Kecemerlangan Dan Sumbangan Diiktiraf Kerajaan Mengangkat Martabat Wanita Malaysia


 Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) yang ditubuhkan pada 1963 telah melakar banyak kejayaan bermakna dalam mengangkat martabat wanita Malaysia.
 

Seawal 1961 lagi, jawatankuasa penaja yang dibentuk lapan organisasi pengasas berjaya merayakan Hari Wanita yang pertama pada 25 Ogos 1962, satu tarikh yang dipersetujui Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merasakan bahawa negara harus menghargai wanita terlebih dahulu sebelum merayakan kemerdekaan dan mengiktiraf sumbangan besar wanita dalam memperoleh kemerdekaan. Tunkulah juga yang melantik menteri wanita pertama pada 1969.
 

Berpegang kuat kepada nilai perpaduan, keharmonian, keamanan, kesaksamaan dan keadilan, struktur organisasi dan gerak kerja NCWO melambangkan penghormatan yang jitu terhadap kepelbagaian etnik dan kepentingan di kalangan ahli bersekutunya.
 

Kejayaan pertama NCWO adalah mengesyorkan kepada kerajaan untuk menukar status pekerja wanita yang berkahwin daripada berjawatan sementara kepada berjawatan tetap dan berpencen menerusi penguatkuasaan Akta Persaraan (Pindaan) 1968.  
 

Seterusnya dasar gaji sama bagi pekerjaan yang sama nilai dan wanita berkahwin diiktiraf sebagai seorang yang mempunyai hak individu menerusi Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 1975 yang membenarkan penaksiran berasingan untuk mereka.
 

Dalam perhimpunan Hari Wanita pada 1975, Tun Abdul Razak Hussein mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Integrasi Wanita dalam Pembangunan (NACIWID). Majlis ini ditubuhkan oleh Tun Hussein Onn dan menjadi titik tolak kepada pembentukan jentera kerajaan yang dinaik taraf dari sebuah unit ke bahagian, jabatan dan akhirnya kementerian.
 

Pada 2001, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditubuhkan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam tempoh itu juga, Dasar Wanita Kebangsaan digubal dan satu bab mengenai wanita dalam pembangunan diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Keenam. Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menghalang diskriminasi berasaskan gender.
 

Pada 2004, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita memegang jawatan pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam. Pada 2011, Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman yang sama bagi sektor swasta.
 

Tidak dinafikan wanita Malaysia menunjukkan kemajuan mengagumkan dalam hampir semua bidang, terutama pendidikan sejak 50 tahun lalu. Nisbah 60:40 peratus wanita berbanding lelaki di universiti hanyalah satu contoh untuk menggambarkan keadaan tersebut.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2023/01/fgj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Madani Maksud Konsep Pelaksanaan Dalam Kerajaan Perpaduan

Malaysia Madani Maksud Konsep Pelaksanaan Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 314 hits
Malaysia Madani Pada 19 Januari 2023 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati Bertemakan Membangun Malaysia Madani konse...
Sumbangan Tunai Rahmah Str Ganti Bantuan Keluarga Malaysia Bkm

Sumbangan Tunai Rahmah Str Ganti Bantuan Keluarga Malaysia Bkm

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 437 hits
Sumbangan Tunai Rahmah Ganti Bantuan Keluarga Malaysia Assalamualaikum Hi korang Apa khabar Dah dengar mengenai Sumbangan Tunai Rahmah Dah tahu apa itu Sumbangan Tunai Rahmah Kalau belum jom baca sama sama perkongsian Kakya pada kali ini be...
Liar The Series Malaysia

Liar The Series Malaysia

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 160 hits
Drama melayu Astro Original yang menarik akan ditayangkan di Astro Citra pada tahun ini tidak lama lagi Drama yang aku maksudkan adalah Liar The Series yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Tiz Zaqyah Nadiya Nisaa Tony Eusoff dan Nas...
Malaysia Trounced 4 0 By Netherlands In World Cup Hockey Opener

Malaysia Trounced 4 0 By Netherlands In World Cup Hockey Opener

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 99 hits
Malaysia s Speedy Tigers in action against the Netherlands at the Hockey World Cup in India today KUALA LUMPUR Three time champions the Netherlands proved to be a class above as they trounced Malaysia 4 0 in their opening Group C match of t...
No One Will Rush Back To Malaysia Just Because Anwar Is Pm

No One Will Rush Back To Malaysia Just Because Anwar Is Pm

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 185 hits
From Adnan DSometime ago I wrote about why I left Malaysia Now with the new unity government with Anwar Ibrahim at the helm people have asked me for my comments The politics in Malaysia is never ending today the turmoil in Sabah and tomorro...
Malaysia Tewas Kepada Belanda Pada Hoki Piala Dunia

Malaysia Tewas Kepada Belanda Pada Hoki Piala Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 276 hits
SKUAD hoki lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan juara tiga kali Belanda apabila tewas 4 0 pada aksi sulung Kumpulan C kejohanan hoki Piala Dunia di Stadium Birsa Munda Rourkela di India petang ini Belanda pasukan di ranking ketiga d...
Garnier Malaysia Mendidik Lebih 2 000 Pelajar Di Malaysia Menerusi Inisiatif Green Beauty

Garnier Malaysia Mendidik Lebih 2 000 Pelajar Di Malaysia Menerusi Inisiatif Green Beauty

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 189 hits
GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2 000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF GREEN BEAUTY Garnier Malaysia hari ini mengumumkan penutupan program pendidikan sekolah anjurannya dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia Program itu di...
A Malaysian Washout At Malaysia Open

A Malaysian Washout At Malaysia Open

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 182 hits
Ong Yew Sin right and Teo Ee Yi plays a shot against Indonesia s Fajar Alfian and Muhammad Rian Ardianto during their men s doubles quarterfinals match at the Malaysia Open badminton tournament at Bukit Jalil Axiata Arena in Kuala Lumpur AP...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik