China Akan Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023


China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023


Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian pada sidang akhbar bersama susulan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi di sini hari ini.


"Kami amat menghargai komitmen China untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit sehingga tahun 2023.


"Kami juga membincangkan peluang untuk menjalin kerjasama tiga hala menggunakan produk berasaskan kelapa sawit Malaysia untuk menangani keselamatan makanan di negara ketiga," kata Hishammuddin.


Pada 2017, Malaysia mengeksport 2.87 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit bernilai RM9.42 bilion ke China.


Eksport produk minyak sawit ke China juga meningkat 17.8 peratus pada 2019 selepas menurun selama tujuh tahun berturut-turut.


Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), eksport minyak sawit Malaysia ke China meningkat 438,747 tan metrik atau 31.1 peratus - kepada 1,848,433 tan metrik untuk tempoh Januari hingga Ogos 2020.


Mengenai meningkatkan perdagangan minyak sawit Malaysia dengan China, Hishammuddin berkata, kedua-dua pihak bersetuju mempromosikan produk minyak sawit yang mematuhi Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) dan label Makanan Hijau.


Katanya, Malaysia menghargai perjanjian China untuk mendorong perusahaannya meningkatkan import minyak sawit dan produk lain yang dihasilkan secara lestari sesuai dengan peraturan pasaran.


Dalam pertemuan selama dua jam itu, Malaysia dan China berharap rundingan mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) dua hala dapat dimuktamadkan, yang akan menyediakan kerangka kerja kerjasama pragmatik lebih luas antara kedua-dua negara dalam pasca-Covid-19.


"Saya berharap dapat menandatangani MoU ini dalam lawatan balas saya ke Beijing apabila keadaan mengizinkan," katanya.


Tambah beliau, kedua-dua negara juga sepakat menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tinggi untuk Kerjasama Pasca-Covid -19 yang dipengerusikan bersama oleh menteri luar kedua-dua negara.


"Jawatankuasa itu akan mengawasi pelaksanaan semua kesepakatan yang dicapai dalam kerangka MoU," katanya.


Beliau menambah antara keputusan lain yang dicapai kedua-dua pihak ialah persetujuan untuk meneruskan perbincangan mengenai Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan perjalanan rasmi dan perniagaan kedua-dua negara.


"Walaupun pandemik Covid-19 belum berakhir, penting bagi kita untuk merancang dan berbincang lebih awal. Oleh itu, kita akan bersama-sama melancarkan RGL hanya apabila keadaan mengizinkan untuk kedua-dua negara melakukannya," tambahnya.


Beliau berkata, Wang Yi juga mencadangkan Malaysia dan China saling melengkapi melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).


"Malaysia sekali lagi menegaskan sokongan padunya untuk BRI berdasarkan prinsip saling percaya, menguntungkan dan kesejahteraan bersama," katanya.


Perbincangan turut menyentuh mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kedua-dua negara menunggu penandatanganan RCEP dan pelancaran Visi APEC Pasca-2020 bersama dengan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) pada akhir tahun.


“Di ASEAN, kami menyambut baik kerjasama lebih erat antara China dan semua negara anggota ASEAN. Kami juga menantikan sambutan ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China pada 2021, ” katanya.


Mengenai hubungan Amerika Syarikat-China, Hishammuddin berkata Malaysia berharap kedua-dua pihak berazam memperkukuh kepercayaan bersama dan terus mengadakan dialog sebagai jalan mengatasi perbezaan.


Wang Yi yang juga Anggota Dewan Negara China, kini melakukan kunjungan rasmi ke beberapa negara ASEAN dengan Kemboja sebagai persinggahan pertamanya sebelum tiba di sini pada Isnin untuk lawatan dua hari.


Kali terakhir beliau melawat Malaysia pada 2018.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2020/10/china-akan-beli-17-juta-tan-minyak.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/10/china-akan-beli-17-juta-tan-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertemuan Dua Hala Malaysia China Bawa Manfaat Besar China Setuju Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit

Pertemuan Dua Hala Malaysia China Bawa Manfaat Besar China Setuju Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 309 hits
Oleh Amin Adnan KUALA LUMPUR Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata negara China bersetuju menandatangani memorandum persefahaman Pasca COVID dan berkongsi vaksin COVID 19 Jelas beliau pertemuan dua hala antara beli...
Rakyat China Belanja Lebih Rm60 Juta Beli Durian Musang King Tak Sampai Sejam

Rakyat China Belanja Lebih Rm60 Juta Beli Durian Musang King Tak Sampai Sejam

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 431 hits
Jika sudah duduk di Malaysia tidak sah sekiranya jika tak merasa durian Sebut saja nak makan durian apa dari durian kampung sehinggalah durian gred paling agung semua ada di sini BACA Shah Rukh Khan Berkopiah Dari Temerloh Mohon Maaf Di ata...
China Setuju Senaraikan Malaysia Penerima Utama Covid 19 Kata Menteri

China Setuju Senaraikan Malaysia Penerima Utama Covid 19 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 279 hits
China setuju senaraikan Malaysia penerima utama Covid 19 kata menteri Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Oc
Polisi Janjikan Rp 100 Juta Bagi Yang Tahu Keberadaan Warga China Ini

Polisi Janjikan Rp 100 Juta Bagi Yang Tahu Keberadaan Warga China Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 259 hits
Polisi menjanjikan imbalan uang Rp 100 juta untuk diberikan kepada siapa saja yang dapat memberikan informasi dan menangkap Cai Changpan alias Cai Ji Fan Cai Ji Fan merupakan narapidana berkewarganegaraan China dari Lapas Kelas 1 Tangerang ...
China Utamakan Malaysia Terima Vaksin Covid 19

China Utamakan Malaysia Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 255 hits
SUARA MERDEKA NEGARA China bersetuju untuk mengutamakan Malaysia sebagai negara yang awal meneruima vaksi Covid 19 Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Menteri Luar China Wang Yi menyatakan komitmen itu semasa kedua dua ...
Arab Saudi Mengunjurkan Minyak Mencecah As 50 Sehingga 2023

Arab Saudi Mengunjurkan Minyak Mencecah As 50 Sehingga 2023

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 305 hits
Arab Saudi nampaknya optimis terhadap harga minyak di masa depan dengan jangkaan kenaikan AS 50 setong untuk tempoh tiga tahun akan datang Dengan menggunakan analisis dan perhitungan kami sendiri mengenai pengagihan pendapatan kerajaan kami...
Ni Karpet Beli Kat Nilai 3 Lah Peminat Malaysia Bidas Individu Kecam Nct Guna Sejadah Dalam Mv

Ni Karpet Beli Kat Nilai 3 Lah Peminat Malaysia Bidas Individu Kecam Nct Guna Sejadah Dalam Mv

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 475 hits
Disebabkan K Pop kini bukan sahaja popular secara domestik malah terkenal di peringkat global semakin banyak isu sensitif mengenai budaya yang dipersoalkan apabila sesetengah kumpulan idola mengetengahkan sesuatu konsep dalam album mahupun ...
Kapal Muat Minyak Sawit Karam 6 Abk Selamat Setelah 2 Hari Terombang Ambing Di Laut

Kapal Muat Minyak Sawit Karam 6 Abk Selamat Setelah 2 Hari Terombang Ambing Di Laut

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 328 hits
Pascakejadian 6 ABK muatan minyak sawit itu terombang ambing di perairan Selat Makassar selama 2 hari Mereka akhirnya diselamatkan kapal MV Sagar Sakti yang melintas di selat Makassar
Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj

Los Angeles Kini Sudah Seperti Gaza

Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First