Surat Terbuka Mufti Tegur Drama Isteri Untuk Disewa


DRAMA Isteri Untuk Disewa gandingan pelakon popular Fattah Amin dan Tiz Zaqyah yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Berikut, merupakan surat terbuka dari mufti untuk pengarah drama ini, Osman Ali, yang memperkatakan mengenai dua isu iaitu yang pertama mengenai tajuk drama dan yang kedua implikasi hukum.
Zulkifli menegaskan bahawa tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah.
Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam.
"Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai.
"Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19.
"Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada hukum syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat," tulisnya.
Mengenai implikasi hukum pula, tambah Zulkifli, dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan.
Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
"Isteri adalah amanah ALLAH kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.
"Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang d iluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam," katanya lagi.
Berikut merupakan keseluruhan surat terbuka yang dipetik dari Muftiwp.gov.my
Mukadimah
Alhamdulillah, kami rafa’kan segala kesyukuran kepada Allah atas pelbagai nikmat yang tidak terhitung kepada kita termasuklah negara yang aman dan makmur.
Kami mengambil prihatin dan cakna akan lambakan drama yang berkonsepkan santai, isu-isu kekeluargaan dan percintaan mutakhir ini.
Secara umumnya sebagai penonton, kita harapkan drama atau filem yang berkualiti dan sarat dengan mesej, setanding dengan hasil seni peringkat antarabangsa.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kami memilih “Isteri Untuk Disewa” dan bukan drama-drama lain?
Ada beberapa sebab mengapa kami memilih drama ini:
Persoalan daripada mustafti berhubung tajuk drama ini.
Isu fiqh perkahwinan yang wujud dalam drama ini.
Secara umumnya, kami rasakan drama ini baik kerana mengenengahkan satu unsur baru dalam plot yang keluar daripada kebiasaan drama-drama lain yang bertemakan konflik keluarga dan percintaan.
Kami sama sekali tidak mempunyai sikap prejudis terhadap seni dan juga anak-anak seni.
Ulasan kami ini adalah berdasarkan kepada beberapa babak yang ditayangkan dan menilainya semula dari sudut hukum-hakam.
Pertama: Tentang tajuk
Kami nyatakan sepertimana berikut:
Tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah.
Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia samada Islam mahupun bukan Islam.
Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai.
Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19.
Firman Allah SWT,
ﻭَﻋَﺎﺷِﺮُﻭﻫُﻦَّ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Ibnu Kathir ketika mengulas ayat ini menegaskan bahawa ayat ini memerintahkan untuk memperperhaluskan kata-kata dan memperindahkan perilaku dan sikap, sebagaimana yang kita kehendaki daripada seorang isteri.
Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada Hukum Syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat.
Kedua: Implikasi Hukum
Dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.
Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang diluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam.
Ini sebagaimana kata Imam al-Nawawi berkata: "Nikah mut'ah tidak dibolehkan, kerana pernikahan itu pada dasarnya suatu akad yang bersifat mutlak.
Maka tidak sah apabila dibataskan dengan masa." (Lihat al-Majmu, 17/356).
Antara contoh bentuk nikah mut’ah adalah perkahwinan yang dihadkan tempohnya.
Contohnya, pengantin lelaki berkata dalam majlis akad nikah, “Saya hanya mahu berkahwin dengan kamu selama seminggu." Lalu pengantin perempuan menjawab, “Saya terima."
Penutup
Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja drama Isteri Untuk Disewa atas kejayaan menarik jutaan penonton bagi menonton drama ini.
Kami menganggap pengarah mungkin terkhilaf dalam menentukan tajuk dan jalan cerita drama tersebut yang khabarnya diadaptasi daripada sebuah novel.
Sekali lagi ditegaskan bahawa kami sama sekali tidak berhasrat kebebasan dan kreativiti dalam berkarya.
Namun, seeloknya biarlah ianya selari dengan agama dan budaya ketimuran kita.
Sepertimana yang telah kami nyatakan di hadapan para artis dan selebriti tanahair dalam program “A Night With Mufti” di Istana Budaya pada Ramadhan lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa membuka pintu dan ruang kerjasama dalam memartabatkan industri seni tanahair.
“Dinding” antara seni dan agama wajar dipecahkan bagi mengangkat budaya dan faham seni yang berkualiti serta berdaya saing.
Kami amat yakin bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau Lembaga Penapis Filem (LPF) sentiasa memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan drama dan filem yang disiarkan, mencapai standard kualiti dan moral yang terbaik.
Kami mengambil kesempatan memohon maaf atas kenyataan terbuka ini. Maaf sekiranya kenyataan ini mengguris hati mana-mana pihak. Tidak ada langsung secebis rasa benci dan marah melainkan kasih semata-mata.
Kami bacakan firman Allah SWT:
ﺇِﻥْ ﺃُﺭِﻳﺪُ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟْﺈِﺻْﻠَﺎﺡَ ﻣَﺎ ﺍﺳْﺘَﻄَﻌْﺖُ ۚ ﻭَﻣَﺎ ﺗَﻮْﻓِﻴﻘِﻲ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﺎﻟﻠَّـﻪِ ۚ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺗَﻮَﻛَّﻠْﺖُ ﻭَﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺃُﻧِﻴﺐُ
Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Surah Hud: 88)
Akhukum fillah,
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Khamis 8 November 2018.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mygosiphub.blogspot.com/2018/11/surat-terbuka-mufti-tegur-drama-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Drama Isteri Untuk Disewa Buat Mufti Persekutuan Hantar Surat Kepada Pengarah

Drama Isteri Untuk Disewa Buat Mufti Persekutuan Hantar Surat Kepada Pengarah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 346 hits
MALAYSIADATELINE Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkefli al Bakri menulis surat kepada Pengarah Osman Ali berkenaan drama arahannya berjudul Isteri untuk Disewa Drama Isteri untuk Disewa sebanyak 24 episod itu kini sedang ditayangkan di...
Ha Tudia Mufti Tegur Drama Isteri Untuk Disewa

Ha Tudia Mufti Tegur Drama Isteri Untuk Disewa

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 998 hits
Mufti tegur drama Isteri Untuk Disewa Fattah Amin bergandingan dengan Tiz Zaqyah dalam drama Isteri Untuk Disewa Foto instagram teamnotafatzura Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Baca lebih lanjut di http www mstar...
Isteri Untuk Disewa Mufti Tegur Drama Ini Biarlah Selari

Isteri Untuk Disewa Mufti Tegur Drama Ini Biarlah Selari

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 276 hits
Fattah Amin bergandingan dengan Tiz Zaqyah dalam drama Isteri Untuk Disewa Foto instagram teamnotafatzura Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri HALAMAN HIBURANPETALING JAYA Drama bersiri Isteri Untuk Disewa yang mula ...
Promo Drama Isteri Untuk Disewa Akan Datang Slot Mega Drama

Promo Drama Isteri Untuk Disewa Akan Datang Slot Mega Drama

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 712 hits
Promo Drama Isteri Untuk Disewa Akan Datang Slot Mega Drama Drama tv ni habis satu tukar satu Sempat tak sempat je lagi nak menonton Setelah drama Cik Reen Encik Ngok Ngek tamat minggu lepas esok akan bersiaran drama terbaru yang berjudul I...
Isteri Untuk Disewa Penjelasan Ke Atas Mufti Wilayah

Isteri Untuk Disewa Penjelasan Ke Atas Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 319 hits
HALAMAN HIBURANSTATUS Mufti Wilayah Persekutan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di laman Facebook beliau hari ini berhubung surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Disewa Osman Ali menarik perhatian netizen Beliau dalam status be...
Ost Drama Isteri Untuk Disewa Lirik Lagu Isterimewa Nyanyian Fattah Amin

Ost Drama Isteri Untuk Disewa Lirik Lagu Isterimewa Nyanyian Fattah Amin

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 877 hits
OST DRAMA ISTERI UNTUK DISEWA Lirik Lagu Isterimewa Nyanyian Fattah Amin Pilihlah AkuPilihlah AkuJadi KekasihmuAkan Ku beriSepenuh Kasih kuHanya Kepada muTiada Yang lainYang Ku mahu hanya kamuKau Wanita misteriPujaan LelakiEngkau Yang selal...
Drama Adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa

Drama Adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 977 hits
Novel Isteri Untuk Disewa karya novelis terkenal Syamnuriezmil telah diadaptasikan menjadi drama bersiri Isteri Untuk Disewa dan akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam bagi menggantikan drama Cik ...
Baca Online Novel Isteri Untuk Disewa Karya Syamnuriezmil

Baca Online Novel Isteri Untuk Disewa Karya Syamnuriezmil

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1049 hits
Baca Online Novel Isteri Untuk Disewa Karya Syamnuriezmil Novel yang dikarang oleh novelis terkenal Syamnuriezmil Novel Isteri untuk disewa bakal diadapatasi menjadi drama berminat untuk dapatkan novel ini boleh direct wasap Berikut dikongs...
Drama Bukan Untuk Disewa

Drama Bukan Untuk Disewa

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1194 hits
Drama Bukan Untuk Disewa Assalamualaikum Hai semua cerita baru yang bakal mengantikan drama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ni bakal menemui penonton pada 5 November 2018 Drama Bukan Untuk Disewaini merupakan karya daripada Syamnuriezmil Dra...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses