Surat Palesu Tapi Isi Pulak Tak Palesu Ni Semua Palesu





SURAT PALSU TAPI TIDAK PALSU ISINYA 
Sejak semalam, berlegar satu surat palsu menggunakan kepala surat Barisan Nasional Malaysia dan kononnya dikeluarkan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.
Ia berkenaan larangan ke atas beberapa individu daripada turun berkempen dalam PRK Nenggiri.
Empat nama disebut dalam surat itu – Rafizi Ramli, Lokman Noor Adam dan dua lagi nama yang merupakan penggiat media sosial pro BN.
Dikatakan bahawa sebagai mengambil iktibar daripada kekalahan calon kerajaan perpaduan dalam PRK Sungai Bakap sebelum ini, maka sebab itulah larangan telah diambil ke atas empat penama tersebut daripada datang berkempen dalam PRK Nenggiri nanti.
Sekali lagi ditegaskan surat tersebut adalah palsu dan ia tidak pernah dikeluarkan sama ada oleh BN mahupun Zahid Hamidi.
Tetapi, meskipun palsu, kandungan surat tersebut tidak semestinya tiada kebenaran.
Dalam berkempen, tujuannya ialah untuk mendapatkan undi dan memperolehi kemenangan.
Dengan itu, ucapan, perbuatan atau tingkah laku tukang-tukang kempen mestilah tidak menyinggung hati pengundi.
Ucapan yang kasar, berlagak pandai, ala-ala kita betul dalam semua perkara kerana kita di pihak kerajaan, mencarut, memperbodohkan dan membahlulkan hadirin atau rakyat serta lain-lain perbuatan tidak sopan adalah larangan yang sepatutnya mudah difahami oleh semua tukang-tukang kempen.
Tak kira sama ada berkempen di media sosial atau di pentas ceramah, bersopan dan berbudi bahasa adalah prinsip utama yang mesti diamalkan jika mahu berbuat demikian.
Ini kerana tujuan berkempen adalah untuk mendapatkan undi dengan cara sedaya upaya mengambil hati pengundi, bukan menyakitkan hati mereka.
Lainlah jika datang berkempen untuk memastikan calon yang konon disokong itu ditimpa kekalahan, maka bolehleh bersikap kurang sopan tahap mana sekali pun ketika berkempen.
Sebab itu, tukang-tukang kempen yang terbukti pernah berkempen secara tidak sopan di mana-mana pun sebelum ini memang wajar dilarang daripada datang berkempen ke Nenggiri.
Tak kira siapa pun – berjawatan menteri atau tidak – jika kerajaan perpaduan mahu kepada kemenangan di Nenggiri, penegasan dalam larangan seumpama itu mesti dikuatkuasakan dengan ketat dan tanpa kompromi.
Sedemikian, meskipun surat yang berlegar itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh Zahid Hamidi, tetapi kebenaran isinya tidak boleh dinafikan dalam usaha untuk memastikan calon UMNO beroleh kemenangan di Nenggiri nanti.
Mungkin surat palsu ini dikeluarkan oleh pihak dalam kerajaan perpaduan sendiri yang benar-benar mahu melihat UMNO beroleh kemenangan, tetapi tiada cara lain untuk menyampaikannya.
Dalam hal ini tidak perlu dikeluarkan apa-apa surat lain berkaitan larangan itu, memadai dengan adanya arahan terbuka daripada “orang yang paling berkuasa” sepanjang kempen nanti iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Pengarah Kempen PRK Dun Nenggiri.
Ku Li wajar keluarkan arahan bahawa hanya pemimpin yang bersopan dan berbudi bahasa saja dibenarkan datang ke Nenggiri, yang lain-lain yang tidak berkenaan elok sekadar jejak kaki setakat ke R &R Gua Musang saja.
Sebagai rujukan, Ku Li sebelum ini telah pun memberitahu DAP agar jangan sesekali datang berkempen ke Nenggiri.
Beliau dipetik sebagai berkata, tidak ada sebab untuk pemimpin parti majoriti Cina itu untuk turun berkempen di kawasan yang “100% Melayu”.
“Bagi saya, logiknya, apa guna nak bawa DAP ke kawasan Melayu?
“Dia (DAP) cakap Melayu pun tak betul,” demikian antara kata-kata tegas Ku Li.
Dengan kata-kata tegas kepada DAP itu, nada yang sama patut juga dikeluarkan kepada parti-parti lain. – ShahbudinHusin 25July2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/07/25/surat-palsu-yang-ada-kebenarannya.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/surat-palesu-tapi-isi-pulak-tak-palesu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Andika Putera Luah Isi Hati Kongsi Kepayahan Besarkan Anak Menangis Lapar Tapi Tak Boleh Menyusu

Andika Putera Luah Isi Hati Kongsi Kepayahan Besarkan Anak Menangis Lapar Tapi Tak Boleh Menyusu

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 201 hits
Biar sibuk macam mana pun pempengaruh Andika Putera mengakui akan mencuba sedaya upaya untuk mencari waktu bersama anaknya Alisha Puteri Menerusi perkongsiannya bersama Podcast Pa Ma Andika mengakui dahulu mungkin tak banyak masa dapat dilu...
Dibanjiri Komen Buruk Semua Ahli Le Sserafim Tutup Ruangan Komen Ig Tapi Kenapa

Dibanjiri Komen Buruk Semua Ahli Le Sserafim Tutup Ruangan Komen Ig Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 216 hits
Memang penat ya jadi idola Artikel Berkaitan Terbaru kesemua ahli LE SSERAFIM iaitu Sakura Yunjin Chaewon Eunchae dan Kazuha dilihat telah menutup ruangan komen di Instagram peribadi masing masing Soalan carian popular di TikTok adalah Meng...
Pas Tak Layan Surat Layang Tapi Ila Rakan Parti Guna Surat Layang Dalam Dewan Mp Pas Baca Qunut Nazilah

Pas Tak Layan Surat Layang Tapi Ila Rakan Parti Guna Surat Layang Dalam Dewan Mp Pas Baca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 378 hits
Pas tak layan surat layang tapi MPnya berhujah guna surat layang hingga melayang 6 bulan dari Parlimen
Kita Tunggu Dua Mp Mca Dan Satu Mp Mic Sokong Pas Pulak

Kita Tunggu Dua Mp Mca Dan Satu Mp Mic Sokong Pas Pulak

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 157 hits
Zainuddin OmarKita tunggu dua MP MCA dan satu MP MIC sokong PAS pulak Enam bekas anggota parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menges...
Pulak Temberang Gitu Ja Keh Keh Keh

Pulak Temberang Gitu Ja Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 110 hits
Temberang macam ini tak power alang alang baik kata mimpi jumpa Tuhan terus Baru ada class
Awat Pulak

Awat Pulak

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 115 hits
Nazri HamdanKenapa nak warning Minister pada masa tu Kenapa tak warning BOD Sebabnya boss kepada CEO ialah MinisterSebab minister lantik CEOBukan BODNi salah satu punca kerosakan corporate governanceSentuhan orang politik kepada organisasi ...
Bicara Mb Kuat Mohong Esok Dan Tarikh Sekian Sekian Tunggu Prk Pulak

Bicara Mb Kuat Mohong Esok Dan Tarikh Sekian Sekian Tunggu Prk Pulak

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 196 hits
Desa HMLepas tu disambung pada 23 29 dan 30 Julai serta 5 6 9 12 13 dan 23 Ogos ini Didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5 ...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons