Agensi Kerajaan Dan Glc Mesti Diterajui Orang Parti Anwar Harus Bertegas Kali Ini


 
Susulan beberapa lantikan politik oleh kerajaan kebelakangan ini, khususnya selepas Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA, riuh rendah sekali lagi segelintir pihak dalam kumpulan masyarakat sivil menyanggah perkara itu.
Sebelum ini mereka kerapkali bersuara mengenai bantahan itu.
Mereka seterusnya melahirkan kekesalan kerana Anwar Ibrahim masih membenarkannya berlaku dalam kerajaan perpaduan ini.
Sehubungan itu, mereka menggesa Perdana Menteri agar segera menghentikan amalan tersebut, sambil menuntut sepatutnya golongan profesional yang dilantik, bukan orang politik.
Siapa sepatutnya menerajui GLC dan agensi kerajaan – orang politik atau golongan profesional?
Apa yang semua orang perlu faham dan sedar, termasuk kumpulan masyarakat sivil yang membantah itu, yang menang pilihan raya dan menerajui kerajaan adalah parti politik.
Parti politik yang bertanding dalam pilihan raya dan disebabkan itulah sebahagian besar menteri, kalau pun tidak semuanya, ialah orang politik belaka.
Parti yang akan membentangkan manifesto serta dasar demi kebaikan rakyat, maka hanya mereka yang faham perjuangan parti saja yang ada iltizam untuk melaksanakannya setelah berjaya menjadi kerajaan.
Dengan demikian, parti politik dan orang politik tidak boleh dipisahkan daripada berada dalam kerajaan, bukan saja sebagai menteri dan anggota pentadbiran, malah yang lain-lain yang bersesuaian.
Dalam konteks agensi kerajaan dan GLC atau syarikat berkaitan kerajaan, ia secara mudah difahami adalah di bawah penguasaan parti yang membentuk dan menguasai kerajaan.
Namanya pun agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, maka sepatutnya tentulah orang politik yang sealiran dengan kerajaan yang harus menerajuinya.
Golongan profesional boleh berada dalam agensi kerajaan atau GLC sebagai Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, CEO, pengurusan dan seterusnya.
Ia sama seperti dalam kementerian, sementara menteri adalah orang parti, tetapi KSN, KSU, ketua-ketua jabatan dan seterusnya adalah kakitangan awam.
Pengerusi atau peneraju agensi kerajaan atau GLC itu kena diberikan kepada orang politik agar perjalanan serta hala tujunya selari dengan aspirasi kerajaan yang dipimpin oleh parti yang berkuasa itu.
Dalam hal ini, meskipun dilantik daripada orang politik, lantikan peneraju itu bukanlah bermakna boleh dibuat secara semberono, sebaliknya wajib berdasarkan kelulusan, kemampuan, kebolehan, kewibawan dan latar belakang seseorang itu yang bersesuaian dengan jawatan tersebut.
Jangan ingat dalam parti politik tiada orang profesional dan hanya orang profesional yang tidak berparti atau tidak memegang jawatan dalam parti saja yang layak menerajui atau menjadi pengerusi agensi kerajaan dan GLC.
Kalau kita boleh menerima menteri dan anggota pentadbiran kerajaan daripada kalangan orang politik yang memenangi pilihan raya, tiada sebab kita tidak boleh menerima apabila agensi kerajaan dan GLC turut sama diterajui oleh orang politik daripada parti yang sama.
Lagi pun, setiap lima tahun, parti perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan dan undi melalui pilihan raya.
Dengan lebih ramai orang politik yang berkebolehan menerajui agensi kerajaan dan GLC, ia secara tidak lamgsung akan menyebabkan parti lebih diyakini, dihormati dan dilihat benar-benar berfungsi kepada rakyat.
Bolehkah parti lebih dihormati dan menang lagi dalam pilihan raya jika selepas menjadi kerajaan, yang dapat banyak jawatan adalah kalangan profesional yang entah daripada mana-mana asul usul serta hala tuju jiwa politiknya?
Malah, dengan orang politik dan mereka yang berjawatan dalam parti menerajui agensi kerajaan dan GLC, mereka terbabit juga akan turun sama berkempen atau memainkan peranan setiap kali PRU diadakan.
Sebaliknya, jika orang profesional yang tidak berparti mengetuai agensi kerajaan atau GLC, mereka bukan saja tidak masuk campur ketika kempen PRU diadakan, malah mungkin membawa diri bercuti ke London, Paris, Milan dan sebagainya bersama keluarga masing-masing.
Akhirnya, siapa yang rugi?
Untuk menutup isu ini daripada terus diperdebatkan, Anwar tiada pilihan melainkan harus segera mengisi semua kekosongan dalam agensi kerajaan dan GLC dalam kadar yang segera dengan tidak ragu-ragu menempatkan pemimpin politik yang bersesuaian dan berkebolehan di jawatan-jawatan berkenaan.
Lagi lambat lantikan dilakukan, lagi macam-macam hal jadi cecehan.
Titik, noktah, fullstop. – ShahbudinHusin 14/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/agensi-kerajaan-dan-glc-mesti-diterajui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

