Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia Oleh Tan Sri Musa Haji Aman



Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Malaysia dan membuka mata rakyat terhadap pembohongan dan fitnah yang didalangi jentera propaganda Warisan Plus.

Warisan Plus wajar mengakui punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Sabah dan seluruh negara, dan bukannya menyalahkan saya dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Sekiranya Warisan Plus memenangi pilihan raya negeri Sabah lalu, saya tidak fikir mana-mana pemimpinnya akan menyentuh isu pandemik berkenaan

Tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka, hari ini kita dapat melihat pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) sewenang-wenangnya menuding jari termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang dengan mudah menyatakan cubaan saya menggulingkan Presiden Warisan, Shafie Apdal, membawa kepada pilihan raya negeri

Dalam usaha berterusan DAP untuk mengelirukan rakyat, Ahli Parlimennya, Teresa Kok, berkeras menyatakan pilihan raya negeri Sabah berpunca daripada saya, Musa Aman, kerana saya cuba menggulingkan kerajaan Warisan Plus dengan membentuk “kerajaan pintu belakang” dan seterusnya mendakwa tindakan saya sebagai “dosa utama” yang menyebabkan peningkatan kes

Saya ingin mengingatkan Teresa Kok, PH dan Warisan Plus dan sesiapa saja pemimpinnya, bahawa pakatan dianggotai DAP, PKR dan Amanah yang menyokong penuh Shafie dalam menasihati TYT untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan
Shafie yang menyebarkan video bahawa beliau sanggup mati daripada menyerahkan kembali kuasa kepada saya. Ironinya, beliau yang lebih awal merampas pentadbiran kerajaan daripada kami selepas PRU-14

Warisan Plus dan PH mesti berhenti membohongi diri sendiri dan rakyat mengenai siapa sebenarnya kerajaan pintu belakang di Sabah

Shafie mendesak pilihan raya diadakan kerana menyedari beliau hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Beliau sepatutnya bertindak sebagai seorang budiman, namun memilih untuk menasihati TYT supaya membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya walaupun menyedari kesan melakukannya di tengah-tengah pandemik

Beliau boleh memilih untuk meletak jawatan secara bertanggungjawab atau membawa Sabah ke kancah pilihan raya ketika pandemik Covid-19. Beliau membuat pilihan yang jelas salah dan mementingkan diri sendiri

Tidak seperti Shafie, Menteri Besar dan Ketua Menteri lain bertindak secara matang dan terpuji - mereka meletak jawatan. Tiada yang memilih untuk membahayakan nyawa rakyat di negeri masing-masing

Sejak pilihan raya lalu, Sabah dan seluruh negara menyaksikan peningkatan ketara kes jangkitan Covid dengan ratusan kes baharu setiap hari

Saya berasa amat terkesan dengan perkembangan menyedihkan ini dan saya berpendapat beberapa penekanan mesti dibuat supaya keadaan sebenar diperjelaskan manakala rakyat boleh menilai sendiri siapa yang bertanggungjawab terhadap bencana ini

Saya ingin menegaskan, tiada mana-mana 32 bekas wakil rakyat yang menyatakan sokongan terhadap saya untuk membentuk Kerajaan Negeri pada 29 Julai 2020 atau saya sendiri, pernah memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau pilihan raya diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19

Lebih penting, tiada mana-mana antara 32 wakil rakyat itu atau saya mempunyai kuasa untuk meminta Dewan Undangan Negeri dibubarkan

Pilihan raya negeri itu berpunca daripada nasihat yang salah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri

Mengambil kira ancaman terhadap nyawa rakyat Sabah, kami mengarahkan peguam supaya memohon penangguhan pilihan raya kerana adalah berbahaya untuk mengadakan pilihan raya dalam suasana pandemik berleluasa

Peguam utama kami merayu dengan panjang lebar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, memohon Mahkamah membenarkan penangguhan kerana kami tidak mahu membahayakan nyawa rakyat

Bagaimanapun, peguam mewakili bekas Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah keras menentang kami dan menyifatkannya sebagai hujah terdesak untuk menghalang pilihan raya. Saya menolak keras dakwaan bahawa ia adalah hujah terdesak

Dalam hal ini, Shafie Apdal mesti memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengapa peguamnya menolak permohonan penangguhan pilihan raya ketika pandemik

Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan daripada pentadbiran negeri terdahulu mengapa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan ketika suasana pandemik Covid masih berleluasa

Jelas, peningkatan mendadak kes jangkitan Covid adalah berpunca daripada mereka yang menyebabkan pilihan raya dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri

Saya menolak keras fitnah melampau dan tuduhan tidak berasas yang dibuat terhadap mereka yang menyokong saya dan diri saya, kononnya kami menjadi punca peningakatan kes pandemik Covid-19 di Sabah dan seluruh negara.

Tan Sri Musa Haji Aman.
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/surat-terbuka-kepada-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musa Aman Salahkan Shafie Punca Lonjakan Covid 19

Musa Aman Salahkan Shafie Punca Lonjakan Covid 19

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 268 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 7 21 pmMusa AmanBekas ketua menteri Sabah Musa Aman dalam satu surat terbuka kepada rakyat Malaysia hari ini menyalahkan Shafie Apdal sebagai punca berlakunya lonjakan kes Covid 19 di seluruh negara teru...
Puan Dpr Adalah Rumah Rakyat Terbuka Untuk Buruh Yang Ingin Sampaikan Aspirasi

Puan Dpr Adalah Rumah Rakyat Terbuka Untuk Buruh Yang Ingin Sampaikan Aspirasi

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 229 hits
Ketua DPR RI Puan Maharani menegaskan bahwa parlemen terbuka dalam menyerap semua aspirasi terkait Omnibus Law RUU Cipta Kerja Hal itu disampaikan Puan sejalan dengan janji akan transparan dan cermat dalam pembahasan RUU Cipta Kerja yang di...
China Akan Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023

China Akan Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 260 hits
China menyatakan komitmennya untuk membeli 1 7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian pada sidang akhbar bersama susulan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatanny...
Letak Lah Jawatan Tan Sri Jangan Dihirau Tagisan Sang Pendumba Wang Ringgit Dan Jawatan

Letak Lah Jawatan Tan Sri Jangan Dihirau Tagisan Sang Pendumba Wang Ringgit Dan Jawatan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 251 hits
HAMDAN TAHABiar lah Tan Sri Muhyuddin membuat keputusan sebagai seorang ahli politik yang tahu keadaan semasa Di kabarkan beliau telah melahirkan hasrat di depan menteri kabinet beliau bahawa sudah sepatutnya beliau melepaskan jawatan sebag...
Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 347 hits
MELAKA 6 OKT Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan seluruh negara kerana dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara Ini walaupun jumlah kes Covid 1...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 293 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Ebook 18 Koleksi Surat Perjanjian Popular Carian Di Malaysia

Ebook 18 Koleksi Surat Perjanjian Popular Carian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 392 hits
Ebook 18 Koleksi Surat Perjanjian Popular Carian Di Malaysia Rata rata carian di google dengan kata kunci Surat Perjanjian adalah berkaitan template dan contoh surat perjanjian Ianya melibatkan surat perjanjian pembelian kenderaan baru dan ...
Bersatu Parti Yang Paling Tidak Disukai Rakyat Malaysia

Bersatu Parti Yang Paling Tidak Disukai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 278 hits
Kalau dibuat kajian atau undian tentang parti politik yang paling tak disukai rakyat sekarang ini barangkali jawapannya tidaklah sukar ditemui Tidak lain jawapannya ialah Bersatu Walaupun Bersatu menjadi kerajaan dan Presidennya Muhyiddin Y...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah