Kpm Arah Siasatan Kes Murid Gantung Diri Akibat Tekanan Oleh Guru Di Sekolah


BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) menjalankan siasatan dalaman, berhubung dakwaan seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, membunuh diri kerana tekanan di sekolah.

Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata pihaknya maklum dengan kes itu dan kini dalam proses mengumpul maklumat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Katanya, siasatan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Kita sedang kumpul maklumat untuk mengetahui punca sebenar kejadian bagi tujuan siasatan dalaman,” katany di sini, hari ini.

Selasa lalu, pelajar berkenaan, S Logamitraa,16, ditemui tergantung di kipas siling dalam bilik dengan kain selimut terikat pada lehernya oleh ibu mangsa, kira-kira jam 6.15 petang.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia, tiga jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian berkata, temubual bersama ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya itu tidak menunjukkan sikap pelik sebelum kejadian.

“Mangsa adalah anak sulung daripada dua beradik. Ibunya berniaga pakaian secara dalam talian manakala bapanya baru berhenti kerja.

“Sebelum kejadian, wanita itu memberitahu ada mengetuk pintu bilik mangsa berulang kali tetapi tiada respon.

“Dia kemudian membuka pintu bilik itu menggunakan kunci pendua dan menemui anaknya dalam keadaan tergantung di kipas siling dengan lehernya diikat kain selimut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui unsur jenayah dan bedah siasat mengesahkan, mangsa meninggal dunia kerana menggantung diri berikutan terdapat lebam pada lehernya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada keluarganya bagi tujuan pengebumian.

Sementara itu, Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel yang mewakili keluarga mangsa, mendakwa pelajar terbabit bertindak demikian kerana tertekan dengan pihak sekolah yang tidak membenarkannya permintaannya untuk menukar kelas.

Selain itu, beliau mendakwa mangsa merasakan dirinya dimalukan apabila didenda memakai seluar pendek selepas dia ditahan oleh seorang guru kerana memakai seluar panjang ketat ke sekolah.

Malah, dakwanya lagi guru berkenaan juga dikatakan pernah merampas rantai kunci milik mangsa kerana ia tajam dan mendatangkan bahaya.

“Mangsa pernah menyuarakan hasrat bertukar kelas kepada ibu bapanya dan perbincangan juga pernah dibuat bersama pihak sekolah namun, diberitahu perlu buat permohonan terlebih dahulu selain melihat kepada prestasi dalam peperiksaan.

“Ibu bapanya juga ada memujuknya untuk tingkatkan pembelajaran sebelum dapat berpindah kelas,” katanya.

Difahamkan mangsa ditempatkan di dua kelas terakhir dan meminta untuk dipindahkan ke kelas yang lebih baik.

David berkata, pihaknya dan keluarga remaja itu kesal dengan kejadian terbabit dan berharap, tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membela nasib mangsa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2020/02/kpm-arah-siasatan-kes-murid-gantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Pendidikan Negeri Pualu Pinang Siasat Dakwaan Pelajar Bunuh Diri Akibat Tekanan Di Sekolah

Jabatan Pendidikan Negeri Pualu Pinang Siasat Dakwaan Pelajar Bunuh Diri Akibat Tekanan Di Sekolah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 640 hits
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki 16 tahun di Bukit Mertajam bunuh diri akibat tekanan di sekolah Pengarahnya Abdul Rashid Abdul Samad berkata pihaknya sedang...
Jpn Pulau Pinang Siasat Dakwaan Murid Bunuh Diri Dibuli Guru

Jpn Pulau Pinang Siasat Dakwaan Murid Bunuh Diri Dibuli Guru

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 657 hits
BUKIT MERTAJAM Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pelajar lelaki 16 tahun di Bukit Mertajam bunuh diri akibat tekanan di sekolah Pengarahnya Abdul Rashid Abdul Samad berkata ...
Guru Dipercayai Alami Tekanan Kerja Belasah Murid

Guru Dipercayai Alami Tekanan Kerja Belasah Murid

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 439 hits
BELASAH PELAJAR Guru Dipercayai Alami Tekanan Kerja Kerajaan Negeri Kedah akan memantau kes membabitkan seorang guru yang membelasah muridnya di sebuah sekolah di negeri itu EXCO Pendidikannya Dr Salmee Said berkata pihaknya sedang mendapat...
Semakan Guru Yang Terlalu Tegas Dalam Buku Kerja Sekolah Anak Murid Ini Jadi Punca Perdebatan Pendapat Orang Ramai

Semakan Guru Yang Terlalu Tegas Dalam Buku Kerja Sekolah Anak Murid Ini Jadi Punca Perdebatan Pendapat Orang Ramai

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 494 hits
Tidak dapat dinafikan proses pembelajaran kanak kanak pada masa ini semakin laju berbanding proses yang dilalui pada suatu ketika dahulu Bagi kanak kanak bersekolah rendah kini kebanyakan daripada mereka sudah mengenal huruf dan lebih mudah...
10 Kalimat Legendaris Yang Sering Diucapkan Oleh Guru Zaman Dulu Bikin Murid Auto Nurut

10 Kalimat Legendaris Yang Sering Diucapkan Oleh Guru Zaman Dulu Bikin Murid Auto Nurut

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 620 hits
Kalau kamu termasuk murid bandel saat SD pasti nggak asing lagi nih dengan kata kata ini D
Sekolah Dasar Di Berau Terbakar Akibat Siswa Bakar Rak Telur

Sekolah Dasar Di Berau Terbakar Akibat Siswa Bakar Rak Telur

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 252 hits
Kejadian bermula saat para siswa membakar rak telur dan rumput di pagi hari
Dana Bos Kini Ditransfer Ke Sekolah Dan 50 Persen Bisa Untuk Gaji Guru Honorer

Dana Bos Kini Ditransfer Ke Sekolah Dan 50 Persen Bisa Untuk Gaji Guru Honorer

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 480 hits
Pemerintah mengubah Penyaluran Dana BOS mulai 2020 dari Rekening Kas Umum Negara langsung ke Rekening Sekolah Hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk memangkas birokrasi sehingga sekolah dapat lebih cepat menerima dan menggunakan Dana BO...
Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak

Betul Ker Guru Hebat Kena Ajar Kat Sekolah Hebat Jugak

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 578 hits
Semalam selesai Karnival Kesihatan dengan murid ada guru berbual dengan saya Kata beliau Patutnya cikgu macam Cikgu Hailmi kena dok sekolah hebat hebat ada murid bagus bagus Baru lah buat program camnih dapat hasil pon meletop nanti Saya di...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju