Sultanah Nur Zahirah Mohon Kes Saman Ditentukan Melalui Penghakiman Terus



(Bernama) – Peguam yang mewakili Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memohon supaya Mahkamah Tinggi memutuskan kes saman fitnah yang dikemukakan pihaknya terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain ditentukan melalui penghakiman terus (summary judgment) iaitu tanpa perbicaraan.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Haziq Pillay Abdullah yang mewakili Sultanah Nur Zahirah kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di kamar Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.
“Pada 13 Mei, kita telah memfailkan Perintah 14A (penghakiman terus). Mahkamah akan membuat keputusan sama ada kenyataan yang dibuat oleh pihak defendan adalah fitnah atau tidak. Kami membuat permohonan ini dengan alasan fakta yang sudah dinyatakan dalam afidavit.
“Hakim ada budi bicara untuk menentukan sama ada kenyataan defendan pertama (Rewcastle Brown) yang disiarkan defendan kedua (pencetak Vinlin Sdn Bhd) dan defendan ketiga (penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin) mempunyai unsur fitnah.
“Jika permohonan ini dibenarkan, plaintif (Sultanah Nur Zahirah) tidak perlu memberikan keterangan dalam perbicaraan dan beban pembuktian terletak kepada defendan untuk memberikan pembelaan dan sama ada pembelaan itu dibenarkan atau tidak,” katanya.
Tambah beliau, pihak defendan telah memfailkan jawapan terhadap permohonannya pada 24 Mei dan pihaknya akan membalas pada 12 Jun ini.
“Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun sebagai pengurusan kes, di mana hakim akan memberi arahan untuk kita memfailkan serahan bagi perkara in, Selepas itu akan ada tarikh bagi keputusan,” katanya.
Sultanah Nur Zahirah selaku plaintif memfailkan saman itu pada 21 Nov tahun lepas dengan menamakan Rewcastle Brown atau nama sebenar Clare Louis Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin, serta pencetak Vinlin Press Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam penyataan tuntutan, Sultanah Nur Zahirah mendakwa Rewcastle Brown mengeluarkan kenyataan dalam buku itu sekitar Ogos tahun lepas dan buku berkenaan dicetak oleh Vinlin Press.
Dakwa Sultanah Nur Zahirah, kenyataan fitnah itu membawa maksud bahawa plaintif terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran negeri Terengganu serta menggunakan peranannya untuk mempengaruhi penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) dan menolong Jho Low, atau nama sebenar Low Taek Jho, bagi mendapatkan peranan sebagai penasihat di TIA.
Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan itu adalah fitnah kerana plaintif tidak pernah melibatkan diri dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan penubuhan TIA selain mendakwa kenyataan itu memalukan serta menjatuhkan reputasi plaintif pada pandangan masyarakat.
Sultanah Nur Zahirah bertitah adalah suatu fakta diketahui umum bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini dikenali sebagai TIA.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan dan menuntut defendan kedua menarik balik buku yang mengandungi kenyataan fitnah itu serta memohon defendan ketiga menghentikan pencetakan lanjut salinan buku berkenaan.
Dalam penyataan pembelaan, ketiga-tiga defendan menafikan ada membuat tuduhan bahawa plaintif terbabit dengan amalan rasuah.
Rewcastle Brown juga mendakwa Sarawak Report tidak pernah mencadangkan plaintif terlibat dalam konspirasi membabitkan Jho Low dan tidak mencadangkan plaintif terlibat dalam pentadbiran kerajaan dalam urusan 1MDB.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/05/27/sultanah-nur-zahirah-mohon-kes-saman-ditentukan-melalui-penghakiman-terus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbicaraan Kes Saman Rm100 Juta Keluarga Altantuya Ditangguh Ke 11 Jun

Perbicaraan Kes Saman Rm100 Juta Keluarga Altantuya Ditangguh Ke 11 Jun

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 308 hits
THE MALAYSIAN TIMES SHAH ALAM Perbicaraan kes saman sivil RM100 juta difailkan keluarga model Mongolia yang mati dibunuh pada 2006 Altantuya Shaariibuu ditangguhkan ke 11 Jun ini Penangguhan itu dibuat di dalam kamar Hakim Datuk Vazeer Alam...
Kit Siang Selesai Kes Saman Hanif Omar Luar Makhamah Macam Kes Hadi Clare

Kit Siang Selesai Kes Saman Hanif Omar Luar Makhamah Macam Kes Hadi Clare

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 402 hits
Pihak dalam kes saman fitnah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terhadap bekas ketua polis negara Mohammed Hanif Omar akan berbincang untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah Peguam Rayveni Asogan yang mewakili Lim berkata demikian selepas ...
Gibraltar Bsn Syarikat Insurans Pertama Menggunakan Pembayaran Premium Melalui E Wallet Boost

Gibraltar Bsn Syarikat Insurans Pertama Menggunakan Pembayaran Premium Melalui E Wallet Boost

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 520 hits
Gibraltar BSN Life Berhad dan Boost Malaysia hari ini mengumumkan perkongsian strategik yang akan membolehkan pelanggan membuat bayaran premium insurans dari dalam e wallet Boost mereka dan mendapatkan cashback dalam bentuk Shake Rewards In...
Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa

Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 527 hits
Semakan Arah Kiblat Melalui Kaedah Istiwa Pada tarikh 28 Mei 2019 hari ini pada pukul 5 16 petang akan berlaku peristiwa terbesar buat umat Islam seluruh dunia yang dinamakan sebagai peristiwa Istiwa al A dzam atau dalam bahasa mudah orang ...
Lelaki Ditahan Kerana Hamilkan Adik Kandungnya Sendiri Yang Dikenali Melalui Facebook

Lelaki Ditahan Kerana Hamilkan Adik Kandungnya Sendiri Yang Dikenali Melalui Facebook

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 381 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 21 tahun didakwa merogol gadis bawah umur tanpa mengetahui bahawa mangsa adalah adik kandungnya sendiri yang dikenali melalui Facebook Lelaki terbabit merupakan mahasiswa berasal dari Ciamis Indonesia kini...
Excel Di Iphone Kini Membolehkan Anda Mengimbas Kertas Melalui Kamera Dibawa Masuk Ke Aplikasi

Excel Di Iphone Kini Membolehkan Anda Mengimbas Kertas Melalui Kamera Dibawa Masuk Ke Aplikasi

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 331 hits
Aplikasi Excel dari Microsoft sememangnya tidak asing lagi buat kegunaan kerja kerja pejabat dan dikalangan pelajar Untuk kemaskini terbaru Microsoft telah mendapatkan penyelesaian baru buat pengguna Excel di iPhone Anda kini boleh memasukk...
Harga Barang Ditentukan Pasaran Bukan Kerajaan Kata Exco

Harga Barang Ditentukan Pasaran Bukan Kerajaan Kata Exco

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 312 hits
TAMPIN Kerajaan tidak mengawal harga semua barang di negara ini sebaliknya ia ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran di pasaran kata Exco Kesihatan Alam Sekitar Koperasi dan Kepenggunaan S Veerapan Justeru beliau berkata orang rama...
Kenali Kondisi Kesehatanmu Melalui Kuku Dengan Cara Berikut

Kenali Kondisi Kesehatanmu Melalui Kuku Dengan Cara Berikut

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 174 hits
Selain untuk keindahan kuku ternyata juga bisa digunakan untuk melihat kondisi kesehatan seseorang Pada warna atau bentuk tertentu kuku bisa menunjukkan penyakit apa yang dimiliki oleh seseorang
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia