Sumbangan Rm100 000 Daripada Rmhc Malaysia Ceriakan 50 Rumah Anak Yatim Seluruh Malaysia




Ada sinar keceriaan yang dapat dirasai oleh anak-anak yatim daripada 50 buah rumah anak yatim seluruh Malaysia apabila menerima sumbangan bernilai RM100,000 daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) pada awal tahun ini. Setelah negara dihujani dengan pelbagai kemelut melanda seperti bencana alam dan pandemik berjangkit, ada sedikit sinar yang dapat mengubat lara di hati apabila RMHC Malaysia secara berterusan menyalurkan bantuan dalam misi menyokong kebajikan kanak-kanak di negara ini sejak 30 tahun yang lalu.


Menurut Presiden RMHC Malaysia iaitu Encik Azmir Jaafar, sumbangan yang disalurkan adalah hasil daripada sumbangan bersama pelanggan yang bermurah hati menyumbang ke dalam kotak duit syiling atau lebih dikenali sebagai "Tabung Merah" RMHC Malaysia dan melalui Kios Pesanan Sendiri (SOK) yang terdapat di lebih daripada 300 buah restoran McDonald's seluruh Malaysia, serta hasil sumbangan dan tajaan daripada rakan niaga, pekerja dan francaisi McDonald's. 


RMHC Malaysia komited untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia atas dasar kepercayaan bahawa kanak-kanak berhak membesar dengan sihat dan kuat serta menikmati zaman tumbesaran mereka dengan gembira. Encik Azmir yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia turut menjelaskan bahawa RMHC Malaysia berhasrat untuk memberi impak positif kepada mereka.
Proses penyampaian cek sumbangan telah dilaksanakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun selaku menteri di kementerian tersebut. Datuk Seri Rina meluahkan perasaan gembiranya apabila melihat ada organisasi seperti RMHC Malaysia yang tampil untuk memberi kembali kepada masyarakat terutamanya pada masa-masa yang sukar kini. Beliau juga amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua rakyat Malaysia yang menggambarkan semangat #kitajagakita.


Sejak ditubuhkan pada Februari 1990, RMHC Malaysia telah memberikan impak positif kepada lebih 80,000 kehidupan kanak-kanak di Malaysia merangkumi bidang kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan dengan pembiayaan melebihi RM30 juta melalui program Ronald McDonald House, Ronald McDonald Sensory Room, Gift of Smile dan program Back-to-School. 


Selaku organisasi bukan untung dengan misi untuk membuat, mencari dan menyokong program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang berkemampuan di Malaysia, RMHC Malaysia memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk terus menyalurkan bantuan dan sumbangannya kepada kanak-kanak kurang berkemampuan. Jadi jangan lupa untuk terus menyokong RMHC Malaysia dengan cara turut sama menyumbang samada dengan membuat belian di Kios Pesanan Sendiri (SOK) atau memasukkan wang ke dalam "Tabung Merah" RMHC Malaysia yang terdapat di setiap kaunter pembayaran McDonald's.


RMHC Malaysia juga memerlukan tenaga sukarelawan untuk membantu mereka dalam misi menyalurkan lebih banyak bantuan dan sumbangan. Jika ada yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menderma, hanya hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-78433388 atau boleh juga layari laman web https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai RMHC Malaysia, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.


Semoga usaha murni daripada RMHC Malaysia ini mendapat sokongan pelbagai pihak dan akan ada lebih banyak badan yang turut sama meyalurkan sumbangan berterusan seperti mana yang telah dilakukan oleh RMHC Malaysia. Usaha kecil dan berterusan pasti akan membuahkan hasil yang setimpal, jadi jangan lupa untuk turut menyumbang walaupun sedikit kerana hasil sumbangan kita itu jugalah yang turut membantu adik-adik kurang berkemampuan untuk menguntumkan senyuman mereka pada hari ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/01/RMHC-sumbang-rm100000--rumah-anak-yatim-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rmhc Malaysia Menyumbang Rm100 000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim

Rmhc Malaysia Menyumbang Rm100 000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 399 hits
hai assalammualaikum RMHC Malaysia Menyumbang RM100 000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Alhamdulillah tahun lepas banyak inisiatif RMHC Malaysia telah dilaksanakan antaranya Program Pek Kembali Ke Sekolah Program Komuniti Program Gift of Smile y...
Rmhc Malaysia Ushers In The New Year With Rm100 000 Donated To 50 Orphanages Across The Nation

Rmhc Malaysia Ushers In The New Year With Rm100 000 Donated To 50 Orphanages Across The Nation

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 463 hits
Encik Mohd Nasri Mohd Nordin General Manager Ronald McDonald House Charities Malaysia handing over the donation amounting to RM100 000 to Datuk Seri Rina Mohd Harun Minister of Women Family and Community Development RMHC Malaysia recently d...
Microsoft Surface Hub 2s 85 Kini Di Malaysia Pada Harga Mencecah Rm100 000

Microsoft Surface Hub 2s 85 Kini Di Malaysia Pada Harga Mencecah Rm100 000

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 280 hits
Selain Microsoft Surface Pro 7 yang mula dijual minggu ini Microsoft Surface Hub 2S 85 juga pula akan dijual di Malaysia bermula 1 Mac hadapan pada harga RM105 959 Papan pintar ini menyasarkan penggunaan di pejabat Ia dilengkapi Skrin 85 IP...
Bila Anak Lelaki Dah Kahwin Paksa Dia Duduk Rumah Sendiri Kahwin Kena Ada Tanggungjawab

Bila Anak Lelaki Dah Kahwin Paksa Dia Duduk Rumah Sendiri Kahwin Kena Ada Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 333 hits
Menyediakan tempat tinggal yang selesa adalah tanggungjawab suami Jika anak anda menyatakan hasrat untuk mendirikan rumahtangga pastikan dia mampu untuk memberikan nafkah buat isteri dan anak anak Jika tidak mampu untuk membeli rumah sekura...
B4u Global Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Di Malaysia Beroperasi Seluruh Dunia

B4u Global Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Di Malaysia Beroperasi Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 432 hits
B4U Global Investment Merupakan Syarikat Pelaburan Di Malaysia Beroperasi Seluruh DuniaB4U Global adalah syarikat investment atau syarikat pelaburan di Malaysia yang beroperasi di lebih 25 negara giat menjalankan pelbagai perniagaan fizikal...
7 Aktiviti Menarik Di Rumah Bersama Anak Anak Sepanjang Musim Pkp

7 Aktiviti Menarik Di Rumah Bersama Anak Anak Sepanjang Musim Pkp

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 314 hits
7 Aktiviti menarik di rumah bersama anak anak sepanjang musim PKP Assalamualaikum dan salam sejahtera Kita baru sahaja memasuki perintah kawalan pergerakan 2 0 hari ini Berbeza dengan PKP yang pertama dahulu kali ini terdapat beberapa kelon...
Penapis Air Mineral Cuckoo Terbaik Bagi Setiap Rumah Rakyat Malaysia

Penapis Air Mineral Cuckoo Terbaik Bagi Setiap Rumah Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 281 hits
Penapis Air Mineral Cuckoo Terbaik Bagi Setiap Rumah Rakyat Malaysia Setiap penapis air mempunyai kelebihan dan kelemahan yang masing masing tetapi bagi AM penapis air Cuckoo adalah yang terbaik daripada semua penapis air yang ada Kenapa AM...
3 000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin Covid 19 Di Malaysia

3 000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 262 hits
Bagi menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID 19 Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan 3 000 sukarelawan yang berusia sekurang kurangnya 18 tahun untuk menawarkan diri bagi ujian klinikal berkenaan Dalam satu hebahan media yang...
Pemkab Bogor Targetkan Rehab 4 000 Rumah Tidak Layak Huni

Pemkab Bogor Targetkan Rehab 4 000 Rumah Tidak Layak Huni

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 215 hits
Pemkab Bogor menyediakan Rp15 miliar dengan masing masing rutilahu mendapatkan Rp15 juta untuk rehabilitasi
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan