Surat Pembaca Rm1880 Untuk Dapat Lesen Memandu Versus Rm80 Di Negara Lain


 



Yang berikut ini adalah kiriman oleh seorang pembaca yang mengadu kepincangan yang terpaksa dilalui orang untuk mendapatkan lesen memandu termasuk kos belajar memandu dsbnya sehingga RM1880.
 
EKONOMI SEKOLAH MEMANDU

Oleh 'bin Haji Yatim'
    
Assalaamu-a'laikum,

Mohon pihak tuan "highlight" kaedah perlesenan memandu di negara kita demi kesejahteraan rakyat; adakah ianya satu bentuk skim perniagaan/ekonomi  diwujudkan semata² untuk memberi peluang perniagaan kepada satu golongan tertentu?

Siapa penerima konsesi institut sekolah memandu?

Persoalan berkaitan dengan kaedah dan sistem perlesenan memandu:

1) Apakah peranan sebenar institut sekolah memandu?

Tidak dapat dipastikan ianya sekadar kejadian terpencil atau kebanyakan kes dilalui oleh warga awam, sikap pengendali sekolah memandu yang amat tidak professional sungguh menyusahkan warga awam untuk menyelesaikan urusan mendapatkan lesen memandu.

Terlalu banyak liku² warga awam lalui, dihimpit dengan keadaan bahawa warga awam tiada pilihan lain selain terpaksa berurusan  dengan institut sekolah memandu yang tiada sikap "customer-oriented", tetapi tersangat bongkak dengan perangai "take it or leave it". 
Ianya sungguh mengingatkan saya kepada sikap pemandu² teksi dahulu sebelum adanya saingan perkhidmatan e-hailing.

Pihak JPJ perlu lakukan sesuatu dlm hal ini demi kesejahteraan warga awam.

2) Saya ada pengalaman lalui proses mendapatkan lesen di sebuah negara di mana prosesnya sungguh dipermudahkan dan kos keseluruhan langsung tidak membebankan bukan sahaja warga mereka, malahan termasuk warga asing seperti saya di sana.

Prosesnya hampir sama seperti di negara kita di mana beberapa ujian perlu dilalui, kecuali tiada modul kurikulum belajar memandu diwajibkan, maknanya calon² melalui proses belajar memandu melalui inisiatif lain, mereka hadir untuk ujian pelesenan dalam keadaan bersedia dan sudah kompeten. 
Prosesnya dilakukan seolah² hak untuk mendapatkan lesen memandu adalah hak asas warga di sana, dan Kos terlibat hanyalah tidak melebihi USD 20 (tahun 1993, mungkin ada sedikit perubahan pada era kini); mungkin kos tersebut adalah untuk kos pemprosesan sahaja.

Ianya jauh berbeza dengan kos yang ditanggung warga awam di sini RM 1880. 
(Rasanya JPJ tetapkan harga siling, tetapi makhluk² sekolah memandu agaknya beroperasi sebagai sebuah kartel, mungkin dah tak ikut guidelines)

Mungkin kita dapat lakukan sesuatu untuk perelokkan keadaan yang dinyatakan di atas, demi kesejahteraan rakyat. Tidak salah untuk kita belajar dan lakukan sesuatu yang lebih baik.


Didahukukan ucapan terima kasih.

My comments :
Wa-alaikum salam, Terima kasih sdra bin Haji Yatim atas pandangan sdra di atas. 
RM1,880 untuk menjalani latihan dan ujian memandu? Tak lama nanti mungkin anak-anak kita perlu ambil pinjaman PTPTN  untuk lulus lesen memandu. Dalam keadaan ekonomi meleset ini di mana berjuta orang sedang menganggur maka ramai anak muda tidak akan mampu membayar RM1,880 untuk lulus lesen memandu kereta. Tetapi lesen memandu itu adalah keperluan basic bagi sesiapa pun. 
Terutama sekali apabila pendekatan town planning (perancangan bandar) di negara kita sangat fokus atau tumpukan kepada penggunaan pengangkutan motor persendirian.  Pasar dan supermarket adalah jauh daripada rumah orang. Sekolah, hospital, tempat kerja semuanya perlukan pengangkutan bermotor. Dan sistem pengangkutan awam kita (public transport) sangat jauh daripada mencukupi. Di kebanyakan kawasan bandar dan luar bandar di Sabah, Sarawak, Perak, Johor, Pahang dsbnya hampir langsung tidak ada sistem pengangkutan awam bagi keperluan awam. Jadi pengangkutan bermotor persendirian (private motor vehicles) itu adalah sangat perlu bagi rakyat kita.

Saya sendiri pernah melalui ujian lesen memandu dua kali dalam hidup saya. 
Pertama kali masa saya berusia 18 tahun (pada tahun 1978) di Batu Uban di Pulau Pinang. Sebelum mengambil ujian memandu saya belajar memandu dengan sebuah Driving School tempatan. Kosnya kurang RM200 pada masa itu. Kos ujian memandu termasuk lesen baru pula hanya berpuluh Ringgit saja. 
Tetapi ada juga "tawaran" untuk confirm lulus ujian memandu. Maksudnya kalau bayar sedikit lebih duit kepada Driving School, mereka boleh "pastikan" lulus ujian memandu. Saya tidak mahu terlibat perkara itu dan membuat bayaran seperti biasa. Ujian memandu saya (lisan dan memandu kereta) pun lancar dan saya lulus. Tetapi sambil menunggu giliran saya "ditegur" juga oleh seorang 'driving tester'. Dia tahu saya tidak memilih "option" membayar lebih sikit untuk pasti lulus. Jadi dia 'gempaq' saya sikit.
Kali kedua saya ambil ujian memandu adalah di Indiana di Amerika Syarikat pada awal tahun 1982 sewaktu saya menjadi pelajar di universiti di sana. Sekali lagi saya lulus ujian memandu di mana 'driving tester' adalah seorang wanita Mat Salleh. Proses mengambil ujian memandu di DMV atau Department of Motor Vehicles (serupa Jabatan Pengangkutan Jalanraya atau JPJ) adalah paling mudah dan hanya perlukan mengisi borang yang sangat mudah serta bayaran yuran beberapa US Dollar sahaja.  
Hari ini pula, 38 tahun kemudian, yuran ujian memandu di Indiana hanyalah US$17.50 atau RM73.00 sahaja.

How Much Does an Indiana Driver's License Cost? :  There is no fee to take your Indiana driving test or your vision screening test. Everyone under 75 years old just pays a reasonable $17.50 driver's license fee to get an Indiana driver's license.

Dan saya sempat menjalani kesemua proses isi borang, bayar yuran, mengambil ujian memandu dan menerima lesen-nya dalam masa kurang lebih satu jam sahaja.
Dan lesen memandu itu tidak perlu diperbaharui lagi atau perlukan bayaran tahunan.  Kita bayar sekali sahaja dalam hidup kita untuk lesen memandu itu. Saya rasa saya masih ada lagi lesen memandu tahun 1982 dari Amerika Syarikat itu.

Sepertimana yang disebut oleh penulis bin Haji Yatim, di negara maju pendekatan mereka ialah lesen memandu itu adalah hak asasi manusia yang amat perlu untuk penghidupan zaman moden. Maka mereka permudahkan dan percepatkan proses belajar memandu, mengambil ujian memandu dan pengeluaran lesen-nya.

Tidak ada runner, tonto, koboi, 'bayaran khas untuk pastikan lulus', cartel, monopoli dsbnya yang menggangu proses ujian memandu mereka.
Negara kita Malaysia memang sudah menjadi ibunegara dunia bagi kartel, monopoli, oligopoli  yang semuanya - tidak lain tidak bukan - hanyalah "skim diwujudkan semata² untuk memberi peluang kepada golongan tertentu" dengan cara menyusahkan manusia dan mencekik darah manusia.
Melihat dan membaca rungutan oleh sdra bin Hj Yatim di atas, jelas bahawa 'skim' ujian lesen memandu di JPJ lebih mirip 'Jom kita menyusahkan manusia'  juga.

Bagaimanakah kita boleh mengatasi masalah ini? Cara yang paling mudah ialah kita mesti memperbesarkan isu-isu ini dan menjadikan isu ini bahan bantahan kepada Kerajaan terutama sekali sewaktu Pilihanraya. 
Pelik sekali sebelum ini saya tidak pernah dengar sesiapa pun dari kalangan orang Melayu yang mengadu atau membantah perkara ini. 
Kenapa pula kita perlu bayar sehingga RM1,880 untuk mendapatkan lesen memandu sahaja? Siapakah penerima konsesi institut sekolah memandu  itu? Ini adalah soalan yang sangat relevan. 
Tempoh hari kita dengar berkenaan 'kartel daging'? Sekarang sudah senyap pula. Kenapa pula perlu ada pelbagai dan macam-macam cartel dan monopoli pada setiap penjuru dan pelusuk ekonomi negara kita? Yang hanya menyusahkan manusia dan naikkan kos sara hidup bagi rakyat marhaen?
Saya harap saudara kita di Melaka yang sedang berpilihanraya akan bertanya soalan-soalan ini kepada gerombolan ahli politik yang sedang membanjiri negeri itu. Suruh depa jawab. Kalau dia tak boleh jawab atau dia jawab tak senonoh, cakap terus terang kepada depa 'Kami tak akan undi awak'.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/surat-pembaca-rm1880-untuk-dapat-lesen.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambah Kelas Lesen Memandu Percubaan

Tambah Kelas Lesen Memandu Percubaan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 410 hits
Permohonan tambah kelas lesen memandu percubaan boleh dilakukan di JPJ Negeri Cawangan sahaja Syarat syarat tambah kelas Lulus Ujian Amali Bahagian 2 dan 3 dan masih berkuatkuasa 1 tahunkeputusan ujian telah dikemaskini dan masih berkuatkua...
Penetapan Kadar Bayaran Bagi Lesen Memandu Kelas B2 Jadual Fi Latihan Ujian Dan Lesen Kelas B2 Sahaja

Penetapan Kadar Bayaran Bagi Lesen Memandu Kelas B2 Jadual Fi Latihan Ujian Dan Lesen Kelas B2 Sahaja

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 191 hits
Penetapan Kadar Bayaran Bagi Lesen Memandu Kelas B2 Jadual FI Latihan Ujian Dan Lesen Kelas B2 SahajaAdalah dimaklumkan kadar bayaran latihan kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM211 berku...
Cara Dapat Lesen Memandu B2 Motosikal Terkini

Cara Dapat Lesen Memandu B2 Motosikal Terkini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 183 hits
Lesen memandu adalah menjadi kewajiban kepada rakyat Malaysia untuk membawa kenderaan di atas jalan raya awam Sekiranya tidak memiliki lesen memandu namun memandu kenderaan di jalanan anda telah melakukan kesalahan Seksyen 26 Akta Pengangku...
Cara Perbaharui Lesen Memandu Cukai Jalan Secara Online

Cara Perbaharui Lesen Memandu Cukai Jalan Secara Online

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMalas nak ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan Jarak rumah yang agak jauh untuk melakukan urusan di JPJ Jangan risau sebab sekarang urusan memperbaharui lesen mem...
Pembaharuan Lesen Memandu Vokasional

Pembaharuan Lesen Memandu Vokasional

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 165 hits
Pembaharuan Lesen Memandu Vokasional Pembaharuan lesen memandu vokasionalboleh dilakukan di JPJ Negeri Cawangan UTC dan Kaunter 1JPJ Syarat syarat pembaharuan Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja Tidak disenaraihitamkan Menge...
Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten

Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 177 hits
Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri Cawangan UTC Kaunter 1JPJ kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad Syarat syarat pembaharuan Tempoh pembaharuan dibenarkan a...
Terbang Ke Tiga Negara Ini Rangkaian Kegiatan Jokowi

Terbang Ke Tiga Negara Ini Rangkaian Kegiatan Jokowi

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 147 hits
Dia menjelaskan ini adalah kunjungan bilateral pertama di masa pandemi Sebab itu mantan Gubernur DKI Jakarta tersebut berjanji akan memperkuat kerja sama terutama di bidang perdagangan dan investasi
Mat Dan Sound Minah Saleh Degil Tak Nak Pakai Mask Duduk Negara Orang Kena Ikut Hormatlah Peraturan

Mat Dan Sound Minah Saleh Degil Tak Nak Pakai Mask Duduk Negara Orang Kena Ikut Hormatlah Peraturan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 238 hits
Pengacara dan selebriti media sosial Mat Dan tampil memberi respon kepada isu seorang wanita kulit putih yang videonya tular kerana berdegil tidak mahu memakai mask sewaktu ingin memasuki butik berjenama di sebuah pusat membeli belah di ibu...
Duduk Negara Orang Kena Ikutlah Mat Dan Tegur Minah Salih Yang Viral Berd3gil Tak Nak Pakai Mask

Duduk Negara Orang Kena Ikutlah Mat Dan Tegur Minah Salih Yang Viral Berd3gil Tak Nak Pakai Mask

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 347 hits
Pengacara dan selebriti media sosial Mat Dan tampil memberi respon kepada isu seorang wanita kulit putih yang videonya tular kerana berde3gil tidak mahu memakai mask sewaktu ingin memasuki butik berjenama di sebuah pusat membeli belah di ib...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital