Menyanggah Nik Abduh Sebab Itu Jangan Kita Beri Derma Melalui Tin Milo


 
Ahli Parlimen Bachok, Nik Abdul Nik Abdul Aziz meminta orang ramai yang menderma kepada Tabung Palestin agar jangan memikirkan sama ada derma yang mereka beri itu sampai atau sebaliknya.
Katanya, jangan sibuk bertanyakan soalan yang sukar kerana sebaik saja wang berpindah tangan, pahala jihad di akhirat sudah pun diperolehi.
“Jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar.
“Palestin ini bumi jihad dan perang, rukunnya lakukan saja dan jangan cakap banyak,” ujar beliau dalam catatan di laman sosialnya.


Walaupun apa yang diperkatakan oleh Nik Abduh itu mungkin mudah diterima dan dianggap benar oleh sesetengah orang, tetapi saya secara umum menyanggah hujah AJK Pas Pusat tersebut.


Memang menderma dan bersedekah merupakan perkara baik dan dikira jihad dalam konteks Palestin khususnya, tetapi Tuhan juga memberi kita otak untuk berfikir dan menggunakan akal dalam memberi derma agar matlamat baik kita tidak diambil kesempatan oleh orang lain.
Dalam dunia ini ada manusia baik ada manusia jahat, ada manusia jujur dan ada manusia yang memangnya kerjanya suka mengambil kesempatan.
Sebab itu, dalam memberi derma untuk Palestin ini, memberinya kepada badan yang bertauliah adalah logik akal yang paling asas harus diambil oleh setiap orang.
Jangan sesekali kita memberi derma kepada NGO yang entah apa-apa yang tidak pernah didengar namanya sebelum ini, atas nama parti atau melalui individu-individu yang kini mula berkeliaran dengan tin milo atau kotak di depan bank, pasar malam atau tempat-tempat tumpuan ramai yang lain.
Memberi derma kepada badan atau pihak tidak bertauliah itu lebih memungkinkan ia tidak sampai ke Palestin seperti niat kita mendermanya.
Lagi pun, kalau kita rajin berfikir sejenak, bagaimanakah mereka itu menghantar sumbangan yang dikutip ke Palestin?
Lebih daripada itu, ia juga seperti memberi ruang kita diperbodohkan oleh pihak yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan pihak lain serta menggalakkan lagi mereka itu melakukannya di waktu-waktu lain.
Bukan tidak biasa, malah sudah kerap kita didedahkan dengan berita mereka yang mengambil kesempatan itu melakukan kerja jahat demi mengaut keuntungan peribadi semata-mata.
Maka, apakah kita mahu niat baik kita diambil kesempatan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu?
Jalan paling selamat ialah mendermanya kepada badan yang bertauliah yang perbelanjaan mereka diaudit setiap tahun, lagi pun nama-nama badan bertauliah itu bersepah-sepah ada di pelbagai jenis media.
Menderma untuk Palestin atau tujuan-tujuan apa saja sama juga seperti kita melakukan aktiviti lain dalam hidup iaitu hendaklah sentiasa menggunakan akal fikiran yang diberi Tuhan.
Kalau ada orang yang berniat jahat boleh menggunakan akal mereka untuk mengaut keuntungan peribadi dengan mengambil kesempatan atas nama Palestin atau lain-lain tragedi, bukankah kita yang mempunyai niat baik, malah mungkin juga merupakan golongan yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil kesempatan itu, seharusnya menjadi lebih bijak atau memikir ke depan dalam menggunakan otak kita?
Bagaimana dunia ini mahu berubah menjadi lebih jika orang baik yang menderma pun malas menggunakan otak, tetapi orang jahat sentiasa licik berfikir menggunakan otak mereka?


 (ShahbudinHusin 16/05/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/menyanggah-nik-abduh-sebab-itu-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warganet Berang Disuruh Nik Abduh Jangan Cakap Banyak Pasal Soal Derma Sampai Ke Palestin Atau Tak

Warganet Berang Disuruh Nik Abduh Jangan Cakap Banyak Pasal Soal Derma Sampai Ke Palestin Atau Tak

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 395 hits
Nora MahparTangkap layar catatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz di Facebook yang menyuruh penderma supaya jangan sibukkan diri bertanya hal yang sukar PETALING JAYA Kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad A...
Jangan Percaya Pedukang Ni Dia Masih Lagi Nak Kira Kira Orang Dia Itu Ini Tolak Mahathir

Jangan Percaya Pedukang Ni Dia Masih Lagi Nak Kira Kira Orang Dia Itu Ini Tolak Mahathir

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 270 hits
PRU15 Saya tak nak tapi orang saya susah kalau saya kata tak nak tanding kata Dr M May 3 2021 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Pejuang ditubuhkan untuk membaik pulih pentadbiran negara PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 562 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Sumbangan Untuk Pal3stin Netizen Kecam Kenyataan Nik Abduh

Sumbangan Untuk Pal3stin Netizen Kecam Kenyataan Nik Abduh

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 421 hits
May 17 2021 Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menerima kritikan setelah mencadangkan kalangan yang menderma kepada tabung Palestin untuk tidak bertanya hal yang sukar berkenaan sama ada sumbangan mereka sampai ke pihak ya...
Jangan Denial Ambil Tindakan Kata Guan Eng

Jangan Denial Ambil Tindakan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 304 hits
May 8 2021 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Muhyiddin Yassin seperti terasing daripada isu penting PETALING JAYA DAP meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara untuk menangani keme...
Km Penang Jangan Peduli Mb Selut Ni Jangan Juga Bagi Apa Apa Cadangan Dan Jangan Juga Lain Kali Bantu Apa Pun

Km Penang Jangan Peduli Mb Selut Ni Jangan Juga Bagi Apa Apa Cadangan Dan Jangan Juga Lain Kali Bantu Apa Pun

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 345 hits
Panas Sanusi bagi last warning pada Pulau Pinang jangan suka suka campur tangan urusan KedahMay 9 2021 Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran terakhir kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau P...
Jangan Malu Naik Viva

Jangan Malu Naik Viva

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 354 hits
Malulah kalau gaji besar tapi pakai viva sahaja 1 Kereta ni hanya untuk bergerak dari point A ke point B 2 Jangan terapkan dalam minda apabila mula kerja kena beli kereta buatan luar negara 3 Biar naik viva tapi simpanan 6 bulan gaji sudah ...
Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 366 hits
Peningkatan kes Covid 19 di Malaysia baru baru ini telah membuatkan ia dijadikan contoh oleh Kementerian Kesihatan Indonesia untuk mengingatkan rakyatnya agar berwaspada Jurucakap kementerian bagi vaksinasi Covid 19 DR Siti Nadia Tarmizi M ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara