Sunscreen Aloe Vera Spf50 Krim Siang Terbaik Yang Mesra Wuduk Dan Bagus Untuk Elak Kulit Kusam


Sunscreen Aloe Vera SPF50 - Krim Siang Terbaik Yang Mesra Wuduk Dan Bagus Untuk Elak Kulit Kusam


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dulu selalu kawan baik di pejabat tegur, sebab tak pernah nampak saya pakai sebarang krim perlindungan kulit. Beliau membebel jugalah tentang kepentingan menjaga kulit wajah untuk mengelak kemudaratan pada masa hadapan. Antara yang beliau selalu pesan, walaupun malas macam mana pun kita perlu ada sunscreen dalam beg tangan dan pakailah.

Selepas melihat sendiri keadaan kulit, barulah saya tersedar memang saya abaikan kulit saya. Makin bertambah umur makin nampak ketara perbezaan kulit di usia muda dengan umur sekarang.

Antara masalah kulit yang saya hadapi adalah kulit kusam dan berjeragat. Dulu saya tak perasan, tapi bila berada di tempat cahaya terang saya boleh nampak tompokan hitam pada wajah saya sendiri. Tipulah jika saya cakap saya tidak risau. Perempuan mana yang nak nampak tua sebelum waktunya kan?

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan sunscreen secara rutin harian saya. Dan saya telah memilih untuk menggunakan Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature.



Aloe Vera Sunscreen Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Anda rasa saya kulit jenis apa? Kulit saya jenis yang berminyak. Kulit berminyak pada saya sangat mudah membawa masalah kulit lain terutamanya masalah jerawat dan jeragat. Masalah ini memang sangat menghantui saya dan membuatkan saya tidak selesa ketika berhadapan dengan orang sekeliling.

Jadi di sini saya memang syorkan kepada anda yang sedang mencari sunscreen yang sesuai untuk kulit berminyak bolehlah mencuba Aloe Vera Suncreen daripada hansaegee Nature ini.

Selain kulit berminyak, Aloe Vera Sunscreen ini juga sesuai untuk jenis kulit kering. Jadi anda tidak perlu bimbang kerana ia merupakan hybrid sunscreen yang mana dibuat hasil gabungan teknologi terbaik.


Krim Siang Terbaik
Aloe Vera Sunscreen boleh dikatakan sebagai krim siang terbaik. Ia boleh dijadikan asas solekan yang baik kerana ia mampu merawat pori terbuka sekali gus membuatkan ia sunscreen yang bagus untuk diamalkan setiap hari.



Apa yang bagus, Aloe Vera Sunscreen ini adalah sunscreen SPF 50 pa+++ terbaik yang mana baik untuk kulit kita kerana hasil kajian SPF 50 mampu menahan 98 peratus radiasi sinar UVB.

Walaubagaimanapun ini penggunaan sunscreen ini perlu di reapply 2 jam sekali jika berada di luar dan 4 jam sekali jika berada dalam ruangan tertutup. Ini kerana suncreen tidak dapat melindungi kulit kita untuk sepanjang hari.

Kesan Selepas Memakai Sunscreen

Apa yang saya perasan selepas memakai sunscreen ini, kulit menjadi lebih lembut berbanding sebelum ini.



Memakai sunscreen juga membantu warna kulit kita menjadi lebih sekata. Anda tengok sahaja perbezaan tangan saya sebelum dan selepas, kulit sebelumnya nampak lebih kering manakala selepas nampak lebih lembut dan segar.

Yang paling penting tiada tompok putih dan ia blend dengan warna kulit kita.

Selepas memakai sunscreen ini pada muka saya rasa lebih yakin untuk keluar rumah. Bukan apa, biasanya setiap kali memakai apa-apa krim pada muka saya berasa tidak selesa kerana berminyak. Tetapi tidak kali ini kerana ia lebih ringan, lembut, tidak berminyak dan tidak melekit pada kulit. Pendek kata kulit saya rasa segar sepanjang hari walaupun bekerja di luar pejabat.

Waktu Yang Sesuai Untuk Pakai Sunscreen
Kita digalakkan menggunakan sunscreen 15-30 minit sebelum keluar rumah, tidak kiralah waktu itu hujan atau mendung. Waktu panas apatah lagi kan, sangat wajib pakai sunscreen.
Penggunaan ini adalah untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit kita.



Pemakaian awal sunscreen ini adalah untuk memastikan kulit kita telah menyerap kebaikan sunscreen dan bersedia untuk melindungi kulit kita daripada sinar matahari terik. Maklumlah negara kita ini terkenal dengan musim panas dan lembap.

Pengalaman sendiri memang wajiblah pakai sunscreen sebabnya setiap hari memang terdedah pada sinar matahari di luar.


Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air


Saya sebenarnya cerewet dengan krim yang saya pakai. Saya biasanya akan pilih krim yang mudahkan saya untuk saya cuci, kalau nak ambil wuduk pun tidak perlu kerja keras nak cuci muka.

Korang jangan risau, saya katakan sunscreen ini mesra wuduk kerana ia sebati dengan air jadi ia mudah untuk kita basuh atau cuci muka.

Untuk membuktikan ia memudahkan saya mengambil wuduk, anda boleh tengok di bahagian yang saya gosokkan dengan air pada kulit yang memakai sunscreen, ia bertukar menjadi putih susu maksudnya ia mudah sebati dengan air bukan? Maksudnya sunscreen ini tidak kalis air malah mudah bilas.



