Supercube Teh Herba Unik Berbentuk Kiub
Assalamualaikum
Ada produk ni menarik minat FD lah untuk cuba. Biasanya kite jumpa dalam bentuk serbuk atau uncang kan air teh ni. Lagi lagi jenis teh herba. And yang paling best ianya takde kafien. Sesuai sangat lah untuk yang amalkan diet dalam pemakanan, kan? Nama teh ni SUPERCUBE. Yaaa, serbuk teh herba dalam bentuk kiub. Sooo cute! And takde lah nak anggarkan bape banyak serbuk kena bancuh, betul tak? Dan kreatif sangat sebab ia dibungkus asing setiap kiub.
Tengok warna air ni gelap semacam je. Risau rasanya pahit. Tapi tak! Teh ni rasa manis buah, sedap. Dalam SUPERCUBE ni ada gula molasses. Apa itu gula molasses?
Molasses sugar dalam Supercube: Juga dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar. Proses yang sama tapi kita buat di Malaysia. Tebu diperah untuk mendapatkan cecair dan direbus berjam2 sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk
Perbezaan dengan molasses sugar di pasaran: Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya di campur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.
Kelebihan:
1. Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.
2. Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.
Untuk permulaan ni FD minum Supercube Red Dates & Goji Berry. Sebab FD sekarang ni kiranya masih dalam tempoh berpantang. Minuman ni sesuai untuk wanita berpantang dan yang tengah ikhtiar cari cara untuk meriahkan susu badan. Selalunya minum masa sarapan, alhamdulillah susu badan memang banyak sangat. Kenyang lah anak FD pastu lena la dia sampai ke tengah hari. Selain tu, minuman ni sesuai untuk ibu mengandung jugak sebab boleh tambah tenaga. Biasa la kalau masa mengandung dalam second and third trimester, mesti cepat penat lagi lagi masa tengah sarat. Dannnn, inshaAllah minuman ni boleh kurangkan sakit senggugut pada yang ada masalah masa period.
Pastu untuk waktu malam pulak FD minum Supercube Osmanthus & Roses. Bau air the ni wangi sangat tau buatkan FD rasa tenang je, dan rasanya pun sedap. Bila minum yang Osmanthus & Roses ni tidur malam FD memang lena sangat sangat. Dah lama rasanya tak merasa tidur lena sejak bersalinkan Fayyadh ni. Insomnia jugak la kejap awal awal tu. Keesokkan pagi tu bangun tidur pun rasa segar, dan hilang rasa penat jaga anak. Takde rasa malas malas atau lembik je badan nak bangun tu. Hehe 🤪 kalau tidakkk, stress aje rasa nak bangun awal tu sebab dalam kepala otak dah fikir nak kena buat itu ini. Sooo untuk Supercuba Osmanthus & Roses ni memang FD rekemen sangat untuk yang selalu kerja kuat tu.
Selain dari tu, boleh jugak minum Supercube Ginger & Lavender kalau nak minuman detox. Untuk yang ada masalah letih ke, lesu, perut meragam ke memang sesuai sangat lah. Sebab ada halia, boleh lah buang angin dalam badan, yang punca jadi badan rasa lemah. Confirm badan rasa lebih segar dan ringan je. Biasanya FD selang seli la dengan yang atas tadi tu. Lega gila lah bila banyak keluar angin dalam badan ni.
Best okay semua teh SUPERCUBE ni. Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China.
So pilihan ditangan korang nak minum yang mana. Semuanya bagus bagus tau. Kalau ada yang berminat, boleh lah beli direct dengan HQ atau dengan agent yang berdekatan dengan kawasan korang. Search je kat Instagram dengan #supercube. Ramai agent diorang ni
Website: https://supercube.my
Instagram: https://www.instagram.com/supercube.hq/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ftndiana.blogspot.com/2021/01/supercube-teh-herba-unik-berbentuk-kiub.html