Agensi Kerajaan Harus Kerjasama Kawal Drama Filem Persenda Islam Kata Penceramah Bebas

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 122 hits
Penceramah bebas Asma Harun memuji tindakan pantas Jakim yang mengesahkan filem Mentega Terbang bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di negara ini PETALING JAYA Agensi agensi kerajaan harus bekerjasama dalam mengawal dra...
Hadi Mesti Berani Seperti Anwar Jika Benar Mahu Tumbangkan Kerajaan

Hadi Mesti Berani Seperti Anwar Jika Benar Mahu Tumbangkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 195 hits
Presiden Pas Hadi Awang adalah satu satunya pemimpin blok pembangkang PN yang paling gemar dan sentiasa ghairah bercakap mengenai usaha menebuk atap bagi menumbangkan kerajaan Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin dan Ketua Pembangkang Hamzah Zai...
Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

Glc Dan Agensi Kerajaan Siapa Patut Terajui Orang Politik Atau Golongan Profesional

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 364 hits
Shahbudin HusinSusulan beberapa lantikan politik oleh kerajaan kebelakangan ini khususnya selepas Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi MARA riuh rendah sekali lagi segelintir pihak dalam kumpulan masyarakat sivil menyanggah per...
Patut Tanya Lah Mana Parti Bersatu Dapat Duit Bukan Mana Anwar Dapat Duit Nak Menjaga Negara Kan Kamu Dulu Yang Mulakan

Patut Tanya Lah Mana Parti Bersatu Dapat Duit Bukan Mana Anwar Dapat Duit Nak Menjaga Negara Kan Kamu Dulu Yang Mulakan

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 277 hits
Follow Ecceh Che Det Dia tanya pulak mana datang duit untuk belanjawan tu Tak payah risau la Tahulah DS Anwar uruskan Dari mana pun datangnya apa yang penting duit tu nanti dibelanjakan untuk rakyat Yang patut ditanyakan mana datang duit ma...
Nasib Ekonomi Melayu Era Kerajaan Anwar Zahid

Nasib Ekonomi Melayu Era Kerajaan Anwar Zahid

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 208 hits
harakahdaily netMarch 3 2023KETIKA era PERIKATAN NASIONAL pada 2022 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM77 3 bilion subsidi untuk rakyat kembali hidup selepas era pandemik dan kesan ekonomi global Namun Kerajaan Anwar Zahid hanya memper...
Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 172 hits
Hah parti islam isshhh dak kot perangai macam gini dulu kecik kecik lupa kot susah Ajarlah anak anak kita supaya hargailah makanan orang susah hargai walau makanan itu tak sedap macam kayangan makan tapi hargailah walau pun tak sesedap mak ...
Baru 4 Bulan Kerajaan Anwar Dilihat Sudah Pincang Dan Lemah

Baru 4 Bulan Kerajaan Anwar Dilihat Sudah Pincang Dan Lemah

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 419 hits
Desas desus peralihan kerajaan timbul sudah tentu kerana kelemahan kerajaan itu sendiri Ketika Anwar berikrar memerangi rasuah pembangkang juga melihat kepimpinan anwar juga berhadapan dengan korup moral seperti perlantikan kroni perlantika...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord