Sultan Selangor Gantung Gelaran Datuk Seri Najib Rosmah


MALAYSIAKINI

   
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Setiausaha kerajaan Selangor merangkap pendaftar darjah kebesaran Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya dalam satu kenyataan berkata penggantungan gelaran dan penggunaan darjah itu disemak semula setelah kes mereka dimuktamadkan di mahkamah.

“Najib telah dikurniakan keahlian darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kelas kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.

“Beliau telah didakwa di mahkamah di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
“Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS dan DPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah,” katanya.

Najib, 66, sedang dibicarakan berhubung tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Bekas perdana menteri itu juga berdepan dengan 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. Perbicaraan akan bermula pada 19 Ogos.

Rosmah pula didakwa dengan beberapa pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mohd Amin juga mengumumkan baginda turut menggantung darjah kebesaran SPMS kelas pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada Rosmah yang dikurniakan pada tahun 2005.

“Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor ini akan disemak semula setelah kes dimuktamadkan di mahkamah.
“Penggantungan ini selaras dengan kuasa baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Negeri Selangor,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, istana Negeri Sembilan menarik balik dua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas perdana menteri itu dan isterinya.

Ia melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dianugerahkan kepada Najib pada tahun 2005 dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah pada tahun 2006.

Bagaimanapun, pasangan itu masih mempunyai banyak lagi gelaran Datuk Seri dari negeri-negeri lain.

Najib mempunyai sembilan gelaran dari Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak. Rosmah pula mempunyai gelaran dari Pahang, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak, yang membawa gelaran Datuk Seri atau setaraf dengannya.

Dalam kenyataan yang sama, Mohd Amin berkata darjah kebesaran keahlian Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Syarikat NGV Tech, Zulkifli Shariff telah ditarik balik.

“Beliau telah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran DSIS. adalah ditarik balik dan dibatalkan,
memandangkan beliau adalah seorang yang tidak layak dan sesuai memegang darjah kebesaran ini.

“Justeru, beliau dilarang daripada menggunakan darjah kebesaran dan gelaran Dato’, dan begitu juga mana-mana pihak lain jua turut ditegah daripada memanggil beliau dengan menggunakan gelaran berkenaan memandangkan kurniaan tersebut telahpun ditarik balik dan dibatalkan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/sultan-selangor-gantung-gelaran-datuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelaran Darjah Kebesaran Najib Rosmah Digantung Sultan Selangor

Gelaran Darjah Kebesaran Najib Rosmah Digantung Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 246 hits
foto sumber internetSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor Setiausaha kerajaan Selangor...
Kejutan Dari Istana Selangor Buat Najib Dan Rosmah

Kejutan Dari Istana Selangor Buat Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 592 hits
Kejutan Dari Istana Selangor Buat Najib Dan Rosmah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mans...
Datuk Seri In Rela Assault Case Acquitted After Victims Accept Rm2 000 Compound Payment

Datuk Seri In Rela Assault Case Acquitted After Victims Accept Rm2 000 Compound Payment

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR An Ampang magistrate s court here has discharged and acquitted a Datuk Seri accused of assaulting two Rela members in 2017 after he paid a RM2 000 compound to each victim Magistrate Mohamad Firdaus Sadina Ali made the order for...
Lagi Bahaya Pusat Hiburan Di Jalan Klang Lama Datuk Seri Dicari

Lagi Bahaya Pusat Hiburan Di Jalan Klang Lama Datuk Seri Dicari

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 482 hits
KL macam Hong Kong Datuk Seri dicari kerana merusuhKUALA LUMPUR 4 Ramadan 1440H Khamis Empat lelaki termasuk seorang bergelar Datuk Seri dicari bagi membantu siasatan insiden rusuhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini Jumaa...
Terkini Misi Dan Visi Saya Dalam Industri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad

Terkini Misi Dan Visi Saya Dalam Industri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 451 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad bercakap kepada media pada perasmian 1st World Congress on Fall and Postural Stability di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News Portal Follow US Now Or visit www malaysi
Govt Police File Forfeiture Suits Against Najib And Rosmah Over Items Worth Rm711mil

Govt Police File Forfeiture Suits Against Najib And Rosmah Over Items Worth Rm711mil

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 368 hits
Two civil forfeiture suits have been filed by the government and the police against former prime minister Datuk Seri Najib Razak his wife Datin Seri Rosmah Mansor and several others to seize RM711mil worth of items which were allegedly boug...
Tak Keluar Tv Datuk Seri Vida Nafi Jatuh Miskin

Tak Keluar Tv Datuk Seri Vida Nafi Jatuh Miskin

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 369 hits
Selepas kontroversi terpalit sebagai penaja sebuah program rancangan realiti popular sudah hampir setahun jutawan kosmetik Datuk Seri Vida tidak muncul dimana mana program The post appeared first on
Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 549 hits
Kerajaan dan Polis fail saman perlucuthakan atau penyitaan harta bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor berjumlah RM711 juta Foto The Malay Mail Kerajaan dan pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan undang und...
Ini Datuk Seri Pasangan Ditangkap Khalwat Di Pulau Perhentian Semoga Bertaubat

Ini Datuk Seri Pasangan Ditangkap Khalwat Di Pulau Perhentian Semoga Bertaubat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1835 hits
SAYA harap kejadian ini menginsafkan kamu dan menjadikan kamu insan yang lebih baik Insaf dan buat taubat nasuha kata Hakim Syarie Mat Ropi Busu ketika penghakimannya terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan pasangannya Ridu...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Did An Editorial Mistake Become A Crime

Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door

Do People Have To Reach A Certain Age Before They Actually Accuire Wisdom Or Is It Just A Gift By Nature