Sunnah Gantung Rotan Di Rumah
Sunnah Gantung Rotan Di Rumah! | Selepas usia Faiqah setahun enam bulan, suami mula beli rotan...
Rotan memang tergantung di rumah... Sedari kecil pun.. Kat umah memang bapa aku ada dua tiga bilah rotan kecil... Rotan bukanlah hukuman tapi itulah cara didikan yang Islam ajar...
Menggantung rotan di rumah adalah sunnah... Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Ibnu Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda,
“Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah”
[Silsilah Shahihah no 1446]
Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah kerana itu bermanfaat untuk mendidik mereka”
[Silsilah Shahihah no 1447]
Imam Al Munawi Rahimahullah dalam Faidhul Qadir Syarh Jami Shaghir mengatakan, “Menggantungkan cambuk tersebut berfungsi agar para penghuni tidak berani melakukan hal-hal yang terlarang dalam agama kerana khawatir mendapatkan hukuman dengan rotan”.
Sumber:google images
Rotan untuk mendidik bukan mendera
Imam Ibnul Anbari Rahimahullah pula mengatakan, “Maksud pokok dari menggantungkan rotan di rumah bukanlah untuk dipukulkan kerana Nabi tidak memerintahkan untuk melakukan hal tersebut kepada siapapun. Namun maksud Nabi s.aw janganlah anda, para suami, berlepas tangan untuk mendidik anak-anak”
Imam Al Munawi Rahimahullah juga mengatakan, “Maksud hadith, keberadaan rotan itu akan mendorong anak-anak untuk bersikap sopan dan berakhlak dengan akhlak mulia dan pekerti yang utama, hal yang banyak jiwa bersabar untuk menanggung kesulitan agar boleh memilikinya adalah di dalamnya terdapat kemuliaan dan suatu yang membanggakan”
Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang.
Rotan jika anak tak solatDaripada segi merotan anak, dalil dalam sebuah hadis Nabi SAW: Ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).
Ibnu Qudamah berpendapat hukum sebatan terhadap kanak-kanak merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih kanak-kanak melakukan sesuatu kewajipan seperti solat. Para juri bersepakat yang kanak-kanak boleh dikenakan sebatan yang ringan untuk tujuan pendidikan dan wajib bagi bapa atau datuk melaksanakannya. Hanya kanak-kanak yang berusia lebih 10 tahun boleh dikenakan hukuman sebatan ringan
Namun, terdapat hadis yang menunjukan bahawa Nabi SAW tidak suka kepada orang yang menghukum kanak-kanak secara fizikal
Dalam sebuah hadis Abu Masâud mengatakan: Aku telah memukul seorang hamba kanak-kanak lelaki dengan rotan dan aku mendengar suatu suara di belakangku. Ketahuilah wahai Abu Masâud. Tetapi aku tidak tahu bahawa suara itu bernada kemarahan. Ketika suara itu menghampiri, dia adalah Rasulullah. Maka, baginda pun bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud. Aku pun menjatuhkan rotan daripada tanganku dan Rasulullah bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud, bahawa Allah telah menetapkan ke atas kamu tanggungjawab berhadap hamba lelaki ini. Maka, aku berkata, Aku tidak akan memukul hamba lagi selepas itu selamanya. (Sahih Muslim)
Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka
Rotan untuk membentuk akhlak dan adab
Al-Manawi, ketika membincangkan maksud hadis ini berkata: Rotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang kebanyakan jiwa yang keras menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya.
Pandangan al-Manawi ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik, tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang, terutamanya kanak-kanak. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain
Sumber: Sini dan Sini
Jadi, rotan ialah salah satu cara mendidik anak... Memukul yg dibolehkan menurut Islam ialah dari pusat ke bawah... Dilarang memukul badan dan kepala apatah lagi muka...
Para suami digalakkan menyediakan satu rotan sebagai mendidik isteri dan anak-anak... Tetapi merotan bukanlah penyelesaian utama sebaliknya penyelesaian terakhir setelah nasihat dan amaran diberi...
Biarlah dia takut dengan rotan... Biar orang rasa macam kita kejam mendidik anak, asalkan suatu hari dia akan tahu kenapa kita buat begitu... Marah dan tegurlah kerana salah..kerana itulah tanda sayang...
Nota:
Teringat kecik2 dulu kena rotan dengan mak... Kena rotan juga dengan cikgu... Kerana rotan dan dirotan aku jadi manusia berguna hari ini... Alhamdulillah...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2014/09/sunnah-gantung-rotan-di-rumah.html