Saya Hentikan Sumbangan Kepada Surau Kerana Keadaan Ekonomi Tak Stabil Namun Tuhan Hantar Peringatan Rileks Media


Kisah muhasabah seorang ahli perniagaan
Kelmarin aku berjumpa dengan seorang ahli perniagaan. Cadangnya cuma nak dengar kisah jatuh bangun perjalanan beliau berniaga. Rupanya Tuhan mahu beri aku pengajaran yang betul-betul berbekas dalam jiwa.
Ahli perniagaan ini berkata, ” Maaflah hari sebelum ni tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Habis kena repair enjin. “
” Wah, teruknya. Macam mana boleh rosak tu? ” tanya aku
Beliau terdiam sebentar.
” Ada kisah di sebaliknya. Allah nak beri peringatan. “
Aku meneguk air kopi yang baru dihidangkan sambil memasang telinga.
Akibat hentikan sumbangan kepada surau…
” Ini saya beritahu sebagai pengajaran saja ya. Bukan untuk saya menunjuk-nunjuk, ” beliau memulakan cerita.
” Saya sebenarnya sudah lama menyumbang wang untuk sebuah surau. Saya bayarkan bil elektrik surau tersebut. Dari puluhan ringgit sebulan hinggalah jadi seribu lebih sekarang. Setiap bulan tak pernah tinggal, selama beberapa tahun.
Tapi itulah, kita rasa kita ini pandai.
Tempoh hari saya beritahu pada pengerusi surau, yang saya nak berhenti menyumbang sekejap. Saya nak rehat 6 bulan.
Ya lah, dalam keadaan ekonomi sekarang, saya fikir saya nak jimat sedikit duit. Pengerusi itu pun kata tak mengapa, dia akan cuba bayar bil elektrik itu dari duit tabung masjid dan sumbangan yang lain.
Selang beberapa hari, kereta MPV saya mula meragam. Lampu indicator menyala. Saya rasakan mungkin masalah enjin. Bila bawa ke mekanik, dia kata kalau nak betulkan kena RM 7, 000. Saya biarkan saja, tak mahu repair lagi.
Suatu hari, saya sedang memandu. Tiba-tiba perasan suhu enjin naik, tak lama kemudian keluar asap. Saya terus berhentikan kereta. Panggil tow truck untuk bawa ke bengkel berdekatan.
Awak tahu berapa saya kena untuk baiki? RM 10, 000! “
Tercengang aku dengar. Aduh, banyaknya nak kena bayar. Kalau aku kena memang menangis.
Sambungnya lagi, ” Bila jadi macam tu, terus saya teringat pada sumbangan surau tadi. Itu perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya.
Peringatan dari Allah…
Kononnya saya nak jimat 6 bulan punya bil, Tuhan ambil dari saya lagi banyak dari itu.
Kita tak sedar, rupanya selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini, semuanya Tuhan yang bagi izin. Kita ingat kita pandai, konon nak jimat, padahal Tuhan yang bagi kecukupan itu untuk kita. “
Beliau berhenti seketika untuk menghirup kopi, kemudian menyambung,
“Tapi saya bersyukur, sebab Tuhan cuma ambil RM10,000. Bayangkan apa yang terjadi kalau saya ditimpa kemalangan akibat kerosakan enjin tadi? Mungkin belanjanya lebih besar, mungkin saya atau ahli keluarga cedera. Tentu lebih teruk.”
“Tuhan cuma ingin menyedarkan.”
“Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah saya ini? Kalau awak dah biasa buat sumbangan atau sesuatu amalan, jangan tinggalkan. Jangan rasa pandai, nak rehat atau nak relaks kejap. Jangan.”
“Setakat mana yang awak mampu bagi, buat saja. Sikit pun tak apa. Yang penting jangan dihentikan.
“Jangan takut tak cukup atau tak mampu. Tuhan yang cukupkan dan Tuhan yang beri awak kemampuan. Kita mungkin ada buat pelbagai pengiraan matematik, namun hakikatnya rezeki ini sesuatu yang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa Tuhan boleh beri dan ambil.”
Fuh, tersandar aku mendengar kisah beliau.
Muhasabah berharga buat diri…
Aku teringat amalan-amalan yang aku buat. Kadang rajin kadang malas. Betul, bila dah selalu buat, sampai satu masa kau akan rasa letih. Kau rasa nak rehat sekejap. Konon nanti bila dah puas rehat, boleh sambung balik.
Bila dengar cerita beliau ini, aku terus insaf. Tak jadi aku nak bermalas-malasan dalam memberikan ‘hadiah’ kepada Tuhan.
Ya, kita ingat kita ini cukup pandai. Waktu tak ada duit, merayu berhari-hari minta bantuan Tuhan. Bila Tuhan sudah bagi senang sedikit, mulalah nak rehat.
Kau lupa, yang izinkan kau untuk beribadat itu Tuhan. Yang izinkan kau untuk bersedekah itu juga Tuhan. Kerja kau, buat saja. Tuhan akan uruskan yang lain-lain. Kau rasa tak cukup, nanti Tuhan akan tambah.
Dia macam ini, duit kau dan rezeki kau yang hakiki, Tuhan dah asingkan siap-siap, langsung tak luak pun. Kau tak perlu risau yang itu. Sekarang ini Tuhan bagi kau lebihan duit, hanya untuk kau sedekah dan dapat pahala percuma.
Tapi kalau begitu pun kau rasa penat dan nak berhenti, kalau duit lebihan itu pun kau rasa kau yang punya, maka wajarlah Tuhan bagi peringatan.
Sungguh aku insaf.
Aku harap kau pun dapat pengajaran juga dari kisah ini. Sama-samalah kita beringat. Dalam harta kita, ada juga hak untuk orang lain. Sikit kongsi cara sikit, banyak kongsi cara banyak, namun jangan ditinggal terus.
Selamat beramal.
sumber; Projek Borneo YI
Kredit : Ahmad Affzan Abdullah
Source link
The post “Saya hentikan sumbangan kepada surau kerana keadaan ekonomi tak stabil namun, Tuhan hantar peringatan” – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/saya-hentikan-sumbangan-kepada-surau-kerana-keadaan-ekonomi-tak-stabil-namun-tuhan-hantar-peringatan-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Hijrah Ezra Kong Dan Emma Maembong Rileks Media

Antara Hijrah Ezra Kong Dan Emma Maembong Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 554 hits
SEBAGAI otai artis TV saya turut mengikuti perkembangan artis dan hiburan tanah air Menarik sungguh perkembangannya pembuka tirai tahun 2019 Dua isu dunia artis yang hangat dibicarakan warganet dan tular Pertama mengenai Anugerah Juara Lagu...
6 Fakta Tentang Kebaikan Bawang Untuk Kesihatan Tubuh Manusia Rileks Media

6 Fakta Tentang Kebaikan Bawang Untuk Kesihatan Tubuh Manusia Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 353 hits
Orang selalu kata Tak elok makan banyak bawang nanti badan berbau Tetapi penulis pasti selepas anda baca 6 fakta tentang kelebihan bawang kepada tubuh badan manusia ini anda pasti nekad untuk melebihkan penggunaan bawang di dalam masakan ha...
Zikir Mudah Menjemput Rezeki Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Rileks Media

Zikir Mudah Menjemput Rezeki Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 372 hits
Memperbanyak Membaca La hawla Wala Quwwata Illa billah Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin Barangsiapa setiap hari membaca ...
13 Perkara Menakjubkan Jika Anda Mengambil Jus Lemon Rileks Media

13 Perkara Menakjubkan Jika Anda Mengambil Jus Lemon Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 311 hits
Lemon buah bersaiz kecil dan berwarna kuning mempunyai rasa yang masam tetapi banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan Buah ini kaya dengan magnesium karbohidrat potasium asid sitrik kalsium dan vitamin B juga C Jus lemon mempunyai ban...
Nak Mudah Simpan Duit Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak Dan Berkesan Rileks Media

Nak Mudah Simpan Duit Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak Dan Berkesan Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 536 hits
Korang susah nak simpan duit Bila simpan cukup bulan korek Ikut cara brader ni confirm boleh simpan duit untuk kahwin atau beli kereta Cubalah Sifat suka menabung haruslah diterapkan kepada semua anak anak sejak dari kecil lagi Jadi ibu bap...
Berbuat Baik Kepada Isteri Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka Rileks Media

Berbuat Baik Kepada Isteri Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 381 hits
Sedang duduk di bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya Kena ganti absorber Macam macam kena ganti Yerlah dah sampai waktunya Teruk dah rasanya Ya Allah kasihan bidadari dan anak anak selalu guna kereta ni Tak bagitahu apa apa ...
Berjalanlah Di Atas Rumput Tanpa Memakai Kasut Kerana Banyak Kebaikannya Tuan Guru Harun Din Rileks Media

Berjalanlah Di Atas Rumput Tanpa Memakai Kasut Kerana Banyak Kebaikannya Tuan Guru Harun Din Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 340 hits
Allayarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din pernah pesan kalau boleh cuba berjalan kaki ayam atas rumput tiap2 hari Coach Zack menperjelaskan bahawa tentang konsep bumi sering dip4nah pet1r beribu kali setiapa hari dan setiap kali dip4nah pet1r ...
Cuci Sinki Paling Berkesan Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi Rileks Media

Cuci Sinki Paling Berkesan Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 368 hits
Rasanya semua orang pernah alami masalah sinki tersumbat bukan di rumah sendiri mungkin berlaku di rumah saudara Kena pula orang yang jenis selalu masuk dapur mahu tak tersumbat Kalau biasanya anda curahkan air panas yang tengah sedang meng...
7 Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpe Lukan Se Sama Sendiri Setiap Hari Rileks Media

7 Sebab Mengapa Suami Isteri Perlu Tidur Berpe Lukan Se Sama Sendiri Setiap Hari Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 341 hits
Pe lukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpe lukan mungkin sebab rasa ri mas p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities