Sejarah Asal Usul Pancake 5 Jenis Pancake Malaysia Yang Unik Dan Sedap


Sejarah Asal Usul Pancake & 5 Jenis Pancake Malaysia Yang Unik Dan Sedap! |  Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata. Jauh sebelum menjadi menu sarapan umum di Amerika, pancake telah ada sejak bertahun-tahun lalu.
Sejarah Pancake : Asal Usul Lempeng Menurut info dari hasil carian Google Serach, jejak sejarah pancake sudah ada sejak ribu tahun dulu. Pancake dikatakan menjadi makanan diet yang umum sejak sekitar 5.300 tahun lalu. Lama betul ni! 

Pancake di waktu ini dikenali sebagai makanan ringan untuk sarapan para keluarga modern. Hakikatnya, pancakes adalah resipi untuk makanan yang telah lama wujud, asal pancake bermula pada masa masyarakat Rom kuno lagi. Pancakes pada mulanya dikenali sebagai Alita Dolcia. 
Apa itu Alita Dorcia? Alita Dorcia adalah makanan manis hasil kombinasi dari susu, tepung, dan bahan perasa. Bahan-bahan tersebut kemudiannya dipanggang menggunakan kuali dengan permukaan rata, lalu ditambahkan dengan sirap buah dan madu. Manis semanis manisnya gitu. 
Nama pancake semakin popular di daerah negara-negara Eropah sejak tahun 1430-an. Pancake di sanggap sebagai makanan khas untuk orang Eropah Timur. Di sana, pancake sering digunakan sebagai menu khas yang dikenali sebagai Pancake Tuesday. Uniknya Pancake Tuesday ini ia disajikan sehari sebelum Paskah. Sepanjang zaman, pancake telah digunakan di pelbagai negara. 
Di Perancis, penkek-nya ada yang nipis dan rangup dikenali sebagai crepes dan galettes. Pancake jenis ini lebih tebal dan lebih lebar seperti bentuk roti. Sementara itu, di Jerman pula, pancake mempunyai bentuk yang lebih padat dan dibuat dari kentang (pfannkuchen) sebagai bahan asasnya. 

Untuk negara Ireland, pancake mempunyai tekstur yang padat dan diperbuat daripada kentang. Pancake ini dikenali sebagai boxtry. Scotland juga tidak ketinggalan dengan pancake jenis drop scones. Di Amerika, pancakenya dikenali sebagai nokehick yang dibuat dari adunan lembut daripada jagung. 
Penkek ini boleh disajikan dengan pelbagai gaya persembahan dan rasa. Untuk Malaysia sendiri, kita ada 'pancake' special yang di sebut sebagai lempeng. Walaupun penyampaiannya berbeza di setiap negara, tetapi pancake masih mempunyai peminat sendiri dan perkembangan resipi semakin meningkat dari semasa ke semasa. Bila sebut begini, terus teringat pada waffle. waffle vs pancake, hmmm susah nak buat pilihan tu!

Resipi Cara Membuat Pancake Mudah Yang Sedap, Senangnya!Jom abang kongsikan resepi pancake yang mudah, sedap dan gebu untuk kita cuba sama-sama. Kalau nak senang faham cara membuat pancake yang mudah ni, boleh follow step di bawah selangkah demi selangkah

BAHAN-BAHAN1 cawan tepung gandum2 sdt baking powderSecubit garam2 sdb gula halus / kastor3/4 cawan + 2 sdb susu kotak Full-cream *(Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)1 biji telur gred A, dikocok2 sdb butter, dicairkan1 sdt esen vanilaSedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper. *(Tapi saya tak guna sebab dah pakai non-stick pan)
CARA-CARAMula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.
Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kemudia gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa. Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.
Panaskan non-stick pan kecil, guna api paling kecil sekali. Tak perlu sapu minyak pun tak apa.
Tuang adunan tadi dan biarkan hingga pancake naik gebu dan keperangan.
Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.
Malaysia Ada Menu Pancake Unik Tersendiri Yang Best#1 - Apam Balik

Apam balik (juga dikenali sebagai ban chien kuih) dibuat dari tepung, telur, gula, baking soda, santan dan air. Pancake dengan nama Apam Balik ini di masak di atas kuali yang panas dengan marjerin atau mentega. Kemudian diletakkan pula kacang tanah dan gula hancur. Apabila sudah masak, pancake dilipat dan dipotong. Proses memasak inilah yang dinamakan sebagai 'apam balik'. 
#2 - Appam

Dimasak dalam kuali kecil yang disebut appam chatti, appam yang hadir di dalam kalangan kaum India ini, mempunyai bentuk seperti kuali sebagai acuannya. Appam ini mempunyai tesktur tebal dan lembut pada bahagian tengah dan tipis seperti renda dengan rasa yang rangup pada bahagian tepi. Secara tradisinya, appam dibuat dengan merendam beras semalaman dan mengisarnya menjadi adunan halus dengan bahan-bahan lain seperti nasi dan santan. Cara penapaian yang lama adalah dengan menggunakan toddy (sejenis alkohol), tetapi kini ia telah digantikan dengan ragi. 
#3 - Ketayap

Makanan ringan waktu minum peyang yang popular ini sangat menggoda dengan aroma kelapa dan gula melaka. Pada dasarnya, ketayap ini seperti crepe yang digulung dengan isi gula melaka dan kelapa parut. Adunannya dibuat dengan mengadun tepung gandum bersama telur, santan, jus pandan dan secubit garam

#4 - Lempeng Melayu

Lempeng Melayu diperbuat daripada tepung gandum, air, telur, gula dan garam. Bahan-bahannya dicampurkan dan digoreng. Penjelmaan moden lempeng termasuk versi sekarang juga ada seperti lempeng pisang (campur dengan pisang), lempeng gula Melaka (dengan gula melaka) dan lempeng kelapa (dengan kelapa). Lempeng mungkin merupakan saudara tempatan penkek Barat, dari segi bentuk dan rasa. 

#5 - Roti Jala

Roti jala ni favourite abang. Makin best bila isteri buat kuah kari ayam yang agak pekat. Sesekali bila isteri buat roti jala, ada juga abang tolong 'jalakan' roti ni di atas pan panas. Orang dulu menggunakan acuan khas untuk buat roti jala tetapi sekarang dah makin senang kerana ada dalam bentuk botol seperti botol sos tapi punya lubang kecil yang banyak. Tekstur dan rasa roti jala sangat sedap dan lembut. Walau nampak kecil, tapi makan beberapa keping pun dah boleh kenyang. 
Manfaat lempeng atau pancake ini sudah tentulah dapat memberi nikmat makan yang best. Rasanya sedap! Teksturnya pelbagai! Jika buat sendiri di rumah boleh eratkan juga hubungan. Masak sama-sama dan olah sendiri rasa mengikut citarasa masing-masing. 
Jika teringin dengan menu-menu di atas tapi rasa malas nak buat sendiri, apa susah.... ambil phone dan order food yang diinginkan melalui website Foodpanda. Nak lagi senang, download aplikasi Foodpanda tu dan buat pesanan makanan bila-bila masa yang nak. 
Tak dinafikan, biasanya breakfast orang Malaysia ni mesti makanan berat seperti nasi dan abang sendiri seorang yang suka makan nasi waktu pagi. Tapi bila tiba hujung minggu atau diwaktu minum petang, tak salah untuk cuba resepi pancake yang mudah, sedap dan gebu macam kat atas tu. Cara buat pancake tak la nampak susah sangat pun. Lagipun rakyat Malaysia ni kan suka makan. 
Itulah serba sedikit info mengenai sejarah pancake atau asal usul lempeng yang biasa disajikan untuk menu sarapan dan sememangnya pancake ini termasuk dalam menu sarapan yang mudah dibuat.

Sumber : The Star

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.abangrock.com/2021/01/sejarah-lempeng-dan-cara-membuat-pancake-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Jenis Kenderaan Paling Banyak Dicuri 2020 Di Malaysia

10 Jenis Kenderaan Paling Banyak Dicuri 2020 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 446 hits
Jangan kerana mereka bukan anda anda buat tak tahu Kes kecurian kenderaan hilang harta benda bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia sebanyak 162 kenderaan termasuk motosikal dilaporkan dicuri setia...
Asal Usul Kotak Dybbuk

Asal Usul Kotak Dybbuk

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 255 hits
Selain Facebook dan Microsoft Yahudi juga mencipta kotak kayu misteri https mlstudios my syamimstory paranormal
China Benar Who Buat Siasatan Mengenai Asal Usul Covid 19

China Benar Who Buat Siasatan Mengenai Asal Usul Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 186 hits
Hebahkan 11 01 2021 03 10 PM ANKARA 11 Jan Sekumpulan pakar asing dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dijadual ke China untuk menjalankan siasatan mengenai asal usul virus COVID 19 Agensi Anadolu melaporkan 10 pakar itu dijadual ak
Asal Usul Nama Daging Harimau Menangis

Asal Usul Nama Daging Harimau Menangis

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 1424 hits
Assalamualaikum dan selamat malam Hai reader semua rupanya ramai jer yang masih tidak tahu kenapa ada resepi diberi nama Daging Harimau Menangis Resepi ni sangat popular sekarang dan ramai This is a content summary only Visit my website for...
Sejarah Bilangan Kes Covid 19 Harian Di Malaysia Sejak Mac 2020

Sejarah Bilangan Kes Covid 19 Harian Di Malaysia Sejak Mac 2020

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 294 hits
Ini merupakan bilangan kes covid harian di Malaysia sejak Mac 2020 sepanjang 2020 hingga pos ini dibuat iaitu 13 Januari 2021 dan hingga hari ini iaitu 13 Januari2021 PKP 2 0 dan darurat telah diisytiharkan Lately ada orang share jadi saya ...
Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan Pkp 2 0 Dan Darurat

Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan Pkp 2 0 Dan Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 642 hits
Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan PKP 2 0 Dan Darurat Seminggu berlegar desas desus akan diadakan PKP semula Walaupun penafian dibuat tapi sebagai rakyat memang kita sendiri dapat rasakan akan berlaku juga PKP2 dalam jangkamasa ter...
Menteri Pendidikan Paling Bangang Dalam Sejarah Malaysia

Menteri Pendidikan Paling Bangang Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 394 hits
Bob KelanangDulu aku ingat Mahdzir Khalid adalah Menteri Pendidikan paling bodoh dalam Sejarah Malaysia rupanya ader lagi yang lebih bodoh Radzi Jidin adalah Menteri Pendidikan yang aku rasa paling bodoh setakat ini Ini mungkin spesis banga...
Batal Projek Kereta Api Laju Kl Singapura Najib Razak Dakwa Malaysia Kena Bayar Pampasan Rm310 Juta

Batal Projek Kereta Api Laju Kl Singapura Najib Razak Dakwa Malaysia Kena Bayar Pampasan Rm310 Juta

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 309 hits
671 total views 650 views today Perdana Menteri Malaysia menerusi satu kenyataan bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memaklumkan projek kereta api berkelajuan tinggi KL Singapura dibatalkan serta merta selepas gagal mencapai k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash