Surat Terbuka Buat Warga Perak Putaq Alam Betoi
Kepada semua sedare sedari teman orang Perak sekalian.
Adapun teman nulis sorat ini nak menceritekan kesah negeri kite di bawah pimpinan Menteri Besor Faizal Azumu.
Lepas ini teman panggil Peja aje sebab itu yang lebih dikenali. Kesah yang teman nak coretkan ini bukanle soal politik, sebab semue daripada kite dah tahu macam mana dia khianat kepada mandat yang kita berikan pada pilihan raye lepas. Menang bersama dengan PH dan atas kebesaran nama Tun Dr Mahathir, sekarang ditingggalkannnya hanya semate-mate nak kekal jadi Menteri Besor.
Kalau nak diikutkan, dek kerana bekeroje dengan Dato Seri Mukhriz masa jadi Menteri Besor Kedah, itulah tempat dia menempa name dan naik dalam politik. Tapi sebabkan nak berkuase dan dah seronok jadi Menteri Besor, orang yang berjasa dan banyak mengangkat dia ditinggalkannye.
Macam yang teman kaborkan, bukan soal politik yang nak teman sampaikan sebab bab politik ni, kite tunggu pilihan raye, taulah kite nak ngajornye.
Peja ni ada setiausaha politik, Namanya Dato Iskandar yang cukup masyhur dengan nama KANDO. Dia ni dulu pegawai khas Peja masa Peja keroje dengan Dato Mukhriz di Kedah.
Dia nilah yang ngepung Peja pagi petang siang malam. Bukan bermakna dia tak bagi orang lain jumpe Peja, tapi segala urusan dialah yang ke depan menguruskannya terutama dalam bab berniage dan menguruskan segala hal tanah, balak, kuari dan macam-macam lagi le.
Sorang lagi, yang jadi partner Kando ni ialah, seorang budak India, namanya Ram Katigesu yang menjage urusan MB Inc.
Dua orang inilah yang jadi orang kiri kanan Peja. Walaupun kita tahu budak India Ram ni yang jadi kawan minum Peja. Kalau dengor cerita Aziz Bari, memang malu nengonya Menteri Besor Perak, budak Melayu Islam, mabuk minum arak.
Minum pulak tu bukan takat biasa-biasa tapi sebotol belas-belas ribu ringgit. Minum pulak di merata tempat. Cigar room Majestic Hotel Kuala Lumpur. Di Haven, Tambun. Minum pulak dengan tauke-tauke balak dan pemaju hartanah beso-beso.
Tapi teman tak nak sentuh bab peribadi dia pasai minum mabuk ni. Itu biorle dia tanggung dan jawab depan Allah nanti.
Kenapa teman sebut nama Kando dengan Ram. Sebab dua orang inile yang menjadi orang kepercayaan Peja untuk menjalankan urusniaga dema.
Jadinya surat teman ini, teman teruskan dengan kesah Kando dan Ram yang teman gelo KARAM iaitu Kando campur Ram.
KESAH KARAM 1
Masih tak kome ingat isu tanah bukit Kledang yang habis ditarah masa awal-awal Peja jadi Menteri Besor? Tanah itu dijual kepada syarikat pemaju yang banyak projek kondominium mewah di Pulau Pinang. Nama syarikatnya ECK Sdn Bhd.
Tanah 10 hektar itu milik MB Inc dijual melalui rundingan terus di bawah harga pasaran. Urusniaganya dijalankan oleh Ram Katigesu.
MB Inc juga menggunakan syarikat guaman dari Penang, Allen Chee Ram yang mana pegawai kanan MB Inc, Ram Katigesu ada kepentingan.
KESAH KARAM 2
PCB atau Perak Corporation Berhad adalah syarikat yang tersenarai di bursa saham. Kira jadi syarikat yang berniaga bagi pihak kerajaan negeri Perak le. PKNP la boss PCB ni.
Jadinya banyak pembangunan PKNP dibuat melalui PCB. Nak dijadikan cerita dilantikle Pengerusi PCB yang baru begelo Tan Sri. Teman tanya kenkawan siapa Tan Sri ni, kata deme itulah Tan Sri Rashid Manaf, pak sedara si KANDO.
Jadi kome piker le dengan penglibatan setiausaha politik Menteri Besor dengan macam-macam perniagaan dan urusan tanah-tanah PKNP, Pak Sedara dia diletakkan jadi Pengerusi syarikat yang banyak menjalankan projek bagi pihak PKNP.
KESAH KARAM 3
Kesah ketiga ni teman rangkumkan semua jadi bior kome tahu macam mana sekarang dema tengah buah jualan Perak On Sale.
Sekarang betebor surat kelulusan permit atas nama pembangunan ladang hutan kepada bebudak Peja. Ada yang di Hutan Simpan Kledang Siong Kuala Kangsar, Hutan Simpan Piah, Kuala Kangsar, Hutan Simpan Sungai Kuak. Kawasan yang diluluskan bukan sikit-sikit.
Setiap satu syarikat diberikan 400 hektar. Kome bayangkan berapa luas kawasan.
Walaupun surat kelulusan itu atas nama pembangunan ladang hutan tapi maksud sebenornya ialah nak ngeluorkan balak dari kawasan itu. 400 hektar satu syarikat, berapa deme nak kaut untung atas angin.
Bukan takat kawasan balak, bebudak ini juga sedang mencari orang untuk beli kelulusan keluarkan batu batan granite dalam hutan simpan Segari Melintang.
Cume yang peliknye banyak kelulusan ni dalam kawasan Kuale Kangsor. Sebab apa, sebab KANDO aktif politik di sana ke? Atau macam udah heboh dia akan jadi calon Parlimen pade pilihan raye akan datang.
Tak cukup dengan itu, sebab Perak sekarang dikuasai geng Bersatu khianat, SADC udah menjadi lubok deme ngangihkan tanah-tanah. Pengerusi Jawatankuasa Tanah SADC bukan orang baru tapi dah masak dengan selok belok macam mana nak buat pengagihan iaitu Zainol Pazi.
CEO SADC, Yahanis semua orang tau ahli Bersatu yang bertanding di Belanje, Parit dulu. Jadi udah tentu dia duduk di situ, kena dengor le apa kata KANDO. Kalau idak tak ade le Menteri Besor pakai kereta Luxus dan dia pun sebagai CEO pun pakai Lexus. Tapi dengornya skrg tengah diserokop dekat garaj SADC. Ngape nak serokop, sebab beli tak ada kelulusan Lembaga Pengarah ke?
Di sini teman tunjukkan satu contoh le macam mana dema ngangihkan tanah SADC kepada budak budak dema.
KESAH KARAM 4
Ini pulak pasal pasior. Dengan kehebatan KANDO jalankan perniagaan, pasior pun sekarang udah boleh dieksport. Lumut PORT benarkan penggunaan jeti bagi tujuan eksport pasior ini. Mana peronah pasior sungai kite dieksport sebelum ini.
Tapi disebabkan macam rancangan Roda Impian, wang besar, wang besar saya putar Halim.... Hari ini kegiatan mengeksport pasior berjalan dengan rancaknya. Teman berani cakap macam itu sebab ada surat dengan gambor yang teman kongsikan dengan kome semua.
746 ekar tanah atas nama kerja-kerja membaikpulih dan membangunkan ladang rakyat diberikan kepada penama MOHD HERMAN BIN MD HAASSAN.
Semua orang tau budak ini ahli ARMADA dan bukan usahawan pun selama ini. Tetiba dapat tawaran usahakan 746 ekar tanah SADC.
Sekarang tengah menjaja surat ini siapa yang nak buat bayor pada dia.
Itu sebab teman kata deme tengah berjual Perak On Sale macam kata orang Putih yang jajah negara kite dulu.
Kesah-kesah yang teman paparkan ini, belum lagi sentuh cerite-cerita besor lain. Bior teman senaraikan dulu, nanti kome boleh tunggu surat teman lagi lepas ni untuk tau kesahnya.
Antara
isunya:
1. Macam mana Peja gunakan kuasa dia pecah-pecah keluasan tanah bawah 100 ekar untuk dia luluskan tak payah bawa masuk mesyuarat Exco.
2. Projek-projek yang Peja ‘jual’ kata ini Tuanku Sultan punya.
3. Ada kertas cadangan kelulusan Exco yang tak disembah kepada Sultan.
4. Isu Bujang Holding, Puncak Emas, waste management dan penjualan ladang SADC di Palembang.
5. Penggondolan tanah tinggi Kinta.
Buat permulaan cukup teman kongsikan kesah PERAK KARAM ini dahulu. Sekadar nak ulang kesah Peja mabuk minum brandy teman tak akan sampaikan sebab itu hal peribadi dia.
Tapi inilah rupa wajah kerajaan pimpinan orang khianat kepada perjuangan untuk tatapan kome untuk buka mate siapa sebenornya mereka.
Sekian, wasallam.
- Dikongsi oleh Qasseh Suzaini QS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/12/surat-terbuka-buat-warga-perak.html