Gelaran Darjah Kebesaran Najib Rosmah Digantung Sultan Selangor


foto sumber internet
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Setiausaha kerajaan Selangor merangkap pendaftar darjah kebesaran Selangor, Mohd Amin Ahmad Ahya dalam satu kenyataan berkata penggantungan gelaran dan penggunaan darjah itu disemak semula setelah kes mereka dimuktamadkan di mahkamah.

Loading...
“Najib telah dikurniakan keahlian darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kelas kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.

“Beliau telah didakwa di mahkamah di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

“Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS dan DPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah,” katanya.


Najib, 66, sedang dibicarakan berhubung tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Bekas perdana menteri itu juga berdepan dengan 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. Perbicaraan akan bermula pada 19 Ogos.

Rosmah pula didakwa dengan beberapa pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mohd Amin juga mengumumkan baginda turut menggantung darjah kebesaran SPMS kelas pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada Rosmah yang dikurniakan pada tahun 2005.

“Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran SPMS adalah digantung berkuatkuasa 6 Mei lalu sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) yang melibatkan beliau selesai di mahkamah.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor ini akan disemak semula setelah kes dimuktamadkan di mahkamah.

“Penggantungan ini selaras dengan kuasa baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Negeri Selangor,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, istana Negeri Sembilan menarik balik dua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas perdana menteri itu dan isterinya.

Ia melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dianugerahkan kepada Najib pada tahun 2005 dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah pada tahun 2006.

Bagaimanapun, pasangan itu masih mempunyai banyak lagi gelaran Datuk Seri dari negeri-negeri lain.

Najib mempunyai sembilan gelaran dari Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak. Rosmah pula mempunyai gelaran dari Pahang, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak, yang membawa gelaran Datuk Seri atau setaraf dengannya.

Dalam kenyataan yang sama, Mohd Amin berkata darjah kebesaran keahlian Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Syarikat NGV Tech, Zulkifli Shariff telah ditarik balik.

“Beliau telah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran DSIS. adalah ditarik balik dan dibatalkan, memandangkan beliau adalah seorang yang tidak layak dan sesuai memegang darjah kebesaran ini.

“Justeru, beliau dilarang daripada menggunakan darjah kebesaran dan gelaran Dato’, dan begitu juga mana-mana pihak lain jua turut ditegah daripada memanggil beliau dengan menggunakan gelaran berkenaan memandangkan kurniaan tersebut telahpun ditarik balik dan dibatalkan,” katanya.

-Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/gelaran-darjah-kebesaran-najib-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Gantung Gelaran Datuk Seri Najib Rosmah

Sultan Selangor Gantung Gelaran Datuk Seri Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 384 hits
MALAYSIAKINI Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor Setiausaha kerajaan Selangor merang...
Kejutan Dari Istana Selangor Buat Najib Dan Rosmah

Kejutan Dari Istana Selangor Buat Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 538 hits
Kejutan Dari Istana Selangor Buat Najib Dan Rosmah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mans...
Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 486 hits
Kerajaan dan Polis fail saman perlucuthakan atau penyitaan harta bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor berjumlah RM711 juta Foto The Malay Mail Kerajaan dan pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan undang und...
Carpet Seller Deepak Says Cut Ties With Rosmah Najib After Being Financially Destroyed

Carpet Seller Deepak Says Cut Ties With Rosmah Najib After Being Financially Destroyed

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 322 hits
Deepak claimed in the interview that he was forced to use Najib and Rosmah s lawyer and file false defense statements exonerating the couple in the court case Claiming to have been financially destroyed by Malaysia s former power couple Dee...
Agc Fail Usul Saman Pelucutan Hak Ke Atas Najib Rosmah Tiga Anak Mereka

Agc Fail Usul Saman Pelucutan Hak Ke Atas Najib Rosmah Tiga Anak Mereka

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 259 hits
Jabatan Peguam Negara telah menfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama wang tunai pelbagai mata wang asing jam tangan dan 27 buah buah kereta yang dirampas dari bekas perdana menteri Najib Raza...
Ramkarpal Told Parliament That Najib And Rosmah Were Involved In Altantuya S Murder

Ramkarpal Told Parliament That Najib And Rosmah Were Involved In Altantuya S Murder

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 234 hits
As Ramkarpal told Parliament on Monday Deepak had clearly stated that Najib and Rosmah were involved in the murder of Altantuya Lim Kit Siang 31 Oct 2018 When the heinous murder and the mysterious disappearance of Saudi Arabian journalist J...
Govt Police File Forfeiture Suits Against Najib And Rosmah Over Items Worth Rm711mil

Govt Police File Forfeiture Suits Against Najib And Rosmah Over Items Worth Rm711mil

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 283 hits
Two civil forfeiture suits have been filed by the government and the police against former prime minister Datuk Seri Najib Razak his wife Datin Seri Rosmah Mansor and several others to seize RM711mil worth of items which were allegedly boug...
263 Beg Tangan Rosmah Antara Khazanah Yang Akan Najib Rosmah Kehilangan

263 Beg Tangan Rosmah Antara Khazanah Yang Akan Najib Rosmah Kehilangan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 719 hits
SENARAI barangan Najib Razak dan Rosmah Mansor yang akan dilucutkan hak oleh mahkamah
Dari Mana Datang Kekayaan Rosmah Kata Pm Kepada Penyokong Najib

Dari Mana Datang Kekayaan Rosmah Kata Pm Kepada Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 282 hits
Oleh Zurairi ARDiterbitkan pada 09 May 2019Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal penemuan beg mewah barang kemas dan wang tunai berjuta juta ringgit yang didakwanya milik Datin Seri Rosmah Mansor Foto oleh Shafwan ZaidonPUTRAJAYA 9 Mei Penyoko...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara