Sultan Selangor Dukacita Fahaman Liberal Berleluasa


MyMetro
Utama
Ruwaida Md Zain
[email protected]
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Tahun 2018 Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah dan Majlis Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Dewan Jubli Perak Shah Alam, hari ini. FOTO BERNAMA

SULTAN Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap tuntutan golongan liberal, yang turut mendapat sokongan daripada segelintir pemimpin beragama Islam, sedangkan pemikiran liberal ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, baginda amat khuatir jika pemikiran itu tidak dibendung secara serius, ia mungkin akan menjadi satu jalan memudahkan musuh Islam menghancurkan agama Islam di negara ini selain dikhuatiri Allah SWT akan menurunkan malapetaka kepada semua.

“Beta tidak mahu Selangor menjadi pusat penyebaran ideologi dan fahaman-fahaman sesat sebegini.

“Beta mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memantapkan tindakan penguatkuasaan terhadap semua pihak yang didapati cuba menyebarkan sebarang bentuk fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam atau yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng.

“Program kesedaran berkenaan ancaman terhadap akidah umat Islam dan program pengukuhan akidah juga perlu dipertingkatkan bermula dari peringkat sekolah lagi dan juga di masjid dan surau seluruh Selangor,” titah baginda.

Baginda bertitah di Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Tahun 2018, Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah dan Majlis Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor : Fatwa Ajaran Sesat dan Fatwa Syariah dan Sosial di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir mengiringi Baginda, Menteri Besar, Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, fahaman Islam liberal amat berbahaya serta sedang menular dan meresap ke dalam masyarakat Islam di Malaysia ketika ini.

Titah baginda, golongan yang membawa fahaman liberal itu mengajak semua umat Islam mengikut pemikiran mereka yang jauh menyimpang daripada agama Islam dan yang paling membimbangkan ialah ia boleh memesongkan akidah umat Islam itu sendiri.

Baginda bertitah, fahaman liberalisme itu berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam sehingga muncul golongan yang menuntut kesamarataan jantina, perkahwinan sesama jantina, menolak ulama, wanita menjadi imam solat dan wali perkahwinan, menghalalkan perkahwinan orang Islam dengan penganut agama lain serta tuntutan kebebasan beragama dan menukar agama sesuka hati.

“Golongan ini termasuk individu yang mengamalkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender sebagai cara hidup dan tanpa segan silu memaparkan gaya hidup songsang mereka secara terang-terangan dalam media sosial. Ada yang bertindak menukar jantina mereka atas prinsip kebebasan individu.

“Golongan liberalisme ini juga secara terang-terangan melaungkan mengenai hak kebebasan individu, kebebasan mutlak, mencabar undang-undang syariah, selain mempertikaikan peraturan Islam, mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama secara terbuka di media sosial,” titah baginda.

Justeru, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu MAIS dan JAIS memperkasakan silibus penyelidikan di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan MAIS untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak masyarakat Islam berkenaan bahaya dan ancaman fahaman yang sesat dan menyeleweng seumpama ini.

“Beta menyeru semua umat Islam untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai semua ideologi yang bertentangan dengan Islam dan ajaran-ajaran sesat yang telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.

“Beta juga menyeru semua umat Islam supaya membantu JAIS membuat aduan berkaitan sebarang aktiviti penyebaran fahaman-fahaman salah seumpama ini,” titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menzahirkan perasaan dukacita apabila mendapati ada dalam kalangan masyarakat Islam sendiri yang mempertikaikan fatwa yang dikeluar dan diwartakan kerajaan Selangor sedangkan golongan ini bukanlah individu yang mempunyai kepakaran dalam membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan hukum Islam.

"Apa yang turut membimbangkan Beta, pertikaian ini dibuat secara terbuka dan ini boleh menyebabkan umat Islam menjadi keliru, berbalah dan berpecah-belah.

"Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan fatwa Negeri Selangor yang dikeluarkan, ia tidak perlu diperbahaskan secara terbuka sebaliknya terdapat saluran-saluran tertentu bagi menyuarakan pendapat mereka berkaitan sesuatu fatwa yang dipertikaikan itu.

"Beta percaya jika pendekatan ini diambil, perbincangan secara ilmiah akan dapat dilakukan bagi mengatasi sebarang pertikaian dan perbezaan pendapat berkaitan dengan sesuatu fatwa. Apa yang penting ialah umat Islam hendaklah menghormati setiap fatwa yang telah diputuskan oleh pihak yang berkuasa dalam menentukan sesuatu hukum.

"Sehubungan itu, Beta menyokong tindakan proaktif melalui pewujudan undang-undang dan pewartaan fatwa yang berkaitan serta mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi sesat seumpama ini," titah baginda.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 12:45 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/sultan-selangor-dukacita-fahaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Titah Remove All Chinese Street Signs

Sultan Selangor Titah Remove All Chinese Street Signs

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 384 hits
DYMM Sultan Selangor titah supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam di tanggalkan
Selangor Sultan Orders Chinese Road Signboards In The State To Be Removed

Selangor Sultan Orders Chinese Road Signboards In The State To Be Removed

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 363 hits
The Sultan of Selangor has decreed that all dual language road signboards in Shah Alam must be removed and replaced with ones featuring only the national language Sultan Sharafuddin Idris Shah s private secretary Datuk Mohamad Munir Bani sa...
Sultan Selangor Pihak Persoal Asas Perlembagaan Perlu Dibenteras

Sultan Selangor Pihak Persoal Asas Perlembagaan Perlu Dibenteras

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 306 hits
Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera di...
Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Sultan Selangor

Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 331 hits
SUMBER UTUSAN ONLINESHAH ALAM 13 Nov Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam keistimewaan orang Melayu dan bumiputera bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja raja Melayu yang telah termaktub dal...
Sultan Selangor Arah Tanggal Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam

Sultan Selangor Arah Tanggal Papan Tanda Tulisan Cina Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 664 hits
Diterbitkan 19 Nov 2018 5 04 petangSultan Selangor menitahkan supaya semua papan tanda yang menggunakan dua bahasa di Shah Alam diturunkan dan digantikan dengan bahasa Melayu secepat mungkin Menurut satu kenyataan setiausaha sulitnya Mohama...
Kenapa Mereka Berdua Tidak Boleh Diangkat Menjadi Sultan Melaka

Kenapa Mereka Berdua Tidak Boleh Diangkat Menjadi Sultan Melaka

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 561 hits
Follow penulis https ift tt 2qkuL6lSebelum kita bahas mengapa mereka berdua ini tidak boleh diangkat menjadi Sultan kita perlu tahu dulu kenapa dan bagaimana negeri Melaka pada hari ini kehilangan Sultan Sultan terakhir Melaka yang memerint...
Selangor Ruler Decrees Road Name Signs In Chinese Be Replaced In Shah Alam

Selangor Ruler Decrees Road Name Signs In Chinese Be Replaced In Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 576 hits
The Sultan of Selangor has decreed that road name signs in Shah Alam which are in dual language be replaced with those in the national language This was conveyed to the Selangor state government in a letter from the ruler Sultan Sharafuddin...
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Filem Keluang Man Akan Gagal Di Pawagam

Seloka Orang Pencen

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Gugurkan Janin Berusia 5 Bulan Demi Kekasih Wanita Dipenjara 9 Bulan

Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan Segala Penat Lelah Komitmen Diberikan