Isu Komunis Ronnie Liu Digesa Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor


AKMAL MANAF
December 12, 2019 10:25 pm

Adun DAP Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew digesa memohon maaf kepada Sultan Selangor dan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyatakan simpati serta mengagung-agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, hari ini.

Mereka berkata, sempena Ulang Tahun Keputeraan yang Ke-74, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terkeliru dengan fakta sejarah sebenar berhubung perjuangan PKM sehingga terlibat mengagung-agungkan pimpinan dan perjuangan mereka.

“Titah Tuanku lagi walaupun PKM kononnya dikatakan menentang penjajah, namun perjuangan mereka bukannya berlandaskan konsep pembentukan negara Malaysia Merdeka yang berteraskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Malah ramai anak-anak bangsa daripada pelbagai keturunan termasuklah dari pihak Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terkorban dan menanggung derita akibat aktiviti keganasan pihak PKM ini.

“Pas dan Umno Selangor merafak sembah dan menjunjung kasih serta taat setia atas kebijaksanaan titah Tuanku Sultan itu dan menyeru seluruh penyokong dan ahli kedua-dua parti khususnya di Negeri Selangor agar mengambil iktibar dan mengutuk sebarang usaha mengelirukan fakta sejarah, apatah lagi mengagung-agungkan pimpinan dan perjuangan PKM yang merupakan musuh negara itu,” katanya.

Justeru katanya, Pas dan Umno Selangor turut menuntut agar dengan semangat titah Tuanku Sultan ini jangan lagi ada mana-mana pihak mengambil kesempatan menganjurkan apa-apa majlis atau keramaian bagi memperingati perjuangan pengganas PKM di Negeri Selangor.

Pada 1 Disember 2019 lalu YB Ronnie Liu telah hadir sebagai tetamu khas dalam satu majlis memperingati Ulang Tahun ke 30 Perjanjian Damai Hatyai yang diadakan di Kajang.

Seramai lebih 300 veteran dan bekas pejuang PKM telah hadir dalam majlis berkenaan dan Ronnie Liu dalam ucapannya telah menyatakan simpatinya pada perjuangan PKM serta berbangga bahawa Datuk dan abangnya pernah bersama perjuangan PKM.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/isu-komunis-ronnie-liu-digesa-mohon-maaf-kepada-sultan-selangor/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/isu-komunis-ronnie-liu-digesa-mohon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Bertitah Jangan Agungkan Pemimpin Komunis

Sultan Selangor Bertitah Jangan Agungkan Pemimpin Komunis

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 341 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terkeliru dengan fakta sejarah berkaitan perjuangan Parti Komunis Malaya dan mengagung agungkan pemimpin mereka Loading Titah baginda perjuangan PKM t...
Ini Amaran Keras Sultan Selangor Kepada Penyokong Komunis

Ini Amaran Keras Sultan Selangor Kepada Penyokong Komunis

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 674 hits
Rakyat di negeri ini tidak terkeliru dengan fakta sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya sehingga mengagungkan pemimpin mereka Tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah perjuangan PKM tidak berlandaskan kepada konsep pembentukan sebuah negara Ma...
Ronnie Liu Akui Datuk Dan Abangnya Pejuang Komunis

Ronnie Liu Akui Datuk Dan Abangnya Pejuang Komunis

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 567 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu yang menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini Bagaimanapun kepimpinan terti...
Jangan Keliru Agungkan Sejarah Komunis Titah Sultan Selangor

Jangan Keliru Agungkan Sejarah Komunis Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 468 hits
Jangan keliru agungkan sejarah komunis titah Sultan Selangor Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Dec 2019 1
The Day Ronnie Liu Praises Dr Mahathir

The Day Ronnie Liu Praises Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 356 hits
Dec 2 For decades DAP was a whose raison d tre was to make life for Dr Mahathir Mohamad when he was Umno president and the country s 4th PM as difficult as possible From top echelon leaders to the grassroots they seemed dedicated to this mi...
Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 366 hits
KENYATAAN MEDIAISU TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF DARIPADA PRESIDEN PARTIKEADILAN memandang serius kenyataan segelintir pemimpin KEADILAN yang mendesak agar Datuk Seri Anwar bin Ibrahim memohon maaf di atas keputusan pemecatan dua anggota parti S...
Isu Himpunan Komunis Chin Peng Ibarat Kembar Penjajah

Isu Himpunan Komunis Chin Peng Ibarat Kembar Penjajah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 314 hits
Mereka yang jahil sejarah saja tak peka dengan peristiwa berlaku Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang BANGI Perhimpunan bekas anggota Parti Komunis Malaya di sebuah kolej swasta di Kajang Ahad lalu telah mendedahkan bahawa masih ada ben...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pakej Percutian Turki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Conflation A Political Tool To Muck Things Up

Yummy Rojak Mee

Menerima Surat Kenaikan Pangkat Ke Gred Dg54