Kenapa sunscreen ini tidak melekit? Pastinya bahan asas bukan daripada minyak. Anda boleh tengok pada kertas yang saya sapu dengan sunscreen ini, tiada kesan tompokan minyak. Pada yang pernah lihat minyak terkena pada kertas, mesti anda akan faham maksud saya.



Cara Memakai Sunscreen Dengan Betul




Selepas anda amalkan rutin pembersihan wajah dengan pembersih muka, anda boleh terus gunakan sunscreen. Nak pakai Aloe Vera Sunscreen mudah sahaja, calit terus sapu seluruh wajah pun dah siap. Pastikan anda pakai menyeluruh di bahagian yang terdedah kepada sinar matahari.

Penting untuk anda tahu kelebihan memakai sunscreen SPF 50 ini kerana ia tidak menampakkan kulit kita bercapuk, tiada white cast. Sekali gus kulit kita nampak natural dan lebih cantik apabila terkena cahaya matahari.



Kesimpulan
Suka saya simpulkan di sini, walaubagaimana sibuk pun kita tidak kira lelaki atau perempuan perlu ada stok sunscreen dan kalau boleh carilah sunscreen SPF 50. Jadi demi memastikan kesihatan kulit wajah dan mengelakkan kemudaratan pada kulit kita wajib mengurangkan risiko dengan perlindungan. Selain untuk kesihatan kulit wajah, disebabkan penjagaan kulit yang baik ini jika anda perasan selepas cuci pun kulit kita terasa lebih lembut berbanding sebelum ini.



Jadi tak adalah isu kulit nampak kusam selepas kita mencuci muka. Orang perempuan kan tak suka wajah nampak pucat.

Jom cuba Aloe Vera Sunscreen sekarang.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut korang boleh sahaja perkongsian yang Hansaegee Nature sediakan untuk korang di laman-laman perkongsian mereka seperti dibawah :
 
Brand: Hansaegee Nature


Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2023/11/sunscreen-mesra-wuduk-dan-elak-kulit-kusam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebaikan Moisturizer Water Based Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit Terutama Untuk Kulit Berminyak

Kebaikan Moisturizer Water Based Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit Terutama Untuk Kulit Berminyak

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 198 hits
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Produk Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah antara penemuan terkini dalam dunia penjagaan kulit dirumus khas untuk membantu kita mencapai kulit yang sihat cerah dan berseri Hansaegee Nature Aqua...
Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing Sihat Berseri

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing Sihat Berseri

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 273 hits
sebelum ni aku pernah kongsikan dengan korang berkenaan kali ini aku akan buat kesinambungan produk hansaegee iaitu moisturizer untuk kulit kering pelembab muka ni penting tau selain melembabkan muka ia juga penting sebagai lapisan mekap Ke...
Tak Sangka Hasil Sumbangan Kena Rembat Lelaki Ini Bagi Tips Elak Sedekah Kepada Scammer

Tak Sangka Hasil Sumbangan Kena Rembat Lelaki Ini Bagi Tips Elak Sedekah Kepada Scammer

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 256 hits
Tak sangka ada pertubuhan NGO yang rembat sehingga 90 hasil sumbangan orang ramai lantas masuk dalam poket sendiri Nak lihat sejauhmana sesebuah NGO itu jujur dengan keluar masuk wang dalam akaunnya lihat pada laporan audit Ada atau tidak M...
Elak Makanan Tinggi Gula Jajan Pakar Otak Kongsi Elak Tip Anak Tantrum

Elak Makanan Tinggi Gula Jajan Pakar Otak Kongsi Elak Tip Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 257 hits
Menangis kerana mahukan sesuatu sampai berguling di lantai Itu perkara biasa bila mana melihat anak yang tantrum Ada juga anak yang menangis tanpa henti hanya kerana permintaannya tidak dipenuhi oleh mak ayah Ada sebabnya mengapa anak mahu ...
Cara Elak Terlupa Anak Dalam Kereta

Cara Elak Terlupa Anak Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 378 hits
Hari ini kita dikhabarkan dengan satu berita sedih pemergian seorang bayi kerana tidak sengaja ditinggalkan di dalam kereta yang diparkir untuk masa yang lama Kes seperti ini kerap berlaku dan boleh berlaku kepada sesiapa termasuk diri kita...
Mot Guna Pakai Sistem Pengurusan Antirasuah Elak Salah Guna Kuasa

Mot Guna Pakai Sistem Pengurusan Antirasuah Elak Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 165 hits
Kementerian Pengangkutan Malaysia guna pakai sistem Pengurusan Antirasuah selepas berjaya melepasi Audit Pensijilan MS ISO 37001 2016 dari pihak NIOSH Certification Sdn Bhd Menterinya Anthony Loke berkata pensijilan itu dijangka akan diber
Scaling Gigi Penting Elak Karang Gigi Makin Tebal

Scaling Gigi Penting Elak Karang Gigi Makin Tebal

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 224 hits
Scaling gigi sepatutnya menjadi rutin yang perlu dilakukan oleh setiap orang bagi mengekalkan kesihatan gigi yang baik Namun ramai orang tidak ingin berjumpa doktor gigi dan mempunyai mindset cukup hanya sekadar berus gigi setiap hari Artik...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah