Sumbangan Untuk Pal3stin Netizen Kecam Kenyataan Nik Abduh


 

May 17, 2021 Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menerima kritikan setelah mencadangkan kalangan yang menderma kepada tabung Palestin untuk tidak “bertanya hal yang sukar” berkenaan sama ada sumbangan mereka sampai ke pihak yang ditujukan atau tidak.
Dalam hantaran Facebook bertajuk “Derma tak sampai Palestin?“, Nik Abduh berkata perkara paling utama adalah keikhlasan dalam memberi sumbangan.
“Apabila wang anda berpindah daripada tangan anda ke tabung Palestin, Allah menerimanya. Pada tahap tahap mana ikhlas dan takwa anda, Allah menerimanya untuk anda sebagai pahala jihad di akhirat nanti.
“Lalu Allah memelihara Palestin dengan keikhlasan anda, bukan dengan wang anda.
“Jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar. Palestin bumi jihad dan perang. Rukunnya, lakukan dan jangan cakap banyak,” katanya.
Pandangan itu dibantah sejumlah pengguna Facebook di ruangan komen.
“Jika yang lafazkan (perkara) ini ialah pihak yang menderma, mungkin boleh diterima. Tetapi jika (daripada) pihak yang melancarkan derma, agak kurang sesuai.
“Nanti ada scammer yang ambil kesempatan gunakan ayat yang sama dan jadi normalisasi (kebiasaan) pula,” kata individu bernama Afyan Mat Rawi.
Penggguna Facebook bernama Syarif Hasbullah pula berkata: “Rakyat Malaysia bersedekah nak dua perkara – manfaat pada diri dan juga manfaat pada rakyat Palestin. Bukan untuk orang yang kutip derma.”
Pengguna bernama Muslim bin Azman pula mempersoalkan sama ada adilkah jika wang sumbangan, terutama jika melibatkan jumlah yang besar, tidak sampai kepada mereka yang memerlukan.
 
Ada juga yang membalasnya secara menyindir, seperti Ibnu Ahmad yang berkata dia juga ingin memulakan tabung dana untuk Palestin.
“Jangan tanya saya salur atau tidak duit itu. Keikhlasan tuan-tuan yang akan membantu kemenangan,” katanya.
Pertempuran terbaru antara pihak Palestin dan Israel tercetus selepas polis Israel melancarkan serangan di kawasan Masjlid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Israel melakukan ratusan serangan udara di Gaza, manakala Hamas dan kumpulan pejuang Palestin yang lain membalas dengan melepaskan roket ke arah Israel.
Setakat ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 139 telah meninggal dunia di Gaza, termasuk 39 kanak-kanak. Israel pula melaporkan 10 kematian.
Dengan perkembangan ini, PAS dengan kerjasama kira-kira 40 NGO melancarkan tabung #Aid4Palestine dengan matlamat meraih RM1 juta untuk Palestin.
Penubuhan tabung dan sekretariat diumumkan oleh presiden PAS yang juga duta khas ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang. Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi – yang juga anak kepada presiden PAS itu – dilantik sebagai pengerusi.
Setiausaha PAS Takiyuddin Hassan juga mengeluarkan arahan agar semua peringkat parti menggerakkan kempen meraih dana yang akan disalurkan ke “Tabung Kemanusiaan PAS Relief” di bawah seliaan parti itu. 












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/sumbangan-untuk-pal3stin-netizen-kecam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warganet Berang Disuruh Nik Abduh Jangan Cakap Banyak Pasal Soal Derma Sampai Ke Palestin Atau Tak

Warganet Berang Disuruh Nik Abduh Jangan Cakap Banyak Pasal Soal Derma Sampai Ke Palestin Atau Tak

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 374 hits
Nora MahparTangkap layar catatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz di Facebook yang menyuruh penderma supaya jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar PETALING JAYA Kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad A...
Staf Google Amp Apple Gesa Majikan Keluar Kenyataan Kecam Penindasan Terhadap Palestin

Staf Google Amp Apple Gesa Majikan Keluar Kenyataan Kecam Penindasan Terhadap Palestin

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 250 hits
Umum mengetahui hari ini bermulanya gencatan senjata di antara rejim Zionis dan Palestin selepas hampir 11 hari pertempuran ganas Masyarakat dunia meraikan pengumuman gencatan tersebut dan menyifatkan ia satu kemenangan buat warga Palestin ...
Saya Tak Dera Paksa Anak Hisap Vape Cuma Bergurau Suami Tampil Mohon Maaf Minta Netizen Berhenti Kecam Isterinya

Saya Tak Dera Paksa Anak Hisap Vape Cuma Bergurau Suami Tampil Mohon Maaf Minta Netizen Berhenti Kecam Isterinya

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 412 hits
Saya tak dera paksa anak hisap vape cuma bergurau Suami tampil mohon maaf minta netizen berhenti kecam isterinyaSusulan viral video kanak kanak disuap dengan vape oleh ibunya bapa kepada kanak kanak berkenaan Syamin Aizat tampil memohon maa...
Menyanggah Nik Abduh Sebab Itu Jangan Kita Beri Derma Melalui Tin Milo

Menyanggah Nik Abduh Sebab Itu Jangan Kita Beri Derma Melalui Tin Milo

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 394 hits
Ahli Parlimen Bachok Nik Abdul Nik Abdul Aziz meminta orang ramai yang menderma kepada Tabung Palestin agar jangan memikirkan sama ada derma yang mereka beri itu sampai atau sebaliknya Katanya jangan sibuk bertanyakan soalan yang sukar kera...
Bagus Hadi Kau Pecahbelahkan Pas Dengan Kenyataan Bodo Kau Rakyat Kecam Sana Sini

Bagus Hadi Kau Pecahbelahkan Pas Dengan Kenyataan Bodo Kau Rakyat Kecam Sana Sini

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 451 hits
Mohd Mukhlis Terbaik la Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ingat kalau jadi duta timur tengah yang makan gaji buta kena berhenti rupanya kakitangan kerajaan pula yang di suruh berhenti Tapi kalau tuan guru berhenti siapa nak bawa pel...
Tak Payah Kecam Kayangan Je Orang Biasa Pun Rentas Negeri Michael Ang

Tak Payah Kecam Kayangan Je Orang Biasa Pun Rentas Negeri Michael Ang

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 269 hits
Kebelakangan ini sering timbul isu golongan artis dan kayangan melanggar peraturan standard operasi seakan tidak serik Pada hari raya ini ramai netizen tidak puas hati dan mengecam tindakan mereka kerana didakwa merentas negeri dan beraya s...
Hiburan Buat Video Alasan Rentas Negeri Instafamous Hafiz Mahamad Undang Kecaman Netizen

Hiburan Buat Video Alasan Rentas Negeri Instafamous Hafiz Mahamad Undang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 389 hits
Buat hal lagi personaliti media sosial Hafiz Mahamad kembali mengundang kecaman netizen apabila dia tampil dengan sebuah video baharu yang melibatkan tiga orang barisan petugas hadapan Dalam video tersebut yang tular semalam di media sosial...
Segerakan Sidang Parlimen Bahas Kecam Israel

Segerakan Sidang Parlimen Bahas Kecam Israel

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 355 hits
Malaysia seharusnya membuka Parlimen untuk mengecam kekejaman negara haram Israel ke atas penduduk Palestin sejak beberapa minggu lalu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir berkata usul itu penting sebagai lambang penentangan be...
Hiburan Terlalu Menghayati Adegan Panas Ariel Noah Dan Bcl Undang Kritikan Netizen

Hiburan Terlalu Menghayati Adegan Panas Ariel Noah Dan Bcl Undang Kritikan Netizen

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 387 hits
Penyanyi popular Indonesia Ariel Noah khabarnya telah muncul dengan lagu baharu berjudul Mencari Cinta yang turut menampilkan Bunga Citra Lestari sebagai gandingan duetnya dalam lagu tersebut Namun begitu muncul pula kata kata kurang enak d...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang