maghrib awal waktu tapi apalah gunanya kalau solat Asar di hujung waktu
4/ Lepas guna telekung wakaf, lipat atau gantung elok-elok. Kalau dah ada orang tunggu nak guna, bagi la elok-elok. Sebab tu kalau boleh sebelum pakai tu lap muka bagi kering sebab orang lain pun nak guna juga telekung tu
5/ Lepas solat, jangan duduk lama-lama atas sejadah sambil pakai make up lagi-lagi kalau waktu puncak solat atau ruang yang terhad. Kesian orang lain menunggu dan mencari ruang
6/ Kalau guna cermin, bertimbang rasalah. Bagi ruang kat orang lain juga

Maaflah kalau korang rasa penulisan aku ni bunyi garang sikit dari biasa. Tapi inilah apa yang tersimpan dalam hati aku sejak dulu, setiap kali aku ke mall
Marilah kita berubah ok

Salam sayangDhiyaCleaner mall

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/02/surau-mall-at-glance.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mewahnya Rumah Baru Wawa Zainal Aeril Zafrel Siap Ada Mini Surau

Mewahnya Rumah Baru Wawa Zainal Aeril Zafrel Siap Ada Mini Surau

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1690 hits
Untung Wawa Zainal dapat suami yang sanggup berhabis duit untuk kediaman demi keselesaan isteri dan anak anak Sambil berseloroh tentang rumah barunya itu Aeril Zafrel berkata Tips nak bagi perempuan duduk kat rumah kita hiaskan rumah cantik...
2 Mall Pelayanan Publik Akan Segera Dibangun

2 Mall Pelayanan Publik Akan Segera Dibangun

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 162 hits
Arief menilai MPP yang berada di wilayah timur dan barat Kota Tangerang nantinya akan menjadi Mini MPP untuk membantu efisiensi dari segi waktu tenaga dan biaya yang dikeluarkan
Saya Hentikan Sumbangan Kepada Surau Kerana Keadaan Ekonomi Tak Stabil Namun Tuhan Hantar Peringatan Rileks Media

Saya Hentikan Sumbangan Kepada Surau Kerana Keadaan Ekonomi Tak Stabil Namun Tuhan Hantar Peringatan Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 379 hits
Kisah muhasabah seorang ahli perniagaan Kelmarin aku berjumpa dengan seorang ahli perniagaan Cadangnya cuma nak dengar kisah jatuh bangun perjalanan beliau berniaga Rupanya Tuhan mahu beri aku pengajaran yang betul betul berbekas dalam jiwa...
Mujur Surau Berkunci Kalau Tak Mungkin Patung Diletak Dalam Surau

Mujur Surau Berkunci Kalau Tak Mungkin Patung Diletak Dalam Surau

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 362 hits
Sinar Harian Penduduk dan jemaah masjid gempar dengan penemuan patung di surau Surau Sabilul Huda Foto Sinar Harian PELABUHAN KLANG Penduduk Taman Pendamar Indah gempar apabila menemui sebuah patung berhala diletakkan di pintu utama di Sura...
Gempar Patung Berhala Dalam Surau Orang Kampung Dedah Cerita Sebenar

Gempar Patung Berhala Dalam Surau Orang Kampung Dedah Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 733 hits
PELABUHAN KLANG Penduduk Taman Pendamar Indah gempar apabila menemui sebuah patung berhala diletakkan di pintu utama di Surau Sabilul Huda di sini semalam Difahamkan patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan individu tidak bertanggun...
Siapa Punya Kerja Buat Perkara Terlalu Biadab Begini Patung Berhala Diletakkan Di Surau Viralhancing

Siapa Punya Kerja Buat Perkara Terlalu Biadab Begini Patung Berhala Diletakkan Di Surau Viralhancing

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 316 hits
PELABUHAN KLANG Penduduk Taman Pendamar Indah gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda di sini semalam Difahamkan patung itu diletakkan individu tid...
Setelah Layanan Dalam Satu Genggaman Kini Layanan Cepat Di Mall Pelayanan Publik

Setelah Layanan Dalam Satu Genggaman Kini Layanan Cepat Di Mall Pelayanan Publik

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 223 hits
Sejumlah layanan dari Organisasi Perangkat Daerah Pemkot Tangerang yang telah bergabung dan berjalan yakni perizinan bidang modal bidang pembangunan bidang pajak bumi dan bangunan bidang air tanah reklame kartu kuning akta kelahiran dan beb...
Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

Mencabar Diri Di Rocky Basecamp Aeon Mall Shah Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 624 hits
Dah lama tak buat aktiviti lasak dan ekstrim maklumlah malas nak buat aktiviti outdoor sekarang Kekadang tempatnya tak sesuai untuk bawa anak kecil macam Humaira ye la budak kecik ni mana la boleh berenggang ngan botol susu bergerak dia ni ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba