Surat Terbuka Kepada 220 Ahli Parlimen


 
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…
1. Negara telah memilih Demokrasi sebagai acuan dan panduan bernegara. Amalan pengasingan kuasa melalui 3 cabang pemerintahan (Parlimen, Kabinet dan Kehakiman) adalah doktrin demokrasi terpenting dalam urusan pemerintahan negara kita.
2. Konsep Bernegara kita merujuk kepada kuasa dalam perlembagaan melalui Institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Pilihanraya Bebas, Hak Kebebasan Individu dan Kehakiman yang bebas.
3. MP yang dilantik oleh rakyat berikrar dan bersumpah untuk mempertahankan asas-asas demokrasi ini sejurus masuk ke dewan yang mulia. Lafaz berbunyi:
Saya, ……………………………………………………………………………., setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”
4. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab MP untuk melakukan sepenuhnya seperti yang dilafazkan ‘…menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya”
5 Krisis politik negara memerlukan 220 MP membetulinya secara demokrasi sebagaimana yang dijangkakan ketika MP menawarkan diri sebagai calon dalam pilihanraya. MP perlu selesai isu bukti majoriti Perdana Menteri hari ini sebagai pra-syarat keabsahan tugasannya untuk mengeluarkan nilai RM322b dalam bajet 2021 sebagimana termaktub dalam perlembagaan. Hal ini telah ditegaskan secara tepat oleh MP Gua Musang dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat yang diedarkan di atas meja kita.
6. Hanya Parlimen mampu membetuli dan memulihkan keadaan dalam krisis mandat yang telah dibeloti oleh Langkah Sheraton. Luka negara terlalu mendalam diparahkan lagi dengan krisis hilang kepercayaan terhadap institusi pemerintahan oleh rakyat, termasuklah hilang hormat terhadap institusi parlimen kita.
7. Janji menumpahkan taat setia kita kepada Malaysia menuntut kita membuat keputusan kritikal secara bersama untuk proses penyembuhan negara bagi kita membuang ‘badi-badi pembelotan’. Kepercayaan kepada institusi pemerintahan dan politik negara perlu kita pulihkan dan sekaligus institusi parlimen dikembalikan kewibawaannya. Kita punya masa 3 tahun sebelum pembubaran wajib dan setiap 220 anggota di kalangan kita seharusnya bersetuju membentuk Suruhanjaya Di Raja untuk tujuan penyembuhan ini.
8. Demokrasi kita diuji melalui fasa pendemik global ini di mana kepercayaan terhadap kerajaan semakin penting menentukan keberkesanan kerajaan menangani krisis. Begitu juga keberkesanan penyampaian yang menjadi kayu pengukur kejayaan. Kerajaan Perikatan Nasional membuktikan dirinya lemah dalam mengemudi saat krisis ini dan mana-mana kerajaan sekalipun akan terdedah kepada berbagai kelemahan dalam masa pendemik ini.
9. Oleh kerana itu, 220 MP perlu tangani perkara pokok masalah iaitu dengan memelihara dan melindungi demokrasi berperlembagaan supaya mana-mana kerajaan sekalipun akan dipandu atas landasan penting ini dan tidak akan melanggar asas perlembagaan.
10. Jangan kita hilang fokus untuk tergesa-gesa luluskan bajet atau tidak luluskan sedangkan kita gagal memelihara dan melindungi perlembagaan negara. Bajet tidak guna diluluskan jika PM hari ini gagal membuktikan dia ada majoriti dan kita 220 MP gagal mempertahankan hak asas dalam perlembagaan negara!
DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
25 Nov 2020.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/surat-terbuka-kepada-220-ahli-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ku Li Edar Surat Cinta Untuk Semua Ahli Parlimen

Ku Li Edar Surat Cinta Untuk Semua Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 293 hits
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan semua ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini menerima sepucuk surat daripada Tengku Razaleigh Hamzah Beliau memaklumkan perkara itu menerusi Twitter dengan cia...
Mahathir Mengamuk Ahli Parlimen Pembangkang Mungkir Janji

Mahathir Mengamuk Ahli Parlimen Pembangkang Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 232 hits
Oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Apabila cuma 13 ahli Parlimen bukan kerajaan bangun untuk tolak Belanjawan 2021 undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli Apabila ini berlaku ia bermakna bahawa kerajaan yang dipilih r...
Yang Tersirat Pn Masih Dapat Mandat Ahli Parlimen

Yang Tersirat Pn Masih Dapat Mandat Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 184 hits
Paling penting secara tersiratnya kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat mandat ahli ahli Parlimen untuk mentadbir negara Shahir Adnan Tujuan sebenar Belanjawan 2021 dirangka untuk kelangsungan hidup rakyat pada waktu luar biasa berdepa...
Ahli Parlimen Pembangkang Tanpa Sedikit Rasa Bersalah Mungkir Janji Kepada Rakyat

Ahli Parlimen Pembangkang Tanpa Sedikit Rasa Bersalah Mungkir Janji Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 227 hits
TUN DR MAHATHIR MOHAMADApabila cuma 13 ahli Parlimen bukan kerajaan bangun untuk tolak Belanjawan 2021 undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli Apabila ini berlaku ia bermakna bahawa kerajaan yang dipilih rakyat ...
Hanya 13 Ahli Parlimen Sokong Tolak Belanjawan 2021

Hanya 13 Ahli Parlimen Sokong Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 368 hits
Pembangkang memutuskan untuk tidak mendedahkan bilangannya di Dewan Rakyat hari ini selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno memutuskan untuk menyokong Belanjawan 2021 ketika undian pertama Walaupun mereka menyuarakan bantahan menerusi undi su...
Dua Sebab Mengapa Hanya 13 Orang Sahaja Ahli Parlimen Bangun Untuk Undi Belah Bagi Bajet Di Parlimen

Dua Sebab Mengapa Hanya 13 Orang Sahaja Ahli Parlimen Bangun Untuk Undi Belah Bagi Bajet Di Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 221 hits
Oleh Isham JalilPERTAMA ialah Mahathir Ahli ahli Parlimen PKR dan DAP tidak lagi menyokong Mahathir Mahathir kini seperti kera sumbang hanya disokong oleh anaknya dan 11 ahli Parlimen PAN KEDUA ialah Anwar Dia tahu tanpa sokongan UMNO maka ...
Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 209 hits
KUCHING Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata kekeliruan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar semalam Ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu itu yang dipercayai seorang dari...
Formula Peruntukan Ahli Parlimen Yang Lucu Dan Pening Dia Cadang Dan Buat Dia Ramai Ramai Pula Bantah

Formula Peruntukan Ahli Parlimen Yang Lucu Dan Pening Dia Cadang Dan Buat Dia Ramai Ramai Pula Bantah

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 291 hits
1 Dalam Janji ke 16 Manifesto Harapan Pembiayaan berdasarkan FORMULA YANG TELUS akan diberikan kepada semua ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan mengurus pusat khidmat masing masing 2 Apabila menang pada 6 Jun 20...
Speaker Hilang Sabar Ahli Parlimen Kepong Digantung 5 Hari

Speaker Hilang Sabar Ahli Parlimen Kepong Digantung 5 Hari

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 248 hits
M Update 12 11 2020 Isu DG takut mati berlarutan hingga hari ini yang menyaksikan seorang Ahli Parlimen pembangkang diarah keluar dewan dan digantung lima hari oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun Lip Lim Eng dikenakan tindaka...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman