Superman Pun Dah Tak Pakai Spende Kat Luar Penampilan Menjadi Buah Mulut Netizen Ernie Tutup Komen Ig
TUJUH tahun lalu, kehadiran penyanyi wanita kecil molek dengan nama pentas Ernie Zakri agak sukar mencuri perhatian, bahkan dipandang sepi oleh peminat.
Mengakui pernah menyimpan hasrat untuk mengundurkan diri daripada industri seni suara, nama Ernie kemudian terus melonjak naik selepas menyertai pertandingan Duo Star.
Mengakui pernah menyimpan hasrat untuk mengundurkan diri daripada industri seni suara, nama Ernie kemudian terus melonjak naik selepas menyertai pertandingan Duo Star.
Kerjaya seni Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri kemudian terus meningkat selepas diangkat sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Aku Cinta duet bersama Syamel dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-32 awal tahun lalu.
Artis berbakat besar iaitu Ernie Zakri sememangnya dikenali mempunyai suara yang berlunak tinggi dan merdu. Kerjaya beliau dalam bidang nyanyian juga membolehkannya menjadi seorang guru vokal dan rata-ratanya ramai artis serta peserta pertandingan nyanyian menggunakan khidmat beliau.
Terbaru, namanya menjadi bualan netizen kerana rekaan baju yang dikenakan semasa pentas akhir Mentor menonjolkan bentuk badan dan bahagian s3nsitif.
Menerusi perkongsian di laman Instagram MstarOnline, ramai pengikut dan peminat Ernie meluahkan pendapat mengenai rekaan baju tersebut yang dikatakan tidak sesuai. Tetapi dengan busana merah dan dihiasi dengan aksesori tradisonal membuatkan Ernie Zakri nampak cantik dan menyerlah.
Bersama Azmirul menyanyikan lagu Bagaikan Sakti
Busana merah dihiasi aksesori gold
Berikutan baju yang dikenakan Ernie Zakri luar biasa dan unik, para netizen memberikan komen pedas dan tidak kurang luar biasanya juga kerana merasakan baju yang digunakan keterlaluan. Bermacam pendapat yang dapat dilihat dan juga nasihat dilontarkan buat penyanyi cantik dan bersuara merdu itu. Semoga Ernie berhati-hati selepas ini dalam pemilihan pakaian.
Aku rasa dia salah pakai sepatutnya yang luar
Rasanya Ernie da tahu kot, sebab dia off komen IG
Apa punya teruklah baju macam ni
Dia tak segan ke pakai baju macam ni
Terdapat juga yang mengaitkan baju yang dipakai Ernie dengan watak utama hero-hero filem luar negara.
Wonderwoman Malaysia
Sup3erman pun dah tak pakai sp3nda di luar oi
Baju tak sesuai
Cantik je baju tu sebenarnya. Netizen je yang mata spero, lain pula yang korang nampak kan?
Ernie Kian Matang
Rancak bercerita, Ernie memberitahu sengaja mengabadikan kisah hidup masa lalunya kerana menyifatkan selepas lapan tahun berada dalam industri, dia kini menjadi seorang Ernie Zakri yang sudah matang dan berani bersuara.
“Saya bermula dalam industri pada usia 18 tahun. Pada umur semuda itu, saya seperti takut untuk berkata tidak terhadap perkara yang tidak disukai. Boleh dikatakan banyak perkara termasuk muzik dan penampilan dilakukan secara terpaksa.
“Apabila sudah semakin dewasa, saya lebih berani untuk bersuara lebih-lebih lagi dalam menegakkan soal hak. Biarpun tidak semua orang boleh menerima kejujuran, namun tidak kisah asalkan saya tahu apa yang sedang dilakukan,” terangnya panjang lebar.
Ditebak tentang pilihannya untuk selangkah ke hadapan dalam soal menegakkan pendirian yang memungkinkan timbul gelaran ‘diva’ terhadap dirinya, penuh optimis Ernie menjawab, akan memastikan situasi tersebut tidak akan berlaku.
“Berani bersuara tidak bermaksud saya akan menolak semua perkara yang dicadangkan tanpa kompromi. Cara kerja saya bertemu dengan ramai orang, jadi saya perlu tahu menggunakan gaya bahasa yang sesuai agar tiada pihak terasa hati,” tutupnya.
Sumber dari Kisah Dunia, Kosmo Online
The post “Superman Pun Dah Tak Pakai Spende Kat Luar,” – Penampilan Menjadi Buah Mulut Netizen, Ernie Tutup Komen IG appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/31/superman-pun-dah-tak-pakai-spende-kat-luar-penampilan-menjadi-buah-mulut-netizen-ernie-tutup-komen-ig/