Sultan Selangor Bertitah Jangan Agungkan Pemimpin Komunis


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terkeliru dengan fakta sejarah berkaitan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) dan mengagung-agungkan pemimpin mereka.

Loading… Titah baginda, perjuangan PKM tidak berlandaskan kepada konsep pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka berteraskan demokrasi Raja Berpelembagaan walaupun dikatakan turut menentang penjajahan.
“Fakta perjuangan ideologi PKM ini merupakan satu fakta sejarah yang perlu rakyat generasi sekarang memahaminya dengan mendalam agar kita tidak terpesong dengan fakta-fakta yang mengelirukan tentang perjuangan mereka,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Keputeraannya Yang ke-74 di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Turut hadir Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Seramai 91 individu menerima darjah dan bintang kebesaran Selangor pada istiadat berkenaan.
Sultan Sharafuddin bertitah melalui fakta sejarah juga rakyat dapat menghargai pengorbanan yang begitu besar yang telah dilakukan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan negara sama ada pasukan Polis Diraja Malaysia atau pasukan tentera terutamanya ketika negara diancam dengan ancaman PKM pada sekitar tahun 40an hingga 70an.
“Begitu ramai pasukan keselamatan kita yang telah terkorban di dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dari anasir komunis ini, ramai rakyat negara ini yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain juga turut terkorban akibat serangan pengganas komunis, kehidupan rakyat pada ketika itu sentiasa di dalam ketakutan akibat serangan yang dilakukan oleh anggota PKM ini dan banyak perkampungan dan balai polis telah diserang, rakyat dan anggota polis dibunuh dan diseksa oleh anggota PKM ini,” titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menasihati pemimpin-pemimpin politik di Selangor agar sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan menjadikan kepentingan rakyat sebagai satu keutamaan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
“Sejak kebelakangan ini rakyat menderita dengan kesempitan hidup akibat daripada kenaikan harga barangan dan kos kehidupan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
“Beta menyeru kepada pemimpin politik ini untuk turun bersama rakyat bagi melihat masalah rakyat dan berusaha keras ke arah membantu mereka terutama mereka yang berpendapatan rendah dan miskin,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menyeru agar rakyat Selangor terus menjalinkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa memelihara sensitiviti kaum dan tidak mencampuri urusan sesuatu kaum yang lain khususnya apabila melibatkan isu-isu keagamaan.
“Keharmonian akan sentiasa terpelihara sekiranya rakyat yang menganut pelbagai agama ini tidak mencampuri urusan agama penganut agama yang lain.
“Janganlah perpaduan yang telah kita bina bersama sejak sekian lama ini kita runtuhkan hanya kerana kita mempunyai perasaan syak wasangka antara satu sama lain dan hilang rasa hormat sesama kita yang berlainan agama dan bangsa ini,” titah baginda. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/12/sultan-selangor-bertitah-jangan-agungkan-pemimpin-komunis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Keliru Agungkan Sejarah Komunis Titah Sultan Selangor

Jangan Keliru Agungkan Sejarah Komunis Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 529 hits
Jangan keliru agungkan sejarah komunis titah Sultan Selangor Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Dec 2019 1
Isu Komunis Ronnie Liu Digesa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

Isu Komunis Ronnie Liu Digesa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 413 hits
Adun DAP Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew digesa memohon maaf kepada Sultan Selangor dan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyatakan simpati serta mengagung agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya Gesaan itu dibuat dalam satu ...
Ini Amaran Keras Sultan Selangor Kepada Penyokong Komunis

Ini Amaran Keras Sultan Selangor Kepada Penyokong Komunis

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 787 hits
Rakyat di negeri ini tidak terkeliru dengan fakta sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya sehingga mengagungkan pemimpin mereka Tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah perjuangan PKM tidak berlandaskan kepada konsep pembentukan sebuah negara Ma...
Video Amaran Kepada Yang Agungkan Pengganas Komunis

Video Amaran Kepada Yang Agungkan Pengganas Komunis

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 392 hits
Daulat tuanku 2 video ini ditujukan kepada mana mana pihak yang cuba mengagung agungkan keturunan mereka yang merupakan pengganas komunis Sebelum ini beberapa ahli politik DAP telah turut serta dalam program yang berkaitan dengan pengganas ...
Woiiii Jangan Mengada Ngada La Kalau Nak Jadi Pemimpin

Woiiii Jangan Mengada Ngada La Kalau Nak Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 537 hits
Kalau dalam Kongres AMK semalam kumpulan pro Azmin Ali yang diketuai oleh Hilman Idham telah meninggalkan dewan pada sebelah petang kononnya kerana faktor keselamatan hari ini Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetuai penyokongnya keluar ...
Bahaya Pemimpin Kerajaan Penyokong Komunis Ltte

Bahaya Pemimpin Kerajaan Penyokong Komunis Ltte

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 401 hits
Melayu hanya akan jadi penumpang tiada maruah jika tak bersatuBANGI Pemuda gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menggesa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu selaku tulang belakang kestabilan negara ini untuk segera bersatu dalam menega...
Jangan Sampai Gerombolan Komunis Berkuasa

Jangan Sampai Gerombolan Komunis Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 651 hits
Segera tangani agenda komunis sebelum terlambatFahaman serta pemikirannya amat bahaya kepada negaraSETIAP hari pasti ada berita dan isu mengejutkan yang dibangkit ultra kiasu berfahaman komunis tanpa mengambil kira sensitif orang Melayu Min...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess