Sup Sayur Dan Fucuk Dan Bab Ibadah Haji




Alhamdulillah kita bertemu lagi. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di bahagian atas blog saya ni tau. Juga klik follow blog sekali. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 
Sekarang ni musim Haji, saya merasa seolah saya yang hendak pergi mengerjakan Haji kerana saya membuat ulang kaji Rukun, Wajib dan Sunat Haji dan membaca semua berkaitan kerja kerja Haji. Insya Allah semangat saya membara untuk mengerjakan Haji. Semoga saya diberikan rezeki dan kesihatan untuk mengerjakan Haji sekali lagi tahun hadapan. 
Saya banyak berhubung dengan ustaz ustaz dan pengelola program Haji untuk memahami tentang pelbagai selok belok urusan perniagaan mereka. Saya juga kini faham bagaimana pengurusan kerja Haji dan cara pengeluaran visa kepada jemaah Haji. 
Cuma yang rasa tak sedap sedikit bila membaca komen komen netizen berhubung kes jemaah Haji yang pergi ke Mekah menggunakan visa pelancung. Ramai menuduh pihak agen menipu jemaah dsb. Dikatakan ramai jemaah terkandas di Mekah. 
Sedangkan sehingga kini, satu nama agensi yang dikatakan menipu tidak pernah ditulis di mana mana. Ini adalah kerana jemaah faham cara pengurusan Haji yang ditawarkan sebelum pergi. Bukan mereka ditipu. Mungkin ada seorang dua yang walaupun telah dijelaskan tapi tak faham. 
Saya mendengar ceramah seorang Ustaz bahawa mereka yang mengerjakan Haji dengan visa pelancung juga adah sah Hajinya walaupun mereka melanggar peraturan pemerintah. Asal tidak melanggar peraturan Allah, tidak berdosa. 
Mereka masuk ke Saudi juga secara sah dari segi undang undang kerana mereka masuk menggunakan visa yang dikeluarkan oleh kerajaan Saudi, tak kiralah visa pelancung, visa pekerja dsb. Mereka tidak masuk secara haram. Ini yang dijelaskan oleh seorang ustaz yang telah bertahun tahun membawa jemaah mengerjakan Haji. 
Cumanya Saudi mengenakan peraturan mesti menggunakan visa Haji untuk mengerjakan Haji. Untuk tujuan ini, agensi berkenaan telah tahu apa yang perlu mereka lakukan. Mereka berpengalaman dan lama berurusan dengan muasassah di Saudi. 
Pakej yang dibayar oleh jemaah adalah juga termasuk bayaran untuk mendapatkan tasrih Haji yang dikeluarkan sebelum bertolak untuk memulakan kerja Haji iaitu berwukuf di Padang Arafah. Memang banyak visa lebihan yang boleh digunakan untuk muasassah membuat business deal di saat akhir. 
Bagi mereka dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, perkara ini bukan suatu yang baru. Mereka berada di Mekah selama 3-4 bulan sehingga selesai kerja Haji adalah perkara biasa. Saya pernah berhajat untuk melakukan perkara sama selepas bersara. 
Cuma dulu tak ada media social untuk netizen komen dan maki hamun pada travel agent yang dikatakan menipu jemaah yang hendak mengerjakan Haji. OK setakat ini dahulu, semoga dapat memberikan sedikit kefahaman tentang cara alternatif untuk mengerjakan Haji. 

Sekarang Aliya cuti sekolah selama seminggu. Jadi saya menyediakan lauk untuk Aliya makan tengahari. Aliya suka makan ubi kentang. Jadi saya buatlah sup kentang dengan pelbagai sayuran yang boleh dimakan oleh yang lain. 
Alhamdulillah sedap. Jika suka. Boleh juga pecahkan beberapa biji telur ke dalam sup yang sedang mendidih. Jangan dikacau sehingga telur hampir masak. Tapi saya suka clear sup. Jadi saya tak masukkan telur pun untuk sup saya hari ini. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Sup Sayur dan FucukOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 biji ubi kentang2-3 batang fucukSohoonCendawan hitamKim chan 2 bok choiGaramSerbuk perasaCili merah - hirisDaun sup
Bahan tumbuk:4 biji bawang merah4 ulas bawang putih2-3 sudu besar ikan bilis
Cara cara:Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan 1 liter air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan kentang dan fucuk. Masak sehingga mendidih dan kentang masak. 

Masukkan cendawan hitam dan batang bok choi. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Masukkan sohoon, cili merah dan akhir sekali daun bok choi dan sup. Kacau rata dan tutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/06/sup-sayur-dan-fucuk-dan-bab-ibadah-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begini Persiapan Petugas Menjelang Pelaksanaan Puncak Ibadah Haji Yang Tinggal 10 Hari Lagi

Begini Persiapan Petugas Menjelang Pelaksanaan Puncak Ibadah Haji Yang Tinggal 10 Hari Lagi

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 274 hits
Kementerian Agama terus mempersiapkan pelaksanaan puncak ibadah haji di kawasan Arafah Muzdalifah dan Mina Kota Mekkah Arab Saudi
Puncak Haji Masih Lama Jemaah Diminta Kurangi Ibadah Sunnah Di Siang Hari

Puncak Haji Masih Lama Jemaah Diminta Kurangi Ibadah Sunnah Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 258 hits
Ada banyak jalan dalam menjalankan ibadah sunnah seperti membaca Alquran sedekah dan mendoakan saudara agar bisa berhaji
10 Pelajaran Di Balik Ibadah Haji

10 Pelajaran Di Balik Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 252 hits
Apa saja pelajaran pelajaran penting di balik ibadah haji
Tak Hanya Pendamping Jemaah Lansia Ini Cara Cepat Naik Haji Jalur Resmi

Tak Hanya Pendamping Jemaah Lansia Ini Cara Cepat Naik Haji Jalur Resmi

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 147 hits
Pesepak bola Witan Sulaiman bisa berhaji dengan waktu tunggu 5 tahun melalui jalur resmi Kementerian Agama
Begini Skema Pemberangkatan Jemaah Haji Yang Masih Dirawat Di Rumah Sakit Madinah

Begini Skema Pemberangkatan Jemaah Haji Yang Masih Dirawat Di Rumah Sakit Madinah

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 281 hits
Masih ada beberapa jemaah haji yang belum diberangkatkan ke Mekkah karena masih dirawat di rumah sakit Madinah
Haji Tidak Sah Jika Tak Pakai Visa Resmi

Haji Tidak Sah Jika Tak Pakai Visa Resmi

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 177 hits
24 WNI diamankan Kepolisian Arab Saudi usai ketahuan menggunakan visa ziarah
Kt043 Mak Abah Menunaikan Haji Ke 2

Kt043 Mak Abah Menunaikan Haji Ke 2

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 206 hits
KT043 Kapal terbang Tabung Haji batch ke 43 untuk mak abah kali ini Alamdulillah so called rezeki mak abah dapat menunaikan haji bersama Tabung Haji mereka buat kali ke 2 pada tahun ini 2024 Mak abah telah menunaikan haji mereka buat pertam...
Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gali Isi Kunyit

Warisan Leader Wants Macc To Probe Arifin Following New Expos

Legal Letter Warns Malaysiakini Of Contempt Proceedings Over Sabah Article

Siti Kasim History Never Lies Pas Is A Born Hypocrite Non Muslims Will Remain Kafir In Their Eyes

Senarai Nama Panglima Atm

Infaq Kasih X Usim Living Lab Perkasa Program Csr Wtckl