Surat Buat Datuk Seri Tentang Skandal 1mdb



Saya merujuk kepada kenyataan media Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang merayu supaya parti itu tidak dikaitkan dan dihukum oleh skandal 1MDB.

Beliau juga mahu Umno dibenarkan terus berkhidmat kepada rakyat dan bangsa Melayu, serta berharap segala apa-apa yang mengaitkan 1MDB dengan Umno diputuskan.

Maaf Datuk Seri, Umno itulah yang merupakan perisai yang mempertahankan Datuk Seri Najib Razak sewaktu skandal 1MDB terbongkar.

Loading...
Umno memperjuangkan nasib orang Melayu? Tidak boleh sebenarnya untuk kita mendakwa membela orang Melayu pada satu sisi tetapi di sisi lagi kita juga merembat, mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Itu bukanlah perjuangan. Itu pengkhianatan.

Hari ini segala tindakan ke atas Najib dan Umno dibuat lunas undang-undang.

Selepas Najib dituduh di mahkamah pun, masih ramai pemimpin dan penyokong Umno datang memberi sokongan. Ia menunjukkan parti itu masih berdiri teguh di belakang figura yang terpalit dalam skandal 1MDB.

Jadi di mana rasionalnya permintaan Datuk Seri yang mahu sebarang pautan 1MDB terhadap Umno diputuskan? Pemimpin dan penyokong Umno masih mendukung kepalsuan 1MDB sehingga hari ini!

Wang yang diterima adalah derma? Ini satu sindrom penafian yang sangat teruk.

Pemimpin dan penyokong Umno masih mendakwa 1MDB merupakan satu konspirasi politik yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas musuh politiknya, seperti yang dilakukan beliau 20 tahun lalu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri, terbukti bahawa saranan Datuk Seri untuk Umno menjauhi 1MDB tidak disambut baik oleh ahli Umno dan pemimpinnya. Justeru sewajarnya parti Datuk Seri dihukum jika didapati terlibat dengan skandal 1MDB ini.
Di mana Datuk Seri semasa skandal 1MDB ini mula terbongkar? Di mana anggota parlimen (MP) Rembau? Akhirnya MP Rembau pun menyesal kerana mempertahankan bekas Najib. Itu kekesalan yang terlewat.

Peguam Negara dipecat, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar, laporan audit dirahsiakan, Akta Antiberita Tidak Benar diwujud untuk menutup hak kebebasan bersuara, rakyat ditakut-takutkan, siasatan 1MDB ditutup, sedangkan satu dunia menjalankan siasatan dan pendakwaan terhadap skandal berkenaan.

Sebagai pemimpin di peringkat tertinggi Umno pada masa itu, mengapa Datuk Seri tidak berbuat sesuatu?

Datuk Seri, tubuh dihukum kerana nafsunya; jasad ditanam kerana rohnya tiada, begitulah parti dihukum kerana pemimpinnya.

Parti tidak bertangan dan berkaki, tidak bergerak dan tidak bertutur. Lidah parti ialah lidah pemimpinnya, tubuh parti diserap roh pemimpinnya, tangan parti adalah tangan pemimpinnya.

Jika kotor tangan pemimpin, kotorlah parti itu. Jika celupar lidah pemimpin, celuparlah parti itu. Jika jahat roh pemimpin, jahatlah jasad parti itu.

Maka Datuk Seri janganlah cuba untuk memisahkan parti dengan pemimpin seolah-olah parti tidak berdosa akibat kerakusan pemimpin.

Jika Datuk Seri mendakwa parti tidak seharusnya dilibatkan, sudah tentulah sebelum PRU14 lagi Umno sudah menyingkirkan Najib. Tetapi Umno terus mempertahankannya.

Maka jika parti terlibat, ia haruslah berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang.

Tidak ada sesiapa pun akan terkecuali, Datuk Seri.

Percayalah, tindakan yang diambil pada hari ini bukan bermotifkan politik, tetapi inilah yang sewajarnya dilakukan kerajaan Umno dan BN dulu. Namun keengganan Umno mengambil tindakan membuatkan rakyat terpaksa bertindak pada 9 Mei.

Datu Seri, rakyat bukan undi Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana manifestonya. Mereka mengundi HARAPAN kerana mahu siasatan telus dijalankan ke atas 1MDB.

Ramai ahli Umno tidak berpuas hati kerana parti Datuk Seri melindungi 1MDB. Kesilapan terbesar Umno ialah memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal ekoran kelantangan mereka bersuara dalam isu 1MDB.

Saya juga membuat keputusan untuk keluar dari Umno sehari selepas Muhyiddin dipecat.

Datuk Seri perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu marah dan menghukum Umno kerana isu 1MDB.

Kerana, 1MDB dan Umno memang tidak dapat dipisahkan. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh Umno pada hari ini.

Mohamad Siddiq Azani ialah seorang peguam dan anggota ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.
Sumber: Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/surat-buat-datuk-seri-tentang-skandal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Indonesia Rossa Terima Anugerah Pingat Datuk Seri

Penyanyi Indonesia Rossa Terima Anugerah Pingat Datuk Seri

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 861 hits
KUANTAN Penyanyi Indonesia Rossa 40 menyifatkan penganugerahan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang sebagai hadiah terindah sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Oktober lalu Beliau antara 19 penerima darjah SSAP yang membawa gelaran Datuk...
Peguam Kes Datuk Hasanah Tidak Ada Kaitan Dengan 1mdb

Peguam Kes Datuk Hasanah Tidak Ada Kaitan Dengan 1mdb

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Datuk Hasanah Abdul Hami tidak akan disabitkan dengan sebarang kesalahan berkaitan 1MDB kata peguamnya Datuk Shaharudin Ali berkata Hasanah hanya dituduh atas kesalahan pe...
Rossa Terima Gelaran Datuk Seri Nd Lala Bergelar Datuk

Rossa Terima Gelaran Datuk Seri Nd Lala Bergelar Datuk

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 676 hits
Tahniah diucapkan kepada Rossa yang kini bergelar Datuk Seri selepas dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran Negeri Pahang hari ini Penyanyi yang berasal dari Sumedang Indonesia itu...
Skandal 1mdb Irwan Serigar Akan Didakwa Pada Khamis

Skandal 1mdb Irwan Serigar Akan Didakwa Pada Khamis

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 283 hits
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan didakwa di mahkamah pada Khamis berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad Mohd Irwan Serigar 61 akan dihadapkan ke mahkamah pada hari yang sama dengan be...
Ini Pesanan Padu Dato Seri Vida Kepada Dato Aliff Syukri Tentang Isu Panas Sampai Aliff Tertekan

Ini Pesanan Padu Dato Seri Vida Kepada Dato Aliff Syukri Tentang Isu Panas Sampai Aliff Tertekan

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1103 hits
Isteri minta Aliff Syukri tak keluar TV Pindah kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kesal dengan tindakan orang ramai teru...
Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed Sertai Bersatu

Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 481 hits
Astro Awani Mustapa menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas keluar dari UMNO pada 18 September...
Gambar Datuk Seri Tawar Rm5 Juta Di Mandarin Oriental Semua Ada Farid Kamil

Gambar Datuk Seri Tawar Rm5 Juta Di Mandarin Oriental Semua Ada Farid Kamil

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 604 hits
Pelakon Farid Kamil mendakwa dia ditawarkan RM5 juta untuk memaafkan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor Apa yang ingin dimaafkan tidak dinyatakan Tawaran RM5 juta juga menimbulkan persoalan kerana umum mengetahui Farid bukannya k...
Perak Mb To Receive Datuk Seri Title

Perak Mb To Receive Datuk Seri Title

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 388 hits
Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu is one of two recipients of the Darjah Seri Paduka Mahkota Perak award which carries the title Datuk Seri in conjunction with the 62nd birthday of the Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah Besides Ahmad F...
Perkara Penting Yang Semua Orang Perlu Belajar Dari Datuk Seri Najib

Perkara Penting Yang Semua Orang Perlu Belajar Dari Datuk Seri Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 418 hits
Bila tengok apa yang berlaku pada Datuk Seri Najib bekas Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memimpin Barisan Nasional dan UMNO untuk dijatuhkan oleh Pakatan Pembangkang ada satu perkara penting yang kita semua boleh belajar Perkara penti...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik