Resepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh Ayam Kari Roti Jala Dan Sayur Kangkumg Tumis
hai assalammualaikum
Resepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh, Ayam Kari, Roti Jala, Dan Sayur Kangkung Tumis - Dalam rumah ni, menu paling kerap buat ialah kari dan sambal. Tu pun sebab dua menu ni, laki kita yang suka gila. Kalau keluar tu, bilrasa nak beli lauk, lauk kari mesti ada..huhuhu
Jadi menu berbuka puasa untuk hari ketujuh, nad terfikir buat ayam kari. Bila terfikir kari, elok la buat roti jala sekali kan. Kombinasi yang mantap, roti jala makan dengan kari. Walah
Resepi Menu Berbuka Puasa Ketujuh, Ayam Kari, Roti Jala, Dan Sayur Kangkung Tumis
Kita kalau nak buat menu, biar semua menu tu boleh bergabung semua.. Hahahhaa. Nad memang jarang buat kuih sebab dah masak lauk, tak larat nak buat kuih. Selalu kuih beli je kat bazar. Tapi bila masak kari, tiba ingat roti jala. Makanya kita buat la. Ok dah cukup bebel, jom kita tengok resepinya
Ayam Kari- Ayam- 1 biji bawang besar- 3 ulas bawang putih- Seinci halia- Bunga lawang- Kulit kayu manis- Daun kari- 2 Serbuk Kari Ayam- 1 Serbuk Kari Ikan- Kentang- Tomato- 1 biji cili besar merah- 1 biji cili besar hijau- Santan- Air- 1 sudu garam- 1 sudu gula
Cara membuatnya- Blend kasar bawang merah, bawang putih dan halia
- Tumis bahan yang dah diblend ni bersama dengan bunga lawang dan kulit kayu manis dan daun kari. Tumis sehingga naik. Pergh! Memang harum
- Kemudian bancuh serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan di dalam mangkuk. Memang sedap tau guna dua-dua kari ni sekali. Bancuh dengan air, letak air suku-suku je
- Lepas itu, bancuhan kari masukkan dalam tumisan dan kacau bersama. Masak sampai pecah minyak
- Kemudian, masukkan kentang. Sebab nad masuk awal, kentang ni keras, jadi masak bersama biar cepat lembut
- Kemudian masukkan ayam dan kacau bersama. Letakkan sedikit air dan biarkan
- Bila dah mendidih dan air mulai sedikit, masukkan santan sekotak dan kacau lagi
- Masukkan garam dan gula,kacau dna biarkan sehingga ayam masak
- Bila dah rasa ayam masak, masukkan tomato dan cili besar merah beserta cili besar hijau. Kacau-kacau sekejap, dalam beberap minit dah siap
Roti Jala- 2 cawan tepung- 1 Telur- Setengah santan- 3 sudu minyak masak- Garam- Gula- 1 1/2 cawan air- Pewarna kuning
Cara membuatnya- Blend kesemua bahan sehingga halus dengan menggunakan blender- Masukkan bahan ke dalam bekas acuan nak buat roti jala- Bolehla buat bentuk di kuali non stick. Pusing-pusing acuan- Angkat dan letak dipinggan mulalah gulungkannya jadi roti jala.
Sayur Kangkung Tumis- Kangkung- 1 biji bawang merah- 2 ulas bawang putih- setengah kiub ikan bilis- 1 biji cili merah besar- Garam- Gula
Cara membuatnya- Basuh kangkung dan carik-carik daunnya. Batang kangkung ambil yang lembut sahaja. - Hiris bawang merah, bawang putih, kemudian tumiskan dengan kiub ikan bilis sehingga naik bau- Masukkan sedikit air dan kacau- Masukkan kangkung ke dalam dan kacau- Masukkan cili, garam dan gula kemudian kacau sehingga masak.
Siap sudah.. Boleh berbuka puasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/04/resepi-menu-berbuka-puasa-ketujuh-ayam.html